Saturday, November 15, 2008

NC Universiti Malaya : Mahu lanjut lagi?

Rafiah Salim menuntut supaya Timbalan Menteri, Idris Haron memohon maaf di atas kenyataannya di parlimen bahawa prestasi kerja bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu kurang memuaskan.

The Star melaporkan, "Rafiah said that her two-and-a-half year term was not sufficient to ensure the success of UM’s transformation plan".

“I have several more projects to be implemented and would have needed at least two more years to see them through".

Pengalaman saya mengutus surat kepada Rafiah pada tahun 2006 berkaitan pembedahan yang dilakukan terhadap isteri saya di PPUM masih belum dijawab beliau.

Mungkinkah pada pandangan beliau, jika disambungkan perkhidmatannya itu, beliau boleh dan akan mempunyai masa untuk melihat kembali, membaca dan menjawab surat yang sudah hampir dua setengah tahun diutus kepadanya.

Dalam kes ini, kami seperti bak kata pepatah, sudah dahaga sampai pula telaga kering.

Beliau bagaimana ?

4 comments:

Anonymous said...

Saudara,
Dalam usia sebegini, Mak Cik ini lebih layak tinggal di rumah. Jaga suami, main dengan anak cucu. Buat apa susah-susah. Bagi pula peluang kepada orang lain.

. said...

Sdr Afrar,

Sistem lantikan VC di IPTA kita begitu. Kita hidup dalam sistem tersebut. Usah merungut. Saya percaya masih banyak IPTS yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan beliau. Beliau bagus, cuma UM memerlukan VC lain. Itu saja.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra 'Anonymous',
seorang pentadbir yg baik ialah apabila amanah yg diberikan kepadanya dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab. sepucuk surat daripada penderita dan mangsa rawatan PPUM dianggap remeh oleh 'makcik' ini sehinggakan untuk menemuinya didepan pintu biliknya dikatakan tidak boleh, apa lagi yang beliau mahu. betul kata sdra. balik dan bermesra dengan suami dan anak cucu adalah lebih baik.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra norizan,
saya bangga jika ada VC seperti tan sri dzul di usm. seorang manusia yg tidak berpolitik dengan jawatan dan kedudukannya. pd hemat saya, beliau faham amanah itu akan dihisabkan dihari kemudian. sudah lama beliau di usm.