Thursday, November 6, 2008

Binatang dan anak haram dalam Parlimen

Selagi "peraturan" itu dibuat oleh manusia, maka selagi itulah ianya boleh digunakan secara berbeza-beza mengikut pemikiran mereka.

Tidak kira peraturan itu sepatutnya diguna pakai pada peringkat kampung, daerah, negeri atau negara.

Biarpun parlimen telah diiktiraf dan disahkan sebagai badan pembuat undang-undang tertinggi pada peringkat negara, peraturan didalamnya masih dibuat oleh manusia. Ia bukan menggunakan kaedah atau sistem teokrasi.

Lebih-lebih lagi di dalam Parlimen Malaysia. Di dalamnya dikhuatiri ada monyet, babi, mereka yang kurang ajar dan anak-anak haram seperti yang selalu penghuninya mengungkapkan kata-kata seperti itu.

Kelmarin di Parlimen Malaysia, seorang wakil rakyat yang menganggap dirinya bukan anak haram, Datuk Tajudin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) telah melemparkan perkataan 'bastard' kepada M. Kulasegaran (AP-Ipoh Barat) , seorang lagi wakil rakyat dari parti pembangkang. Begitukah ?

Samada menyalahi peraturan mesyuarat atau tidak, itu perkara lain. Bukankah manusia yang membuat peraturan itu. Tambahan pula majoriti yang menguasai parlimen adalah dari kelompok satu parti pemerintah.

Jadi, biar mesyuaratnya itu dipengerusikan oleh Yang Dipertua, Timbalan atau Perdana Menteri sendiri, ianya ibarat seorang pemandu dijalanraya yang melepasi lampu isyarat merah. Selagi Polis atau JPJ tidak menahan, bukanlah boleh dibuat apa-apa pertuduhan.

Kaedah atau sistem disiplin dan undang-undang jalanraya diketepikan. Begitulah halnya di dalam parlimen.

Hal-hal remeh, memalukan dan tidak bertanggungjawab seperti ini seringkali menjadi keutamaan dan dibincangkan oleh sekumpulan wakil rakyat berbanding maslahat rakyat.

Adakalanya mereka 'by-pass' undang-undang dan kehendak pengundi tetapi tiada tindakan diambil.

Adakah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di Malaysia ?

Tidak berfungsi, berfungsi mengikut tafsiran sendiri atau tidak wujud?

2 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

undang-undang ciptaan manusia untuk kepentingan diri atau kumpulan sendiri sahaja, tak boleh menjangkau kepentingan sejagat.

AFRAR YUNUS said...

salam pakcik wahab,
semoga dalam jagaan allah swt selalu.
benar seperti kata pakcik. globalisasi seluas manapun, jika jambatannya adalah ciptaan manusia, pasti sahaja dapat meniti setakat jangkauan manusia juga. selalunya manusia pembikin undang-undang akan cuba by-pass apa yang ia sendiri adakan untuk orang lain.
tk