Monday, November 3, 2008

Siapa Presiden Amerika

Pilihanraya Amerika ke55 akan diadakan pada 04 November 2008. Siapa bakal Presiden Amerika yang ke 44 ?

Barack Hussein Obama 47 tahun dari Demokrat atau John Sidney McCain 72 tahun dari parti Republikan.

Apa untungnya negara-negara Islam, negara-negara dunia ketiga dan negara seperti Malaysia dengan kemenangan salah seorang daripada mereka ini.

Apa yang pasti, sudah tentu dasar luar negara Amerika akan memberikan tempias kepada negara-negara lain termasuk Malaysia.

Januari 2009 pasti melakarkan sejarah apabila George Walker Bush Presiden Amerika sekarang akan meninggalkan rumah putih.

Semasa pemerintahannya, salah satu dari dasar luar Bush ialah memerangi keganasan. Afghanistan dihancurkan di atas nama keganasan. Iraq yang penghuni buminya melambai-lambai memanggil tentera Amerika untuk me'nyah'kan Saddam juga kini meratapi nasib malang mereka. Osama Bin Laden dikatakan masih menjadi tetamu diperkampungan Pakistan.

Iran, Syria dan Korea Utara hampir menjadi mangsa kerakusan kuasanya. Negara-negara paksi kejahatan seperti yang digelar Bush ini mendapat sokongan rakyatnya.

Bush seperti bapanya dikatakan gagal dalam usaha memerangi keganasan ciptaan mereka. Musuh-musuh politik menuduhnya sebagai ketua penjenayah paling besar yang masih hidup dan aktif. Mana mungkin dunia akan aman dengan kewujudannya.

Kem Guantanamo merupakan 'istana keganasan' diatas nama demokrasi Amerika yang pasti akan diingati oleh generasi Amerika sekarang dan akan datang.

Rakyat dan negara Amerika sepatutnya malu dengan dasar Presidennya sekarang. Dasar berat sebelah dan cuba menjadi polis dunia.

Presiden barunya menyambung dasar menyanyangi Israel ?

8 comments:

. said...

sdr afrar,

saya fikir kita tidak boleh terlalu banyak menaruh harapan kpd presiden amerika syarikat. tidak banyak perubahan dasar akan berlaku sama ada mccain atau obama dipilih.

Anonymous said...

Yang pasti tak kira republikan atau Demokrat, orang Yahudi ada saham. Mereka menyumbang kepada dua-dua. Mereka ada hubungan diplomatik yang utuh dalam kedua-dua parti tersebut. Itu faktanya.

Cuma jika Republikan menang, kemungkinan ekonomi Amerika akan bertambah tenat itu ada.

Ini kerana secara asasnya Demokrat "ini bisness minded" jadi lebih relex liberal dalam pemikirannya. Mereka tidaklah taksub mau berjihad dan menanti the Mesaiah tanggal Easter day. Asalkan gendang-gendut tali kecapi, perut kenyang senang hati sudahlah tu.


Tak kira mana yang menang pun, dasar luar Amerika tetap akan berpihak kepada Israel kerana kedua-duanya ada orang mereka.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra Norizan,
lipatan sejarah telah membuktikan apa yg sdra ungkapkan itu. betul spt kata sdra. saya tidak menaruh apa-apa harapan besar. cuma mendoakan jika Allah bukakan pintu hati calon yg berdarah campuran itu.

AFRAR YUNUS said...

salam sdri mardhiah,
selama ini yahudilah dibelakang tabir aktiviti negara amerika. lobi mereka bukan sekadar menghancurkan ekonomi dan sosial negara yg mereka anggap sbg musuh, malah menghapuskan penghuni bumi negara itu.
nada obama terhadap cuba agak lembut. begitu juga pandangannya terhadap pengunaan tentera - akan menggunakan diplomasi. itu yg saya harapkan.
wallahua'lam.
tk sdri.

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Salam Ziarah dari PAS Bukit Sentosa 2, memang peminat bloga anda .

AFRAR YUNUS said...

salam sdra dr PAS cawangan BS2,
syukran. tk di atas hulur tangan persahabatan. semoga berpanjangan. keihlasan dan sabar pasti membuahkan berkat. selamat berjuang kepada sdra dan JK di sana.

Anonymous said...

Assalammualaikum wbr Afrar,

saya tertarik dengan kata-kata saudara "cuma mendoakan jika Allah bukakan pintu hati calon yg berdarah campuran itu".
Semoga Obama tidak mengikuti apa yang pernah Bush lakukan. Sama-samalah kita berdoa.

Malik, Pulau Tikus.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra malik,
sebagai manusia kerdil, itulah yg dapat dilakukan. kita merancang Allah jua yang menentukan sesuatu. didoakan semoga ada perubahan dalam pentadbirannya ke arah amerika yg lebih adil, berperikemanusiaan dan berakhlak.