Saturday, October 20, 2007

Alor Star : Longgok Sampah Di Pejabat Kerajaan Tempatan

Saya menerima panggilan telefon dan pesanan ringkas daripada beberapa orang kawan mengatakan bahawa esok (Ahad) 21 Oktober 2007 pada jam 10.30 pagi di Jalan Kolam di Alor Star, Kedah akan diadakan satu majlis khas menyerahkan bungkusan sampah oleh pembayar cukai kepada pejabat Majlis Bandaraya Alor Star sebagai tanda protes kegagalan pihak Kerajaan Tempatan membersihkan sampah sarap yang semakin mengotorkan Alor Star.

Bukan itu sahaja, kekotoran ini telah menyebabkan kes denggi bertambah dan menyebabkan beberapa kematian di sekitar Alor Star.

Alor Star pernah dikenali dengan nama Alor Star Bandaraya Dalam Longkang.

Ada yang memberitau, aktiviti sebegini sudah tentu dapat membuka mata Datuk Bandar yang sedang lena.

Dalam pada itu, ramai dari kalangan penduduk menyarankan agar bungkusan sampah ini dilonggokkan pula di hadapan kediaman Datuk Bandar dan kediaman Menteri Besar Kedah sekiranya tiada tindakan selepas tarikh 21 Oktober ini.

2 comments:

tokasid said...

Salam Afrar:

Kalau btoi depa teruskan protes tersebut pagi esok, aku memang tabik spring.

Selama ni PBT di Malaysia sentiasa ambil mudah akan perasaan rakyat. Kalau lambat bayar cukai pintu kena denda. Kalau buang sampah merata-rata kena denda.

Bukan saja Aloq Staq, tetapi seeloknya seluruh negara buat protes macam tu. Handal nak buat bangunan tinggi-tinggi, buat mall itu dan ini, tetapi perkara basic seperti mengutip sampah sarap pun banyak PBT terkedek-kedek dan lembab.
Macamana nak jadi negara maju? Kalau tak silap aku salah satu kriteria negara maju adalah kebersihan tempat awam. Kita kalau tandas awam dah fail awal2 lagi.

Kalau betoi depa buat, hang updatekan kami atau buat entry baru. salam.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
alhamdulillah. nampaknya penduduk alor star memberanikan diri dan telah pun melakukan apa yang dirancangkan mereka. difahamkan kata dua telah diberi kepada pihak kerajaan tempatan, "bersihkan kawasan berkenaan atau bersedia untuk menerima sampah yang akan mereka longgokkan lagi". syabas. nampaknya dalam hal ini bukan sahaja masyarakat melayu, tetapi juga masyarakat cina dan india bersatu membantah sikap MBAS ini.
ada pekerja MBAS memberitahu, elaun lebih masa mereka tidak dibayar. ini datuk bandar kaki lena tu kena jelaskan.