Friday, February 8, 2008

Terimalah Rayuan dan Ampunilah Kami

Berkat kesabaran dan kekuatan azam untuk meneruskan kehidupan melalui jalan yang ditentukanNya, serta sokongan dan kasih sayang isteri dan tiga orang anak yang mempunyai iltizam yang tinggi, kami sentiasa berdoa dan menaruh harapan agar ummi kepada anak-anakku dikembalikan kesihatannya yang sudah dua belas tahun berikhtiar melawan penyakit parkinson'snya.

Hari ini, usia penulis bertambah setahun lagi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang wajib dilalui.

Lirik nasyid ITO Lara, sahabat satu kelas ketika di ITM :

RAYUAN HAMBA

Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan

Ku dambakan kasih Mu
Rahmatilah hidupku
Hamparkan cintaMu buatku, oh Tuhan

Ku rindukan sayang Mu
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku, oh Tuhan

Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu oh Tuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat

Siapalah diriku
Dihadapan KudratMu
Insan yang tidak berdaya oh Tuhan

Ku pohonkan dari Mu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu oh Tuhan

Hingga sampai waktuku berundur
Kesaksian tetap dijunjung
Hidup mati kernaMu oh Tuhan
Limpahan maghfirah yang amat ku harapkan

Lagu : Manisman
Lirik : ITO Lara

2 comments:

NOBISHA said...

Saya didoakan agar saudara sekeluarga diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk menghadapi cabaran ini. Saya juga mendoakan kebaikan di dunia dan akhirat untuk saudara sekeluarga.

AFRAR YUNUS said...

salam saudara norizan
sesungguhnya ujian Allah swt itu adakalanya sangat berat untuk ditanggung. namun dgn usaha,doa dan tawakkal, kami melaluinya dgn penuh dugaan dan ketabahan. juga dgn sokongan sahabat-sahabat. t.kasih diatas keprihatinan mendoakan. semoga Allah bersama kita InsyaAllah.