Sunday, November 16, 2008

Menarik : Demonstrasi bogel di Selangor

Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) bercadang mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak melakukan kerja yang merugikan rakyat.

Apa yang luar biasanya ialah, seperti yang dilaporkan, gerakan NGO yang berasal dari negera timur itu dan lebih-lebih lagi dari Malaysia bercadang melakukan bantahan tersebut dalam keadaan telanjang.

Mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor yang menaikkan sewa rumah kos rendah dari RM124.00 kepada RM250.00 sebulan.

Saya bersetuju benar dengan cadangan ini. Jika boleh bawa anak isteri, adik dan kakak sekali dalam sesi bogel berkenaan.


Saya juga mencadangkan AJKnya yang memulakan dulu sebagai tanda kepimpinan melalui teladan.

6 comments:

cakapaje said...

Salam Tuan,

Hmm...nak juga tengok, join tidak, cuma nak pi tengok je :)

PPR - Projek Perumahan Rakyat (termiskin), banyak didiami oleh mereka yang tidak miskin, dan banyak juga dijual kepada mereka yang tidak layak. Namun, tidak dapat dinafkan bahawa ramai yang layak turut mendiami perumahan ini. Harus dilakukan banci penduduk sebenarnya.

Ketua Hakim said...

Saudara Afrar,

Sedarkah saudara mengenai bahaya penyebaran berita palsu atau menulis pelbagai tohmahan.Perkara yang belum tentu salah-benar diwarwarkan sebagai satu kebenaran. Itu kah perjuangan saudara ??

Dalam al-Quran dan al-hadis pun ada mengenai dosa penyebaran berita palsu ... luangkan lah masa mencari ilmu.

AFRAR YUNUS said...

salam shah,
apabila berita ini heboh, saya terkejut juga. nak demo, tidak mengapa. tapi kepala demo adalah orang islam. cara demonya yg dianjurkan itu mengejutkan.
sdra,
ramai yg mengeluh. malah peruntukkan untuk rumah pprt selalu dihebohkan tidak sampai jumlah sebenar kepada pemohon. setuju benar jika ada badan yg berwibawa menyiasat hal ini.

AFRAR YUNUS said...

ketua hakim,
luahan sdra dihormati. malah saya sangat menghormati pendirian tn guru nik aziz yg menjadi salah seorang dr pemimpin idola.

Demontrasi 'bogel' perbuatan tidak bermaruah - Nik Aziz
Mohd Nor Yahya
Mon | Nov 17, 08 | 5:59:59 pm MYT

KOTA BHARU, 17 Nov (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mengadakan demontrasi 'bogel' bagi membantah kerajaan Selangor menaik kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat sebagai tidak bermaruah.

Dalam satu lagi berita, tok guru kata, lembu pun pandai jaga kemaluannya.
tk diatas pandangan berilmu itu.

Bungaraya said...

Salam Sdra Afrar
Nampaknya Ketua Hakim ketinggalan. Diseantario dunia sudah tersebar berita ini, dia masih teraba-teraba.. Biarkan dia dengan labu- labunya.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra bungaraya,
adakalanya kita perlu menerima hakikat bahawa seseorang itu tidak sealiran dgn pandangan kita. namun, apabila ada pro dan kontra, alquraan dan hadis lah tempat rujukan.
tk