Saturday, April 21, 2007

PENGUNDI IJOK: Anda Berhak


Jika kita mengharapkan perubahan di dalam negara dan mahukan perubahan kepimpinan, nasihat daripada mendiang Mahatma Gandhi boleh diikuti. Beliau pernah berkata, "be the change you want to see in the world."


Apa guna sembang berguni-guni dan berlori-lori . Jack Herbert menyifatkan manusia sebagai "some of us are like wheelbarrows. Only useful when pushed, and very easily upset."


Bagaimana anda di Ijok ? Selamat berpilihanraya.
Adakah anda juga mudah sangat takut dan kecewa ? Kenapa ? Malaysia dan Ijok milik parti pemerintah dan anda tidak berhak apa-apa ?


Betul ‘gajah sama gajah lawan , pelanduk mati tersepit’. Sampai berapa lama anda perlu dan menganggap diri semacam pelanduk. Bukankah dalam diri anda juga ada kehebatan dan keberanian serta ke’raja’an belantara seperti gajah. Anda yang memilih calon dan melantik mereka menjadi wakil. Kata Ghandi lagi, "president means chief servant". Bermakna PM adalah ketua pekerja. Majikannya adalah pengundi.


Takkan anda sanggup membiarkan Samy Vellu menyebelahi kontraktor MRR2 untuk selama-lamanya. Takkan sanggup membiarkan Samy marah Pengarah JKR yang memberikan pandangan betul punca Putrajaya bocor. Takkan nak biarkan si Samy sewenang-wenangnya manaikkan tol. Takkan juga nak biarkan si Samy marah masyarakat India yang tidak sehaluan dengannya dengan berkata boleh jalan atau ‘porah’.

Kata Margaret Deland , "I have heard that a man might be his own lawyer, but you can't be your own judge." Cuba selidik balik kenyataan-kenyataan Samy yang selalunya angkuh. Bukan sahaja Samy tetapi kebanyakkan pemimpin pakatan itu. Falsafah mereka sangat mudah. "If you can't convince them, confuse them." Seperti kata Harry S. Truman. Jika mereka tidak boleh diyakinkan dengan pelbagai penipuan umpamanya , serabutkan mereka. Mudah sahaja. Rakyat Malaysia boleh diserabutkan? Atau penduduk Ijok sanggup dilakukan sedemikian rupa ?


Kini mereka berkata Kelantan miskin di bawah PAS. Berapa lama mereka memerintah Kelantan? Kenapa Kelantan tidak menjadi kaya-raya. Sekarang Khir Toyo pula bertanya, di mana Tan Sri Khalid selama 20 tahun lalu. Apa yang Khalid boleh sumbangkan untuk Ijok ?


Mak Cik Limah , 87 yang tinggal sekampung dengan Khir Toyo bertanya di mana Khir Toyo dan kerajaan BN selama 50 tahun ini. Kata Mak Limah yang masih ingat apa yang pernah diucapkan oleh Confucius, "In a country well governed poverty is something to be ashamed of. In a country badly governed wealth is something to be ashamed of."


“Bukan saya yang bercakap. Pemimpin besar Cina sudah ingatkan kita. So, I’m not going to vote MIC and BN again” tegas Mak Limah yang petah berbahasa Inggeris.


Dimana pemimpin BN bila ada pengundi di Ijok berteriak memberitahu “dapur rumah kami tidak berasap sejak merdeka lagi. Kenapa kami dibiarkan sebegini ? Kenapa baru nak luluskan peruntukkan RM36 juta dan pelbagai projek lain. Mana janji pilihanraya ke 11 lalu”.


Wahai penduduk Melayu, India, Cina, Kadazan, Jawa dan seluruh warga Malaysia. Apakah penduduk di Ijok sahaja yang dilupakan atau anda juga diabaikan ? Sudahkah janji pilihanraya lalu ditunaikan. "The problem is not that there are problems. The problem is expecting otherwise and thinking that having problems is a problem" seperti kata Theodore Rubin. Bantu dan beritahulah penduduk di Ijok.

Apakah hanya gajah sahaja mempunyai hati, kuman pun ada hati juga. Apakah menteri dan exco serta kroni mereka sahaja layak tinggal di rumah berjuta-juta ringgit. Sedangkan anda masih di pondok usang. Jiran anda di rumah PPRT yang luasnya sekangkang kera dan nun di Kuala Selangor dan Hulu Selangor - masih ada yang tinggal di bangsal buruk.


YAB Khir Toyo, mereka yang kaya seperti anda dan juga bagi mereka yang miskin seperti kebanyakkan penduduk Ijok sama-sama ada fikiran dan bernafsu . Mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan indeks komposit mencecah 1300 mata. Apa untungnya pengundi di Ijok bila berlaku sedemikian. Bagi mereka untuk mendapat RM1.30 sen pun sangat susah. Inikan pula harga minyak naik melambung-lambung. Harga barang tidak dapat dikawal. Ada yang mengadu sudah tiga minggu mandi menggunakan perahan daun pandan. Duit membeli sabun sudah lama digunakan untuk belanja persekolahan anak-anak.


Marilah jiran-jiran kaum Melayu, Cina, India dan semuanya di Ijok. Jangan anda mengharapkan orang lain lagi. Perubahan perlu dari dalam diri anda. Anda yang bakal mewarnai persada politik dan masa depan anak-anak. Jangan seperti kata pepatah, ‘harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta pula kedua matanya’.

Apakah anda lupa pesanan ibu. “Jika ikan di kedai Pak Mamat tak elok, belilah pula dari kedai Pak Bakaq”. Masih teriang-iang di telinga, jiran saya Muttusamy berpesan kepada anaknya Bala, “itu tose kedai samy tarak sedap. Cuba billi di kedai Subra pula ”. Bala yang nakal pula berkata, “Subra tarak sedap kalu?”
Jika tose Subra tidak enak, cuba buat pilihan lain pula wahai Bala. Pilihlah untuk bapa anda tose Kamachi atau tose di kedai Devi.


Teringat apa yang dikatakan oleh Nikita Khrushchev bahawa, "Politicians are the same all over. They promise to build a bridge even where there is no river" . Ulangtahun kemerdekaan ke 50 menanti dihujung sana. Elektrik masih tiada, air juga tiada, jalan ke kampong masih bertanah merah, bil telefon naik , bil elektrik naik, tambang haji naik, yuran sekolah naik, tambang bas naik, tambang teksi naik, harga minyak masak nak naik, susu anak-anak naik, gaji tak naik-naik – apa nak jadi Malaysia tanah airku.


YB-YB parti pemerintah merungut seperti yang pernah dikatakan Dom Helder Camara, "When I gave food to the poor, they called me a saint. When I asked why the poor were hungry, they called me a communist." Kenapa masih ada yang merempat ? Kenapa diambang kemerdekaan yang ke 50 tahun masih ada yang papa kedana ? Kenapa ?
Aduhhh!! Susahnya mencari kerja. Ada kerja gaji kurang, ada projek kroni senang.


Penduduk di Ijok. Seluruh dunia sedang memerhatikan anda. Buatlah sesuatu yang terbaik. Ubahlah selera anda sepertimana pesanan ibu. Jika tidak menepati selera, gunakan kuasa undi anda untuk mengubahnya lagi. Tiada siapa berkuasa ke atas anda kecuali Allah swt. Tiada siapa dapat mengubah fikiran anda jika anda sendiri yang mahukannya. Kata Gandhi lagi, "First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win."
Cubalah !

No comments: