Saturday, April 14, 2007

Nana, Seikh dan Seorang Lagi

Cerita Politikus

Hampir 13 tahun yang lalu ketika bertugas di Butterworth saya telah berpeluang menemui seorang yang bernama Nana (bukan nama sebenar) . Usia Nana ketika itu menghampiri 60'an. Di kampung, masyarakat amat mengenalinya. Lebih-lebih lagi Nana ini berkawan dengan orang yang terpenting juga di dalam negara dan banyak membantu masyarakat yang memohon pertolongannya.

Kata Nana, “ Ji (nama panggilannya kepada saya) tau dak, sayalah orangnya yang membawa dua tokoh yang boleh dikatakan musuh dalam politik ini bertemu di Rose Restoran. Saya habak kat depa dari dok bergaduh di luar apa salahnya jika boleh duduk satu meja, berbincang”.

Sambil mengingati fakta sejarah secara serious, Nana menjelaskan dengan lebih lanjut, “Apa guna pijak dan bakar bendera bangsa dan negara kita. Saya rasa malu bila bangsa lain kata kita gaduh sama sendiri. Saya tak mau esok anak cucu kita kata kita tak betoi Ji…” . Kalah jadi abu, menang jadi arang - mungkin itulah maksud Nana.

“Sebagai orang lama saya kenal kedua-dua depa, saya tak rasa malu atau sombong. Saya bagitau kalau nak berjuang, inilah partinya. Parti yang bukan sahaja dok tulong orang Melayu tapi semua bangsa yang dok ada di Malaysia” jelas Nana lagi.

Sambil keluar masjid sesudah solat asyar, Nana menceritakan detik bersejarah yang dilaluinya itu. “Alhamdulillah, seikh terima pandangan saya , akan berfikir dan bagitau kemudian. Sejak pertemuan itu banyak yang berubah. Seikh akhirnya masuk parti ini dan tengoklah di mana dia duduk sekarang. Tapi, saya agak kecewa bila seorang lagi itu dikuis oleh seikh. Orang inilah yang bersama-sama dengan saya menasihati seikh dulu sampai seikh berada di nombor dua sekarang ” jelas Nana yang kelihatan sedih dan tidak bersetuju dengan perjalanan politik ketika itu.

Nana juga memberitahu saya beliau pernah menasihatkan ‘seorang lagi' itu supaya mempastikan dua orang anaknya tidak terlepas tangan. Bukan itu sahaja, jika apa yang Nana memberitau saya itu betul, maka banyak bahan ceritanya dalam ingatan saya. Kini Nana telah tiada. Seikh pula telah meninggalkan parti yang Nana perkenalkan dulu dan sedang berjuang dari parti lain manakala seorang lagi itu sudah berada di kemuncaknya dan kekal bersama-sama parti yang Nana sukakan itu .

Entah selepas maghrib tadi saya melepasi tempat kerja saya yang lama di Penang dan terkenangkan Nana yang selalu saya temui . Walaupun Nana ketika itu lebih berumur dari saya dan tidak ada apa-apa perhubungan kekeluargaan dan pertalian darah, namun hubungan kami mesra seperti adik-beradik. Lebih-lebih lagi isteri Nana yang kami panggil Mak Haji sangat mengambil berat tentang keadaan kesihatan isteri saya.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

1 comment:

Unknown said...

Dear bloggers

(Listed in SOPO Sentral of Malaysia)

This kutu is trying to develop a new hobby - listing your latest posting in my blog, Malaysiakita

This kutu really hopes you can update me on your latest posting in
Malaysiakita comment section or by email. You can reach me at sangkutu@gmail.com

To surf from blog to blog really consumes a lot of time. Mintak tolong la sangat-sangat! Harap sangat ni!

I'm seeking your kind help! Tolong! Tolong!