2 Badut Parlimen Cari Nahas
Ahli Parlimen DAP kawasan Batu Gajah, Cik Fong Po Kuan menjadi tumpuan sepanjang minggu ini. Isu si badut dari Kinabatangan, Bung Mokhtar dan si badut dari Jasin, Mohd Said Yusof – pakar tutup mata sebelah , semasa membincangkan kebocoran parlimen, bukan tersilap langkah tetapi sengaja mencari nahas masuk ke topik “ ahli parlimen Batu Gajah pun bocor sebulan sekali”.
Menurut perangkaan tahun 2006, sejumlah 21 ahli parlimen wanita mewakili 13,077.6 juta wanita di Malaysia dan 198 ahli parlimen mewakili 13,562.6 juta lelaki. Wakil wanita di parlimen cuma 9.6% sahaja.
Kes sexual harrassment atau gangguan seksual di tempat kerja seperti yang dilaporkan kepada PDRM pada tahun 2006 adalah 28 oleh majikan dan 40 oleh rakan sekerja. Si badut berdua ini jika dilaporkan adalah dari kalangan rakan sekerja Cik Fong.
Dalam pada itu beberapa NGO semalam meluahkan rasa kecewa dengan tindakan dua badut berkenaan. Mereka melancarkan tunjuk perasaan secara aman di hadapan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat . Mereka juga meminta YB Datuk Shahrizat Bt Abdul Jalil, menteri kementerian berkenaan mengambil tindakan agar si badut berdua memohon maaf.
Ada yang mengatakan mereka berdua tidak pernah mengenal erti 'gender-wanita' dan oleh itu tidak faham makna ibu, isteri, kakak dan puteri.
No comments:
Post a Comment