Friday, November 7, 2008

ISA Hamid Albar mencium pipi, bibir digigit

Keputusan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Raja Petra setelah menerima permohonan habeas corpus blogger Malaysia Today itu merupakan satu tamparan kepada Syed Hamid Albar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sejak akhir-akhir ini begitu ghairah mengarahkan polis menahan rakyat Malaysia tanpa bicara.

ISA digunakan seperti undang-undang keluarga Syed Hamid Albar. Ikut suka Hamid siapa yang mahu ia perosokkan ke Guantanamo Malaysia.

Itu belum lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Syed Hamid dan Bush kelihatan seperti ada persamaan dalam hal-hal tertentu. Diatas nama keselamatan, Hamid boleh melakukannya. Sepertimana diatas nama keselamatan Afghanistan telah dimusnahkan oleh Bush.

Samada faktor keselamatan itu yang betul-betul keselamatan jadinya atau Hamid berpura-pura dan bersandiwara. Hanya dia dan polis sahaja yang tahu. Rakyat bimbang kerana tindakan itu kelihatan seperti ada udang disebalik batu.

Mid! Jangan pula tindakan itu mahu kau tunjukkan seperti kasih sayang pipi dicium, bibir pula kau gigit. Engkau selamatkan mereka menggunakan ISA, lalu kau dera mereka di Guantanamo itu?

Kata orang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama.

Syed Hamid mati meninggalkan apa ? Pastinya meninggalkan ISA.

6 comments:

cakapaje said...

Salam Tuan,

Last para: Rasanya walaupun si Mid tu akan tinggalkan ISA, ISA tetap akan mengikutnya ke kubur, dan seterusnya ke Padang Masyar; menghantuinya dengan 1,001 soalan mengapa menganiayai manusia lain.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra shah,
hamid tu kalau boleh nak bawa sama isa ke alam barzakh. sudah tentu pada fikirannya, keselamatannya disana kurang terjamin. lebih-lebih lagi spt kata shah , 1001 soalan pasti menghantuinya berkaitan tugasnya sbg menteri islam hadhari yg menganiaya org.

Anonymous said...

Tak patut betul Cakapaje dan Afrar mengata Hamid sebegitu. Adakah Hamid boleh ditahan dibawah I.S.A. di dalam kubur? Jika ya, saya sanggup mendapatkan khidmat peguam untuk dia bagi herbea corpus. Kasihan si botak tu.

kulatlapok said...

salam Tuan:

Sdr Hamid terpaksa mempopularkan dirinya. Kemelut kepimpinan di Bahagiannya hampir menengelamkan politiknya. Kes Daeng Malek menyelamatkan Hamid namun satu lagi isu sedang menantinya apabila Pas Johor membuat laporan polis/bpr terhadapanya sehingga Hamid jadi HAIRAN.... camne maklumat boleh dapat kat PAS?? Hamid kini terpaksa cari jalan untuk lebih mempopularkan dirinya lagi..lagi... dan lagi...

cakapaje said...

Salam Tuan,

Lol! Membaca komen tuan dan pengunjung, ketawa sendiri den di buatnya.

Tuan, jika tuan kesempatan atau berada di KL pada 29 Nov nanti, silakan bertemu ngan blogger lain di The Curve, Damansara. Sila rujuk blog saya mengenai perkara ini.

Juga, bloggers lain jika sudi dan kesempatan, silakanlah. Ni kes, sendiri makan, sendiri bayar ye :)

AFRAR YUNUS said...

salam sdra kl,
apabila diamanahkan t.jwb, maka manusia itu perlu malaksanakannya sebaik mungkin. jika ada aral atau kemuskyilan yg mengganggunya, adalah lebih baik ia melepaskan amanah itu kpd yg lebih berhak. di malaysia, bukan sahaja hamid, malah hampir majoriti dr kalangan pemerintah adalah tidak beramanah.