Iran
Seandainya isu pencerobohan 15 tentera laut Britain ke wilayah Iran diselesaikan dengan apa jua cara pun, lebih-lebih lagi dengan jalan diplomasi, maka kematangan dan kehebatan Presiden Iran Mahmoud Ahmadenijad akan lebih terserlah dan beliau sudah dikira sebagai seorang wira dan pemimpin dunia kelas pertama. Apa tidaknya ? Berbanding dengan Bush dan Blair yang angkuh dan sombong, Ahmadenijad mewarisi kepimpinan Islam dan seorang yang berjiwa besar.