Pusat Rawatan Cakra Alam menipu ?
(Terkini : Hospital Kangar dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star disaman)
Beberapa orang kawan memberitahu saya tentang Pusat Rawatan Cakra Alam yang terletak di Jalan Jejaka, Taman Maluri Cheras ,
Kata mereka, pusat rawatan ini sudah lama beroperasi. Apa yang diadukan ialah, pemiliknya dikatakan ‘mencekik darah’ pelanggan yang datang menerima rawatan. Bayaran sekali rawatan bermula dari RM150.00 sehinggalah boleh mencecah beribu ringgit.
Entah ia atau tidak ? Siapa yang memantau pusat ini ?
Pemilik pusat ini Mohd Arief dibantu oleh isteri dan beberapa pekerja. Mereka mengiklankan perkhidmatan seperti produk kecantikan, tenaga dalaman, rawatan ternatif penagihan dadah, pertahanan diri dan pemantapan minda.
Cara rawatan adalah menggunakan kaedah ghaib melalui jarak dekat dan jauh.
Dikatakan mereka mengesan penyakit melalui getaran tenaga .
Malalui laman webnya, diiklankan, “Cara pengubatan yang berbeza dan boleh dirasakan dengan serta merta akan kemasukkan getaran elektrik semulajadi tubuh yang disalurkan ke dalam tubuh pesakit tanpa adanya sebarang kesan sampingan melainkan kesegaran dan kelegaan”.
Terlalu banyak jenis penyakit yang dapat mereka merawati. Ini termasuklah masalah rezeki, jodoh dan lain-lain lagi.
Apa yang membimbangkan ialah mereka juga menggunakan nama orang kenamaan tertentu seperti nama bekas menteri Sulaiman Mohamad dan sebagainya.
Saya pernah menemani seorang kawan yang menerima rawatan di pusat tersebut. Bayaran yang diminta untuk sekali ialah RM250.00. Saya diberitahu oleh kawan ini, ia berulang tiga kali kesana. Habis hampir RM1000.00. Dia diminta membawa ayam putih, kain putih, kunyit, bawang dan bermacam-macam bahan lagi.
Apakah pusat ini berada di bawah pemantauan mana-mana agensi seperti Jabatan Agama Islam? Ramai yang mengadu tentang bayarannya. Apakah ada kaedah pemantauan harga di sini ? Betulkah seperti kata pengadu, impaknya tersangat kurang atau tiada langsung ? Apakah kelayakkan pengendali pusat ini ? Adakah ianya dijalankan mengikut kaedah syarak ?
Sila lihat klip video yang di’alert’
Jika tidak - dakwa dan penjarakan kesemua pekerja di situ yang mengutip wang di atas penderitaan orang lain.
5 comments:
Sdr Afrar,
Dalam dunia ini, ramai orang yang mengambil kesempatan atas tangisan orang lain. Itulah yang mengecewakan.
Salam Sdr Afrar,
Terimakasih kerana menyiarkan berita ini untuk tatapan umum. Saya pernah membawa ayah saya ke pusat rawatan ini. Habuk pun tarak. Wang habis baratus-ratus. Pejnyakit ayah masih seperti itu. Kepada yang belum kena lagi, jauhilah tempat ini.
bertindak melalui undang2, kumpul ramai2 mangsa, dan saman cakraalam.kerna, sekdar cakap2 camni samada dlm forum,blog dn email editor suratkhabar mereka takkan layan..
sudah seminggu aku tgk ramai yg email suratkhabar spt harian metro, tapi akhirnya berita 'bomoh suke raba' yg keluar..bukan psl cakraalam..
salam
sdra norizan,
sudahlah seseorang itu sakit, perlukan wang yang banyak, semangat yg kuat dan sokongan pelbagai pihak, ada pula makhluk bertopeng yg sanggup menipu dan gembira di atas penderitaan itu. jenis makhluk ini jika ada tidak layak tinggal bersama manusia lain.
sdra mahligai,
buatlah kebajikan walau sebesar zarah. bantulah sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan agama, nescaya ganjarannnya pasti ada. sdra pernah ke sana, dan nasihat sdra haruslah dijadikan panduan kepada mereka yang baru nak ke sana. dapatkan kepastian dari agensi yg sepatutnya terlebih dahulu.
sdra anonymous,
masalahnya dengan kita adalah orang yg celik undang-undang itu sangat sibuk. yang kurang sibuk pula kurang membantu.saya berharap jika benar pusat ini menipu, kerajaan tidak akan membiarkan mereka terlepas walaupun mereka mempunyai hubungan dengan orang atasan.
salam.
cakra alam exposed by james randi
youtube:
1) http://www.youtube.com/watch?v=p9hgWWQC3e0
2) http://www.youtube.com/watch?v=9pBe2_tbPUE
ATAU
download 3gp file(utk view di handphone)
part 1) http://www.4shared.com/file/73632357/b0721f08/cakra_alam-1flv.html
part2) http://www.4shared.com/file/73631637/f256d58b/cakara_alam-2flv.html
Post a Comment