Friday, October 19, 2007

Kecuaian dan Keganasan Polis, Rakyat Perlu Membayar ?

Wang sejumlah RM2.5 juta bukanlah sedikit. Setiap kali kerajaan diperintah oleh mahkamah untuk membayar wang kepada sesiapapun, maka wang itu adalah wang rakyat. Bukan wang individu Perdana Menteri, wang peribadi ahli kabinet atau kutipan wang sesama anggota polis.

Kecuaian mengurus dana awam bukan sahaja berlaku di dalam pentadbiran awam seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini malah jumlah yang lebih besar disalah urus oleh orang politik terutama sekali oleh mereka yang memerintah.Berita kelmarin dari Kuala Lumpur menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hashamudin Mohd Yunus memerintahkan agar bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta atas penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari pada tahun 1998.

Menurut mahkamah, Polis gagal mengemukakan bukti, penahanan yang dibuat adalah berniat jahat, soal siasat bertujuan politik dan tidak kena mengena dengan soal keselamatan negara. Malek juga telah didera semasa berada di dalam tahanan.

Soalanya ialah, kenapa tindakan tatatertib tidak diambil terhadap anggota polis berkenaan yang melakukan tugas tanpa mengikut peraturan. Alasan mahkamah jelas memberikan tafsirannya. Kakitangan kerajaan termasuk polis terikat dengan peraturan dan perintah tertentu yang jelas memberikan deifinisi berkaitan tindakan disiplin.

Mana perginya Suruhanjaya Polis. Mana perginya IPCMC ?

Sudah sampai masanya pendera dari kalangan polis dikenakan hukuman yang setimpal. Musa Hassan pandai mencadangkan agar keluarga Nurin Jazlin dikenakan tuduhan cuai. Bagaimana pula dengan polis yang mengganas dan mendera ? Bukan setakat itu sahaja, kerajaan terpaksa menghabiskan duit rakyat kerana kesalahan dan kecuaian polis. Bukan seringgit dua tetapi berjuta.

Sudahlah permintaan mereka untuk memenuhi kekurangan anggota, kekurangan rumah, kenderaan dan sebagainya dipenuhi kerajaan dengan menggunakan wang rakyat. Takkanlah ganti rugi akibat kecuaian, keganasan dan sikap tidak bertanggungjawab polis pun rakyat yang perlu membayarnya?

2 comments:

tokasid said...

Salam Afrar:

Memang sering begitu. Pegawai atau agensi yang melakukan kesalahan hanya di hukum tetapi yang menjalani hukuman adalah rakyat sebenarnya.
(aku link posting hang ni ke entry aku)

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
satu permulaan yg baik dalam sistem perundangan negara tetapi kita perlu tunggu apa keputusan mahkamah yg lebih tinggi jika ada rayuan.
-apa yg lebih penting, rakyat harus sedar keganasan dan kecuaian polis memaksa mereka (rakyat) membayar berjuta jika ini merupakan kes contoh. aku ucapkan tahniah kpd sdra Malek dan berharap ramai lagi mangsa bangun dan menuntut hak mereka.
-jika seorang anggota polis meyumbangkan RM30.00 kepada tabung sdra Malek, maka 80,000 anggotanya akan dapat mengumpulkan RM2.4 juta. takkan musa hassan dan timbalannya dan lain-lain senior nak bagi RM30.00 juga?
setiap kecuaian, kerakusan dan keganasan polis, harus disedari oleh setiap anggotanya. jika rakyat yg membayar kpd sdra malek, apa yg PDRM tahu. jadi, aku minta musa hassan dan PDRM buat kutipan. yg pasti seorang RM30.00. musa nak bayar berapa?