Ibu : Kau Tiada Pendua
Empat belas tahun yang lalu iaitu pada tahun 1993, ibuku yang sedang uzur tidak dapat bersama kami menunaikan rukun Islam kelima. Ibu menderita menghidap penyakit kencing manis dan lemah jantung. Adakalanya dari Keroh ke hospital Baling, ke hospital Sungai Petani dan selalu juga ke hospital swasta di Pulau
Tanpa ibu siapalah aku
Sambil bersalam ibu memegang erat tanganku. Kelihatan air mata mengalir membasahi pipinya. Seolah-olah enggan melepaskanku pergi. Wajahnya yang layu sejak beberapa tahun yang lalu kadangkala mengembalikan nostalgiaku. Tanpa ibu siapalah aku.
Ibu sepertimana aku tinggalkannya
Pesawat terbang tinggi membelah angkasa . Aku pula
Terasa kelainan
Kerap aku menghubungi ibu. Selang sehari dua aku menelefonnya dan bertanyakan khabar keluarga. Rindu kepadanya bukan kepalang. Walaupun baru beberapa hari di luar negara, aku terasa sangat kelainan.
Ibu menunggang kuda putih
Tugasku selesai di bumi anbiya. Di maktab tempat kami tinggal ada jiran dari Perlis, Pulau Pinang dan juga Perak. Masing-masing berehat sementara menanti masuknya waktu solat. Ketika ku lelapkan mata sebentar, aku dapat melihat ibu dalam pakaian serba putih menunggang juga kuda putih yang berjalan secara perlahan-lahan melihat kearah aku. Ibu melambai-lambaikan tangan kepadaku. Aku tertanya-tanya di mana diriku. Rupanya aku bermimpi yang tak pernah adanya selama kurang lebih satu bulan kami di
Aku terkejut digerakkan dari tidur. Kata petugas di situ, ada panggilan telefon dari
Aku kaku dan lidahku kelu mendengar nasihat itu. Aku mengharapkan satu noktah segera.
Ibu pergi buat selamanya
Aku diberitahu ibu kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnailaihi rajiun.
Ibu disemadikan sebentar tadi. Segala-galanya telah diuruskan dengan selamat. Tergamam seketika namun, Allah menyanyangi ibu lebih dari kami.
Makkah – penduduk bumimu yang pernah mencerca Rasulullah saw sehingga membuatkan Rasul berhijrah ke Madinah memakukan satu sejarah yang tidak dapat aku lupakan sehingga bila-bila. Makkah, di dadamu ku menangis meluahkan kenangan berlalu bersama dan jasa ibu. Makkah - Haram Shariff menjadi saksi.
Kini, 14 tahun kehidupanku tanpa ibu. Segala-galanya tanpa ibu . Ibu – kau simbol kedewasaan, kejayaan dan kebahgiaan . Kestabilan keluarga , masyarakat dan negara bermula darimu.
Tiada pendua ibu
Aku berpesan kepada diriku dan juga kepada yang masih mempunyai ibu. ‘Ibu’tidak ternilai harganya. Hormat dan taatilah ibu. Ibu tidak dapat dibeli, ibu tidak dapat diganti, persamaan ibu tidak ada pada orang lain. Ibu adalah ibu. Tiada yang boleh menduakannya. Oh ibu , kehilanganmu…
Doa dari anakmu
No comments:
Post a Comment