Tuesday, February 12, 2008

Kantung keahlian PAS kosong, semua masuk UMNO

Bukan berbondong-bondong tetapi bertindan-tindan ahli PAS masuk UMNO. Saya tertarik membaca tulisan penarik beca.

Jika itulah caranya mereka masuk UMNO, adakah kantung keahlian PAS akan kosong sebelum pilihanraya ini ?

Tinggal bang Mat dan bang Mahfuz saja PAS


Tidak. Malah ianya sudah kosong dalam empat pilihanraya yang lalu. Bayangkan Zakaria Ali mengistiharkan dirinya masuk UMNO berkali-kali. Sekali dihadapan Tun Razak, sekali dihadapan Hussin Onn, sekali lagi dihadapan Tun Mahathir dan sekali lagi dihadapan kaki tidur Abdullah Ahmad.

Ramai lagi akan masuk UMNO bertindan-tindan sebelum pilihanraya ini. Berwaspadalah DAP.
Ramai ahli DAP akan masuk MCA dan Gerakan. Ramai juga ahli Keadilan akan memilih UMNO.

PAS sudah tidak laku. Tinggal Ustaz Abdul Hadi Awang dan beberapa kerat Jawatankuasa tertinggi parti sahaja di dalam PAS.

Siapa lagi akan masuk UMNO ? Kita tunggu berbondong-bondong ahli MIC masuk UMNO pula !

2 comments:

Semut Api said...

...keluar barisan masuk bulatan atau sebaliknya (?)

AFRAR YUNUS said...

salam saudara
pilihlah yang boleh buat kerja. biar ia bulat atau pipih. kerana itulah yang akan menentukan masa hadapan generasi sekarang dan generasi baru nanti nanti. sdra, saya dan kita semua kenalah berhati-hati dalam pemilihan nanti.