Friday, February 29, 2008
Thursday, February 28, 2008
Awang Adek dan UMNO Kelantan bak penyengat
Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sanggup bersekongkol dengan kerajaan persekutuan mendera dan menyeksa penduduk negeri Kelantan demi memenuhi temboloknya sendiri.
Beliau dipetik sebagai berkata, jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri, maka geran tahunan sejumlah RM400 juta yang diperuntukkan untuk negeri Kelantan akan ditambah menjadi RM1 billion.
Bermakna, wang untuk pembangunan negeri dan rakyat Kelantan memang ada dan disediakan. Memandangkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan dan berlainan fahaman dengan penerimaan Awang Adek, maka rakyat Kelantan didera dan diseksa dari segi materialnya.
Pengakuan Awang Adek jelas membuktikan kerakusan pemimpin BN di negeri itu. Rata-rata penduduk menyifatkan pengakuan Awang Adek jelas bukan sahaja bertentangan dengan Islam, malah manusia bertamadun tidak sanggup melakukan sedemikian kepada binatang apatah lagi sesama manusia.
Apakah rakyat Kelantan tidak membayar cukai. Apakah rakyat Kelantan begitu hina sekali dimata Awang Adek. Apakah Awang menganggap rakyat Kelantan akan mati kebuluran jika peruntukkan tambahan itu tidak disediakan?
Ataupun, Awang cuba mengkambingkan anak-anak harimau dari Kelantan ?
Sikap dan tindakan kerajaan BN yang pernah merampas sumber pendapatan minyak di Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu pada penggal yang lalu tidak dapat disorok.
Tindakan nakal pemimpin BN di Kelantan sudah dijangka dan kelihatan diamalkan. Pengakuan Awang Adek sudah terang lagi bersuloh.
Memelihara penyengat di dalam baju akan membawa bahaya dan padah. Bagi pengundi di Kelantan, Awang Adek dan pemimpin UMNO di Kelantan adalah 'penyengat politik' yang ganas.
Jika dibiarkan terus, mereka bukan sahaja akan menyengat malah sanggup menghisap darah sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik serta meruntuhkan tamadun bangsa dan negeri mereka sendiri.
Posted by AFRAR YUNUS at 2/28/2008 09:00:00 PM 0 comments
Labels: politik
Wednesday, February 27, 2008
Kedah : Kerusi Panas Pilihanraya
Bahang pilihanraya kedua belas semakin menghangatkan cuaca politik di Kedah. Pemerhati politik berandaian, pilihanraya keduabelas akan menyaksikan banyak kerusi parlimen dan negeri akan beralih pemilik.
Kedah yang mempunyai 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi DUN berada di dalam keadaan sangat bergelombang. Apa sahaja boleh terjadi.
Padang Terap
Padang Terap (P7) yang dimenangi oleh Ghazali Ibrahim (BN) pada tahun 2004 dengan mengalahkan Zawawi Ahmad (PAS) mempunyai sejumlah 36,086 pengundi. Pengundi Melayunya 92.68%. Ghazali menang dengan majoriti 2,172 undi.
Ramai yang menjangkakan Parlimen Padang Terap akan dimenangi oleh Mohd Nasir Zakaria dan begitu juga dengan DUN Kuala Nerang akan dimenangi oleh Zawawi Ahmad .
Kebanyakkan penduduk dan kakitangan awam yang ditemui meluahkan kekesalan kerana Padang Terap masih dikekalkan dengan Ghazali. Seorang AJK UMNO Bahagian berkata, "kami jangkakan Hasbullah Lebai Isa tetapi Ghazali sudah menggunakan Ali Rustam untuk memintas lebih awal. Det (MB Kedah) tak boleh buat apa-apa".
Baling
Baling dijangka akan dikembalikan kepada Taib Azamuddin Md Taib (PAS). Calon P16 Baling diwakili oleh Abd Azeez Abd Rahim atau Azeez Rempit dari BN. Ketua Rempit ini menggantikan Mashitah Ibrahim yang di'tikam'nya baru-baru ini. Azeez sahabat Khairy Jamaludin, menantu Abdullah Ahmad mempunyai rekod peribadi yang bercalar. Namun cita-cita politiknya sehebat Khairy juga.
DUN Bayu, Kupang dan Kuala Ketil berada dalam zon panas. UMNO akan menghadapi kejatuhan di Baling. Pemberian 5 kilo gula dan sekampit beras dari Ketua Rempit tidak akan membuatkan penduduk Baling melupakan kenaikkan harga barang makanan yang sangat-sangat menyusahkan mereka.
Siapa lebih layak? Azeez Rempit atau Taib Tok Imam
Sik
Othman Desa yang mewakili BN di Sik (P13) dikatakan akan menghadapi jalan sukar. Bekas Setiausaha Politik Abdullah PM Malaysia ini telah menimbulkan huru-hara di Sik beberapa hari yang lalu. Kehadirannya di Sik tidak diingini oleh orang-orang UMNO sendiri.
Wan Azmi penyandang kerusi parlimen kawasan Sik yang menang majoriti 317 undi mengalahkan Azizan Abd Razak (PAS) pada pilihanraya 2004 dikatakan sudah lama menutup pintu pejabatnya.
Othman Desa dikatakan akan membawa malapetaka bukan sahaja kepada penduduk di Sik, malah kepada partinya sendiri. Bahagian UMNO Sik sendiri dikatakan telah memulakan peperangan untuk menghalaunya dari Sik. Calon PAS, Cek Uda Cek Nik bekas kakitangan di JPN Kedah disifatkan oleh pemerhati politik sebagai bakal memenangi kawasan ini.
DUN Jeneri pula tidak memerlukan Hasbullah Lebai Isa. Yahya Abdullah dari PAS mempunyai harapan yang cerah.
Seorang penyokong kuat Hamid Othman memberitahu, "tak pernah dalam sejarah Sik, politiknya begitu panas. KL silap membuat percaturan meletakkan Othman dan Hasbullah di sini".
PendangRozai Shafian (BN) dijangka akan menerima pukulan maut di Pendang. Kehadirannya tidak berapa dikehendaki. Mohd Hayati Othman calon PAS lebih dekat dihati masyarakat Pendang.
Suraya Yaacob calon BN di Sg Tiang jika menurut senarai awal, namanya telah dikeluarkan oleh MB Kedah. Suraya dikatakan banyak menimbulkan masalah dan menjadi bebanan kepada UMNO.
Manakala Tokai merupakan kubu kuat PAS di Pendang. Taulan Rasul dijangka boleh menang dengan majoriti yang agak tinggi.
Bersambung.....
Posted by AFRAR YUNUS at 2/27/2008 08:41:00 PM 0 comments
Labels: politik
Monday, February 25, 2008
Petrol tidak naik : Najib Razak
Harga minyak petrol tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya keduabelas ini.
Cuma, rakyat Malaysia perlu membayar lebih untuk mendapatkan bahan api tersebut.
Berita gembira untuk Abdullah Ahmad, Najib Razak dan ahli kabinet Malaysia. Untuk makluman rakyat biasa, pendapatan Abdullah Ahmad menjangkau RM60,000.00 sebulan.
Berkaitan kenaikkan tol, Tun Dr Mahathir pernah mengaku beliau dan kabinetnya bukanlah pakar atau tahu semua perkara termasuk tentang kenaikan tol, tetapi harga tol tetap dinaikkan juga oleh kerajaan Abdullah kaki lena yang mewarisi kesilapan kepimpinan dulu.
Adakah pengundi di Malaysia mempercayai kata-kata kerajaan sedia ada ?
Posted by AFRAR YUNUS at 2/25/2008 10:04:00 PM 0 comments
Labels: politik
Friday, February 22, 2008
Mashitah : Baling tinggalkan kenangan
Anak kelahiran Alor Star Kedah ini pernah beberapa kali mencetuskan kontoversi dalam hal-hal agama. Diantaranya pernah mengatakan bahawa wanita dibolehkan melakukan kerja pelacuran apabila dalam keadaan darurat.
Dato’Dr Mashitah Bt Ibrahim penceramah bebas yang sebelum jatuh cinta dengan UMNO adalah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa.
Baling, Parlimen (P 016) yang diwakilinya bersempadan dengan kampung saya Keroh. Baling melakarkan sejarah yang tidak sedikit untuk diingati. Diantaranya kisah Raja Bersiong, Tunku Abdul Rahman, peristiwa Memali, tunjuk perasaan mahasiswa, komunis dan banyak lagi.
Pada pilihanraya kesebelas tahun 2004 Mashitah mengalahkan Ustaz Taib Azamudden Md Taib, calon PAS, mantan Imam Besar Masjid Negara dengan majoriti 4,229 undi.
Dua minggu yang lalu, Mashitah seperti sudah dapat menghidu bahawa ia tidak diperlukan oleh UMNO Baling lebih-lebih lagi ramai yang menganggap dengan tercicir namanya dari senarai calon adalah kerana ia ditikam oleh Azeez Rahim, Ketua Program Mat Rempit Malaysia @ Ketua Putra UMNO Malaysia.
Seorang jawatankuasa UMNO Baling memberitahu, Khairy Jamaludin menantu PM Abdullah Ahmad , kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh ‘ustazah UMNO’ ini. Prestasi yang bagaimana pada fikiran menantu PM itu ?
“Macamana nak buat kerja. Tinggal di
Setiausaha Parlimen di JPM merupakan jawatan awal dan akhir Mashitah. Beberapa penduduk warga emas wanita yang ditemui mengibaratkan Mashitah sebagai ‘habis madu sepah dibuang'.
Tiga DUN di bawah Parlimen Baling diwakili oleh Mohd Salleh Yaakob (Bayu), Ismail Abu Bakar (Kupang) dan Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kuala Ketil). Ketiga-tiga mereka mewakili BN.
Dikatakan juga, ketiga-tiga mereka bermasalah sesama sendiri lebih-lebih lagi dengan Mashitah.
Bermaksud, selama ini khidmat cemerlang, gemilang dan terbilang mereka tidak kesampaian kepada golongan sasar.
Apakah tahun 2008 merupakan tahun ‘ong’ bagi Abdullah Ahmad dan seterusnya untuk BN memenangi Baling ?
Baling pernah menyaksikan peristiwa kenaikkan harga barang makanan pada tahun 1970-an. Kini penduduk Baling dihimpit sekali lagi dengan bencana buatan manusia yang diwarisi dari parti pemerintah yang sama.
Tiada banyak perubahan yang dapat dilakukan oleh Mashitah selama satu penggal memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen. Banyak masanya dihabiskan di
Pengundi Baling yang berjumlah 74,698 orang seperti tidak sabar-sabar untuk menggantikan beliau.
“Bukan untuk memilih Azeez ketua program Mat Rempit yang gilakan publisiti itu. Beri tepong dua kilo dan beras
“Kami hairan mana dia ambil wang yang begitu banyak menabur di sana-sini” kata mereka lagi.
Bilangan pengundi Melayu di Baling pada tahun 2004 adalah berjumlah 86.7%, Cina 6.34%, India 5.45% dan lain-lain1.35%. Ke mana arah tuju mereka ?
Apapun, kenyataan Mashitah untuk memegang sepenggal lagi jawatannya itu dikira sebagai “harapkan hati hendak memeluk gunung, apakah daya tangan tak sampai”.
Beberapa penduduk Baling mengucapkan sayonara dan memberitahu saya, "Mashitah tidak sepatutnya bergelumang dengan politik rasuah dan kroni. Sudah tentu penyesalannya tidak berkesudahan".
Posted by AFRAR YUNUS at 2/22/2008 12:16:00 AM 0 comments
Labels: politik
Thursday, February 21, 2008
Bank Rakyat 20%, AS Kedah 25%?
Kedudukan ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran PM Abdullah kaki lena dan di Kedah di bawah Mahdzir Khalid dikatakan melonjak naik.
Sepuloh tahun yang lalu ASK membayar 14% dividen. Sejak beberapa tahun kebelakangan, ASK hanya mampu membayar 2%-4% sahaja.
Tahun ini, bukan sahaja merupakan tahun pilihanraya malah tahun Malaysia baru sahaja menyambut 50 tahun kemerdekaannya. Ramai yang menjangka dan mengharapkan, Amanah Saham Kedah mampu membayar 25% kepada para pelabur yang sekian lama menggigit jari.
Apa kata Mahdzir pakar ekonomi di Kedah ?
Akhir bulan ini dividen akan diumumkan untuk para petani, nelayan, penoreh dan penduduk miskin Kedah.
Amanah Saham Kedah Tak Berbaloi
Sampai Bila Lagi ?
Amanah Saham Kedah (ASK) milik penuh Permodalan Kedah Berhad. Tabung ASK dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed pada 27 Februari 1995. Matlamat asal penubuhan tabung ini adalah untuk meningkatkan ekonomi Bumiputra , meningkatkan tabungan, memberikan peluang kepada Bumiputra agar turut serta dalam pasaran modal dan memberikan peluang kepada pelabur berkenaan menikmati agihan kekayaan negeri secara adil dan saksama.
Saya masih teringat ketika di awal pelancarannya dihebohkan bahawa ASK adalah saham kerajaan, dijamin dan pelaburnya tidak perlu bimbang. Disinonimkan pula dengan Permodalan Nasional Berhad.
Setakat ini, sejumlah 27,448 orang telah membuat pelaburan dengan jumlah 155,000,000 unit.Pada tahun pertama, agihan dividennya adala 12%. Tahun kedua 14%, tahun ketiga 12.5% dan pada tahun keempat adalah 5%. Dua tahun yang lalu 4.5% dan selepas itu 2%. Apakah kadar dividen bagi tahun berakhir 2006 pula?
Nampaknya ASK tidak menunjukkan masa hadapan yang cerah. Semakin lama, semakin bercelaru pulangannya.
Jika dilihat keputusan Kerajaan Negeri Selangor dan Johor yang rata-rata pelaburnya dikatakan mempunyai tahap pelajaran yang tinggi dan tahap pengetahuan yang agak baik tentang saham berbanding dengan pelabur Kedah yang kebanyakkannya dikatakan adalah dari kalangan petani, penoreh, nelayan dan orang biasa, maka tindakan ASK adalah lebih kepada bertahan dan undur. Tindakan Selangor melalui Amanah Saham Selangor (ASAS) yang sanggup membeli semula saham pelabur dengan harga asal merupakan satu langkah yang bijak.
Para pelabur dibenarkan menjual semula unit saham mereka kepada kerajaan. Samada kerajaaan menutup saham tersebut atau membuat apa sahaja dengannya selepas itu tidak lagi akan menjadi hal kepada ‘pelabur malang di Kedah”.
Kerajaan Negeri Kedah sepatutnya mencontohi ASAS. Jangan dijadikan pelabur sebagai batu loncatan. Ramai daripada mereka yang melabur dengan meminjam wang dari institusi kewangan selain yang menggunakan wang jualan padi dan hasil torehan.
Saya mengesyorkan Kerajaan Negeri Kedah agar membeli semula unit pelaburan pada kadar ‘dollar to dollar’ dan membubarkan sahaja dana amanah . Apa guna kita membiayai gaji para Pengurus, Lembaga Pengarah dan kakitangan yang ramai serta bayaran utiliti dengan kadar beratus ribu ringgit setahun sedangkan orang kampung menggigit jari?
Indeks Komposit (IK) pada tahun 1997 adalah di sekitar 1250 mata. Pulangan dividen pada ketika itu adalah diantara 12%-14%. Harga seunit saham pula berada di paras RM0.96 - RM1.00. Kini, IK kembali ke paras 1250 mata tetapi seunit saham masih berada di paras RM0.33 sen. Apa sudah jadi ? 2% lagikah dividen tahun ini ?
Cekapkah ? Untungkah ?
Kata orang Kedah, 'tak berbaloi".
Posted by AFRAR YUNUS at 3/06/2007 07:17:00 PM
Posted by AFRAR YUNUS at 2/21/2008 06:52:00 AM 0 comments
Labels: ekonomi
Samy mau pergi tapi mau mari ...
Apa lagi Samy ?
Sudahlah. Pergi mari. Mari pergi. Main aci kah?
Kata orang utara, "Sudah karut. Berhentilah. Rakyat dah meluat . Orang India pun sudah tak percaya".
Mahu berundur, apa lagi 'tapi'....
Bawa sama Abdullah kaki lena dan BN yang sudah gagal.
Senyum Kambing dari Utusan Malaysia
Posted by AFRAR YUNUS at 2/21/2008 12:22:00 AM 0 comments
Labels: politik
Sunday, February 17, 2008
Politik Perlis : Siapa MB
Perang mulut diantara tiga kuda tua di Perlis sesungguhnya mencerminkan dua pandangan yang berbeza dikalangan rakyat tempatan di negeri singa utara itu.
Pertama, ada yang mengatakan Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis sudah dapat berbau bahawa rakyat di negerinya gelisah dengan pelbagai kemelut politik termasuk kenaikkan harga barang harian.
Bagaimana pula dengan sekutu Radzi, Azmi Khalid, 67 tahun Ahli Parlimen Padang Besar yang juga merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ?
Apakah kerana Datin Seri Normala Shamsuddin yang dikahwininya pada 25 Ogos 2005 bakal membawa tuah untuk menjadikannya Menteri Besar dan seterusnya pelobi dan perancak ekonomi di negeri Perlis ? Azmi dikatakan rakan sekelas Abdullah di pusat pengajian tinggi menumpang ‘tui’ di atas persahabatan mereka.
Bagi Radzi dan Azmi mencantas Shahidan adalah tidak semudah ‘makan kacang’. Ibarat ‘menantikan kucing bertanduk’. Shahidan penyokong kuat Tun Dr Mahathir sudah pasti ada strateginya. Biar kalah jadi abu, menang jadi arang agaknya.
Posted by AFRAR YUNUS at 2/17/2008 10:19:00 PM 0 comments
Labels: politik
Wednesday, February 13, 2008
Parking di Alor Star : Gores dan Menang, MB Penipu
Bukan sahaja bayaran letak kereta atau motosikal perlu dibayar kepada pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS), tetapi juga kepada 'parking attendant haram' yang ramai di sekitar bandaraya Alor Star.
Perkara ini telah diadukan kepada Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS). Mereka menyatakan bahawa penguatkuasaan untuk menangkap parking attendant haram adalah di bawah bidang tugas Polis (PDRM).
PDRM pula menyangkal dakwaan MBAS .
Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid sebelum ini pernah membatalkan bayaran meletak motosikal yang dikenakan RM1.00 di sekitar kawasan bandaraya.
Orang ramai yang ditemui terkejut dengan bayaran meletak motosikal yang dikenakan semula.
Seorang penduduk dari Kota Bharu, Nik Omar Nik Rahman yang sering berulang alik dari Kota Bharu Kelantan terkejut dengan dakwaan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fatmi Che Salleh baru-baru ini.
Fatmi dalam satu majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar di sebuah sekolah kebangsaan di Kota Bharu pada 31 Januari 2008 yang lalu mendakwa, Kelantan satu-satunya negeri yang mengenakan bayaran tempat meletak kereta yang paling mahal di Malaysia.
Nik yang masuk dan melalui tempat parking di belakang kilang ais di Alor Star untuk menghantar ibunya ke sebuah klinik di situ dikenakan bayaran masuk RM0.80 sen untuk empat minit.
Beliau terkejut apabila diberitahu oleh pekerja tempat letak kereta di situ bahawa ianya adalah atas arahan MB sendiri. Tidak kira satu minit atau satu jam, bayaran yang sama dikenakan. Lagipula pengutip wang di kaunter keluar tidak bertugas pada hari kelepasan 10 Februari 2008 itu.
Siapa mencekik ? Bukankah MB Kedah sendiri ?
Orang ramai berasa hairan dengan arahan MB Kedah yang tidak diikuti oleh MBAS dan parking attendant haram.
Lebih mengejutkan lagi ialah bayaran masuk sahaja ke tempat meletak kereta (bukan meletak) tidak sampai empat minit adalah RM0.80 sen.
Itu sebab agaknya Kedah kini dikenali sebagai Kedah Gemilang dan bukan Kedah Maju 2010.
Macamana hendak maju, jika disumpah rakyatnya sendiri.
Posted by AFRAR YUNUS at 2/13/2008 06:52:00 PM 0 comments
Labels: pengguna
Tuesday, February 12, 2008
Kantung keahlian PAS kosong, semua masuk UMNO
Bukan berbondong-bondong tetapi bertindan-tindan ahli PAS masuk UMNO. Saya tertarik membaca tulisan penarik beca.
Jika itulah caranya mereka masuk UMNO, adakah kantung keahlian PAS akan kosong sebelum pilihanraya ini ?
Tinggal bang Mat dan bang Mahfuz saja PAS
Tidak. Malah ianya sudah kosong dalam empat pilihanraya yang lalu. Bayangkan Zakaria Ali mengistiharkan dirinya masuk UMNO berkali-kali. Sekali dihadapan Tun Razak, sekali dihadapan Hussin Onn, sekali lagi dihadapan Tun Mahathir dan sekali lagi dihadapan kaki tidur Abdullah Ahmad.
Ramai lagi akan masuk UMNO bertindan-tindan sebelum pilihanraya ini. Berwaspadalah DAP.
Ramai ahli DAP akan masuk MCA dan Gerakan. Ramai juga ahli Keadilan akan memilih UMNO.
PAS sudah tidak laku. Tinggal Ustaz Abdul Hadi Awang dan beberapa kerat Jawatankuasa tertinggi parti sahaja di dalam PAS.
Siapa lagi akan masuk UMNO ? Kita tunggu berbondong-bondong ahli MIC masuk UMNO pula !
Posted by AFRAR YUNUS at 2/12/2008 08:22:00 PM 2 comments
Labels: politik
Sunday, February 10, 2008
Osama B Laden dan Sharlinie
Amerika mendakwa pasukan keselamatan mereka paling cekap di dunia. PM Malaysia Abdullah pula mendakwa PDRM pasukan yang tercekap di Malaysia.
Namun, Osama masih bebas dan adik Sharlinie pula entah dimana. Osama bebas di pergunungan Pakistan dan Afghanistan, manakala Sharlinie dipercayai hilang diantara pusat bandar di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Kes mereka tidak sama. Tetapi isu kehilangan dan dicari pasukan keselamatan yang cekap adalah serupa.
Walau apa pun, PM Malaysia perlu mengarahkan satu jawatankuasa khas menerima aduan orang ramai, meneliti dan mengkaji serta mengubahsuai peranan PDRM. JK khas ini hendaklah ditubuhkan di setiap daerah untuk memantau kesudahan atau penyelesaian setiap laporan polis yang dibuat oleh orang ramai. Apa jadi dengan laporan Polis tersebut?
Selesai, disimpan atau dibakulsampahkan ? Ramai yang mendakwa, tidak sampai pun 40% kes yang dapat diselesaikan oleh PDRM. Angka yang dikeluarkan oleh PDRM dan Johari Baharom, menteri yang menjaga polis jelas menunjukkan tiada persamaan.
IPCMC temberangan Abdullah belum nampak apa-apa. Itulah sebabnya PDRM dan Musa Hassan kelihatan selalu gembira.
Posted by AFRAR YUNUS at 2/10/2008 08:21:00 AM 0 comments
Labels: sosial
Saturday, February 9, 2008
Padamkan Abdullah Dalam Pilihanraya Ini
“It is God’s will that I become the Prime Minister of Malaysia and I am very conscious that I have to serve the people although I personally do not benefit even one bit because of this,” he said. He said in fulfilling his responsibility, he has to be fair to all Malaysians, irrespective of their ethnic background. Jika cakap serupa bikin dan menjadikan Islam sebagai sandaran, itu memanglah dituntut. Namun keadaan PM Malaysia sekarang sudah diketahui umum. Kaki tidur yang enggan mengaku kelemahannya. Lain yang dicakap, lain yang dibuatnya. Sebagai ketua negara yang dilantik, ia kini bagaikan nakhoda yang membiarkan kapalnya belayar tanpa arah tuju. Dipukul ombak ke sana kemari. Masa yang diberikan kepadanya sejak pilihanraya kesebelas yang lalu sangat-sangat merugikan rakyat Malaysia dan juga kepada OIC. Tiada banyak yang dapat dilakukannya. Bergambar dan bermesra dengan isteri barunya dikhalayak ramai untuk membuktikan kasih sayang adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Jika semua menteri kabinetnya mula melakukan perkara sebegitu, jika semua ketua jabatan mula bertindak sedemikian. jika semua guru-guru mengikuti langkah PM tersebut dan jika semua rakyat Malaysia mula berbuat demikian, bayangkanlah masalah sosial yang sedang melanda negara. Sudahlah yang ada tidak dapat ditangani, masing-masing warga Malaysia akan menjadikan PM sebagai ikutan. Bukan setakat itu sahaja, 'apabila bapa kencing berdiri, maka anak-anak akan kencing berlari". Seorang AJK Bahagian Pokok Sena Kedah memberitahu, "saya sudah meluat dengan kerenah Pak Lah ini. Malu saya dibuatnya. Sudahlah di dalam politik menantu dia menjadi ketua. Dalam bidang sosial pula, PM berlebih-lebihan pula dengan isteri barunya dikhalayak ramai". "Undi saya kali ini bukan untuk BN" katanya. Bukan sahaja pembangkang, malah ahli UMNO sendiri meluat dengan cara pentadbiran PM Abdullah Ahmad. Pada hemat saya, Abdullah, keluarga dan kroninya perlu diberi satu pengajaran yang tidak pernah diterima oleh mana-mana PM sebelum ini. Jika masyarakat di Malaysia hanya bercakap berdentum di merata kampung sahaja, ianya adalah tidak memadai. Buktikan dengan tindakan sewaktu pilihanraya keduabelas ini. Sebagai pengundi, kuasa agung melantik PM adalah ditangan kita.
Lagi-lagi Islam dijadikan sandaran.
Posted by AFRAR YUNUS at 2/09/2008 09:46:00 AM 0 comments
Labels: politik
Friday, February 8, 2008
Terimalah Rayuan dan Ampunilah Kami
Berkat kesabaran dan kekuatan azam untuk meneruskan kehidupan melalui jalan yang ditentukanNya, serta sokongan dan kasih sayang isteri dan tiga orang anak yang mempunyai iltizam yang tinggi, kami sentiasa berdoa dan menaruh harapan agar ummi kepada anak-anakku dikembalikan kesihatannya yang sudah dua belas tahun berikhtiar melawan penyakit parkinson'snya.
Hari ini, usia penulis bertambah setahun lagi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang wajib dilalui.
Lirik nasyid ITO Lara, sahabat satu kelas ketika di ITM :
RAYUAN HAMBA
Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan
Ku dambakan kasih Mu
Rahmatilah hidupku
Hamparkan cintaMu buatku, oh Tuhan
Ku rindukan sayang Mu
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku, oh Tuhan
Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu oh Tuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat
Siapalah diriku
Dihadapan KudratMu
Insan yang tidak berdaya oh Tuhan
Ku pohonkan dari Mu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu oh Tuhan
Hingga sampai waktuku berundur
Kesaksian tetap dijunjung
Hidup mati kernaMu oh Tuhan
Limpahan maghfirah yang amat ku harapkan
Lagu : Manisman
Lirik : ITO Lara
Posted by AFRAR YUNUS at 2/08/2008 12:31:00 AM 2 comments
Labels: peristiwa
Thursday, February 7, 2008
KSN Malaysia Pemalu : Tidak Layak Berunding
Tindakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan seperti yang dilaporkan berkaitan kenyataan Presiden CUEPACS tentang tuntutan kesatuan itu adalah sangat memalukan.
Omar Osman, Presiden CUEPACS dilaporkan sebagai kecewa dengan kenyataan KSN yang 'segan' membincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad tentang permohonan kesatuan itu untuk mendapatkan honorarium RM2,000 .Ramai kakitangan awam didapati kesal dengan tindakan KSN yang dianggap membelakangi arahan PM sendiri.
Rata-rata mereka berpendapat KSN sedang bersandiwara dan berpolitik. Lanjutan dari kenyataan KSN itu kakitangan perkhidmatan awam mengandaikan bahawa:
1. KSN sedang bersandiwara seolah-olah beliau adalah satu-satunya pekerja di dalam sektor awam yang malu untuk meminta kenaikkan gaji dan bonus
2. KSN dianggap sebagai mengingkari arahan PM sendiri untuk membincang dan melaporkan permintaan CUEPACS kepada PM dan kabinet
3. KSN juga dikatakan sebagai mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya untuk menjadi perantara diantara kerajaan dan kakitangan perkhidmatan awam
4. Ramai yang berpandangan, KSN wajar memaklumkan keseluruhan pendapatan yang diperolehinya setiap bulan termasuk gaji, elaun rumah, elaun perkhidmatan awam, elaun keraian dan lain-lain elaun termasuk TNTnya supaya rakyat dan keseluruhan kakitangan awam dapat mengetahui pendapatan sebenar KSN ini.
5. Ada juga kakitangan mengandaikan ianya adalah acara tarik tali diantara PM dan KSN dimana KSN dijadikan kambing hitam. Tangan ghaib cuba menunjukkan bahawa KSN tidak suka dan segan dengan tuntutan CUEPACS yang akhirnya sebelum pilihanraya ke 12 ini, PM akan dianggap sebagai wira kerana sudah pasti akan mengumumkan honorarium tersebut. Dari segi politik, PM akan memperolehi lonjakan pengundi.
6. Ada yang mencadangkan agar KSN tidak menerima apa-apa sumbangan yang akan diumumkan PM sebelum pilihanraya ini.
Apa pun jika kenyataan KSN tersebut adalah betul, kakitangan perkhidmatan awam mengaggap KSN sebagai tidak layak menjadi orang tengah dan wajib diganti dengan pegawai lain.
Mereka tidak mahu pelakon drama membincangkan satu tuntutan pengurusan yang serious tentang masa hadapan penjawat awam.
Dalam mana-mana organisasi, orang yang pemalu, pemalas, penyegan dan pelakon hanya layak 'diarah' berbanding 'memberikan arahan'.
Cuepacs kesal KSN segan bincang isu honorarium
KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam menyatakan rasa kecewa dengan sikap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang ‘segan’ mahu membincangkan permohonan kesatuan itu untuk mendapatkan honorarium RM2,000 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sambil menegaskan Cuepacs sudah terlalu lama menunggu, Presidennya, Omar Osman mahu kerajaan mengumumkan segera keputusan sama ada memberi atau menolak permohonan honorarium kepada kakitangan sektor awam.
“Kita juga berharap KSN segera bawa permohonan kesatuan mengenai honorarium dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan restunya.
Beliau mengulas kenyataan Mohd Sidek semalam bahawa beliau belum berbincang dengan Perdana Menteri mengenai pembayaran honorarium untuk kakitangan awam.
Mohd Sidek berkata demikian ketika menjawab soalan penonton dalam program `Bicarawara: Bersama Ketua Setiausaha Negara’ yang disiarkan secara langsung di RTM1, semalam.
Posted by AFRAR YUNUS at 2/07/2008 11:26:00 AM 0 comments
Labels: pentadbiran
Tuesday, February 5, 2008
Wakil Rakyat atau Pengundi : Siapa Tuan
Untuk menjadi pembangkang bagi jangkawaktu yang panjang adalah sesuatu yang membosankan. Bagaikan pemain simpanan pasukan bolasepak yang sentiasa direhatkan di dalam kebanyakkan perlawanan.
Jangan biarkan pasukan yang sepatutnya menang dan berjasa untuk negara, terpinggir hanya kerana tersilap percaturan atau tekanan tertentu.
Atau membiarkan sipelaku digelanggang mengatur sendiri perlawanan tanpa mengambil kira hak pengurus, jurulatih atau pengundi.
Lebih-lebih lagi mereka sebagai pemain bekerja makan angin dan menghabiskan wang rakyat. Kita sebagai pengundi pun akan turut terpalit dan menjadi cercaan.
Posted by AFRAR YUNUS at 2/05/2008 12:52:00 AM 0 comments
Labels: sosial
Monday, February 4, 2008
Stem Sel : Rawatan Abad Ini
Kaedah rawatan abad ini, sel stem dijangka mampu memulihkan 70 jenis penyakit, InsyaAllah. Mengikut laporan dari barat, ini bermakna jangkahayat manusia juga akan bertambah.
Dengan rawatan abad ini beratus juta manusia akan berjaya dipulihkan.
Sama-samalah kita mendoakan.
Sabda Rasulullah saw bermaksud, “setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati”.
Posted by AFRAR YUNUS at 2/04/2008 11:57:00 PM 0 comments
Labels: kesihatan
Friday, February 1, 2008
Pemimpin BN Berkarat
Barisan Nasional dan UMNO perlu dibersihkan. Itulah diantara harapan dan gesaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Posted by AFRAR YUNUS at 2/01/2008 10:32:00 PM 0 comments
Labels: politik