Wednesday, February 27, 2008

Kedah : Kerusi Panas Pilihanraya

Analisis Satu

Bahang pilihanraya kedua belas semakin menghangatkan cuaca politik di Kedah. Pemerhati politik berandaian, pilihanraya keduabelas akan menyaksikan banyak kerusi parlimen dan negeri akan beralih pemilik.

Kedah yang mempunyai 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi DUN berada di dalam keadaan sangat bergelombang. Apa sahaja boleh terjadi.

Padang Terap

Padang Terap (P7) yang dimenangi oleh Ghazali Ibrahim (BN) pada tahun 2004 dengan mengalahkan Zawawi Ahmad (PAS) mempunyai sejumlah 36,086 pengundi. Pengundi Melayunya 92.68%. Ghazali menang dengan majoriti 2,172 undi.

Ramai yang menjangkakan Parlimen Padang Terap akan dimenangi oleh Mohd Nasir Zakaria dan begitu juga dengan DUN Kuala Nerang akan dimenangi oleh Zawawi Ahmad .

Kebanyakkan penduduk dan kakitangan awam yang ditemui meluahkan kekesalan kerana Padang Terap masih dikekalkan dengan Ghazali. Seorang AJK UMNO Bahagian berkata, "kami jangkakan Hasbullah Lebai Isa tetapi Ghazali sudah menggunakan Ali Rustam untuk memintas lebih awal. Det (MB Kedah) tak boleh buat apa-apa".

Baling

Baling dijangka akan dikembalikan kepada Taib Azamuddin Md Taib (PAS). Calon P16 Baling diwakili oleh Abd Azeez Abd Rahim atau Azeez Rempit dari BN. Ketua Rempit ini menggantikan Mashitah Ibrahim yang di'tikam'nya baru-baru ini. Azeez sahabat Khairy Jamaludin, menantu Abdullah Ahmad mempunyai rekod peribadi yang bercalar. Namun cita-cita politiknya sehebat Khairy juga.

DUN Bayu, Kupang dan Kuala Ketil berada dalam zon panas. UMNO akan menghadapi kejatuhan di Baling. Pemberian 5 kilo gula dan sekampit beras dari Ketua Rempit tidak akan membuatkan penduduk Baling melupakan kenaikkan harga barang makanan yang sangat-sangat menyusahkan mereka.

Siapa lebih layak? Azeez Rempit atau Taib Tok Imam

Sik

Othman Desa yang mewakili BN di Sik (P13) dikatakan akan menghadapi jalan sukar. Bekas Setiausaha Politik Abdullah PM Malaysia ini telah menimbulkan huru-hara di Sik beberapa hari yang lalu. Kehadirannya di Sik tidak diingini oleh orang-orang UMNO sendiri.

Wan Azmi penyandang kerusi parlimen kawasan Sik yang menang majoriti 317 undi mengalahkan Azizan Abd Razak (PAS) pada pilihanraya 2004 dikatakan sudah lama menutup pintu pejabatnya.

Othman Desa dikatakan akan membawa malapetaka bukan sahaja kepada penduduk di Sik, malah kepada partinya sendiri. Bahagian UMNO Sik sendiri dikatakan telah memulakan peperangan untuk menghalaunya dari Sik. Calon PAS, Cek Uda Cek Nik bekas kakitangan di JPN Kedah disifatkan oleh pemerhati politik sebagai bakal memenangi kawasan ini.

DUN Jeneri pula tidak memerlukan Hasbullah Lebai Isa. Yahya Abdullah dari PAS mempunyai harapan yang cerah.

Seorang penyokong kuat Hamid Othman memberitahu, "tak pernah dalam sejarah Sik, politiknya begitu panas. KL silap membuat percaturan meletakkan Othman dan Hasbullah di sini".

Pendang

Rozai Shafian (BN) dijangka akan menerima pukulan maut di Pendang. Kehadirannya tidak berapa dikehendaki. Mohd Hayati Othman calon PAS lebih dekat dihati masyarakat Pendang.

Suraya Yaacob calon BN di Sg Tiang jika menurut senarai awal, namanya telah dikeluarkan oleh MB Kedah. Suraya dikatakan banyak menimbulkan masalah dan menjadi bebanan kepada UMNO.

Manakala Tokai merupakan kubu kuat PAS di Pendang. Taulan Rasul dijangka boleh menang dengan majoriti yang agak tinggi.

Bersambung.....

No comments: