Thursday, April 26, 2007

Nasi Mamak : Ibarat Makan Keringat Orang

TIADA PEMANTUAN DARI AGENSI BERKENAAN


Gerai, restoran dan nasi mamak atau nasi kandar di Malaysia sudah dikenali sejak kedatangan orang India ke Malaysia melebihi 600 tahun yang lalu. Di Pulau Pinang sahaja terdapat lebih 200 kedai nasi kandar. Dahulunya nasi mamak digemari kerana kelazatan dan harganya yang murah. Bukan itu sahaja, 'seninya' nasi mamak ketika itu adalah kerana dijual dengan secara mengandar di atas bahu berjalan dari satu tempat ke satu tempat.


Sejak kebelakangan ini isu kenaikkan harga makanan nasi kandar hangat diperkatakan. Saya dan dua orang anak mengambil kesempatan mencubanya di Restoran Di Kayu berhampiran Tesco Sungai Petani. Kami gemar makan nasi kandaq tetapi tidaklah sampai ke peringkat 'tidak dapat tidak boleh hidup'.


Bezakan harganya. Nasi sepinggan RM1.00, ayam seketul RM4.00, teh-o ais segelas RM1.60, roti telur RM2.00 , murtabak RM7.00 dan ais kosong RM0.30 sen. Harga di kedai lain. Nasi RM0.60, ayam RM2.50-RM3.00, teh-o ais RM1.00, roti telur RM1.20 dan murtabak RM2.50-RM3.00.


Jabatan Kastam Malaysia pula mengistiharkan cukai perkhidmatan 5% mulai 1 September 2005 dan ini menaikkan ‘lemak' tuan punya kedai mamak. Kenapa kenaikkan di kedai mamak sahaja ? Ibarat “makan keringat orang”. Apabila ditanya senarai harga barangan (tidak dipamerkan - diletakkan di atas meja sahaja ) pekerja-pekerja di kedai mamak mengangguk dan menggeleng sahaja. Rupa-rupanya tidak mengerti bahasa di sini.


Sudahlah ketulinan pekerjanya tidak diketahui, kebersihannya pula meragukan. Ditambah pula dengan kenaikkan harga tanpa pemantauan agensi kerajaan. Dengan tiada kenaikkan harga beras, harga ayam, harga tepung, harga telur dan lain-lain lagi, kenaikkan harga makanan di kedai mamak menjadikan pengguna di Malaysia umpama pisau di tangan kanan, timun pula di tangan kiri.

No comments: