Friday, April 20, 2007

SURAT TERBUKA KEPADA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


(SECARA E MEL) 20 April 2007
csl@moh.gov.my
YB Menteri Kesihatan Malaysia

YB

Masalah Bayaran Tempat Letak Kereta Di HKL

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa keputusan pihak YB untuk mengenakan bayaran kepada pelanggan Hospital Kuala Lumpur adalah amat tidak disokong berlandaskan kepada beberapa faktor berikut:

2.1.Hospital merupakan institusi sosial yang perlu dimartabatkan dengan falsafah tanggungjawab sosial. Ianya bukan tempat perniagaan atau tempat berdangdut.
2.2.Kebanyakkan orang yang berurusan dengan hospital adalah orang yang dalam keadaan kehimpitan, kesempitan dan memerlukan rawatan segera. Bermakna ada yang bertarung nyawa untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan.
2.3.Majoriti mereka adalah dari golongan yang berpendapatan rendah atau sederhana dan termasuk kakitangan awam yang kini berada di bawah paras kemiskinan.
2.4.Mana-mana negara di bawah kepimpinan yang waras termasuk negara Yahudi, mereka memikirkan masalah dan tanggungjawab terhadap rakyatnya. Bebanan rakyat adalah bebanan kepada negara yang berdaulat dan kepada pemimpin yang bermaruah.

3. Samada alasan yang YB berikan itu rasional atau sebaliknya, biarlah masyarakat secara umum menentukan. Bagi saya alasan bahawa orang lain menyalahgunakan tempat letak kereta di hospital lalu berurusan ke tempat lain boleh diterima. Apatah lagi soal keselamatannya juga harus diperhalusi. Namun dua alasan ini sangat bebal dan tidak relevan sama sekali.

4. Saya mencadangkan kepada kakitangan di Kementerian YB dan kepada YB sendiri supaya memikirkan alternatif berikut:
4.1. Kepada pembawa kad rawatan sebagai pesakit luar atau pemandunya pada hari itu dikecualikan dari bayaran dengan memeriksa Kad Pengenalan. Rawatan pesakit luar di hospital adakalanya memakan masa hampir enam jam. Cuba bayangkan berapa bayarannya.
4.2.Kepada pesakit yang diwadkan diberikan kad untuk ditunjukkan kepada pengawal hospital bahawa pemandu kenderaan ada mempunyai tanggungjawab menjaga atau menguruskan pesakit di wad bermula dari tarikh tertentu. Jika ianya disangsikan, boleh di confirm dengan wad berkenaan. Cuba bayangkan, seorang yang berurusan dengan peakit di wad yang datang dari luar daerah perlu meletak kereta berjam-jam pada satu-satu masa.
4.3. Di tempat yang dianggap risiko keselamatan, saya mencadangkan dipasangkan CCTV atau diletakkan penjaga

5. Dengan kenaikkan harga petrol dan hampir kesemua barangan keperluan pengguna, maka YB sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab tentang kesihatan seharusnya memikirkan bahawa tiada siapa yang gembira dihinggapi penyakit lebih-lebih lagi penyakit yang diadunkan dari masalah sosial kepimpinan negara.

6. Saya dengan ini meminta kepada YB supaya keputusan mengenakan bayaran tempat letak kereta kepada kumpulan para 4 di atas ini dibatalkan dengan serta merta.


Sekian terimakasih.

Saya yang benar,
alkerohi

No comments: