Friday, May 11, 2007

Anwar Ganggu Dan Ajak Kami Di Dalam Penjara

TAK SABAR NAK ...

Beberapa hari yang lalu saya berkesempatan bertandang ke sebuah Jabatan Penjara Malaysia kerana urusan tertentu. Dalam perbualan dengan beberapa pegawai penjara yang pada mulanya agak pendiam menunjukkan reaksi dan sikap mereka terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


“Semasa dia mula-mula masuk penjara, habis kami semua diganggunya. Bukan setakat diri dia sahaja , kami semua diajaknya. Susah nak jaga dia” kata seorang pegawai kedua tinggi di penjara berkenaan.


Saya mendengar dengan penuh minat. Apa yang diganggunya dan apakah yang diajaknya?


“Masa dulu di penjara ada permainan judi yang dikenali dengan nama loto. Boleh dikata satu penjara gila main judi itu. Tapi bila Anwar masuk dalam dia mula campurtangan. Dia akan datang dan berbisik tentang keburukkan bermain judi itu. Hasil usahanya, sekarang sudah tidak ada lagi permainan judi tersebut di penjara ” kata pegawai penjara yang akan pencen dalam setahun dua lagi.


Waktu masuk solat, dia akan panggil kami semua. Dia akan menjadi imam. Bukan setakat untuk dirinya tetapi untuk kami juga kebaikkan itu” tambah warder di situ.


“Kami puji dia. Jika dia siasat sesuatu perkara mesti sampai ke akar umbi. Baru dia hentam. Dalam penjara pun macam tu juga. Dia akan datang dan kacau kami. Dia suruh kami belajar rajin-rajin supaya cepat naik pangkat. Malah ketika itu dia pernah tolong pilihkan soalan yang dirasakan akan keluar dalam peperiksaan” kata mereka.


Anwar slow-talk


Pernah satu hari banduan hendak mengamuk dan tunjuk perasaan. Anwarlah orang yang dikatakan ‘slow-talk’ dengan mereka dan akhirnya tak jadi. “Anwar ni pandai bicara . Cakapnya boleh dipakai orang” tambah salah seorang dari warder menceritakan pengalaman menjaga dan melayan Anwar yang pertama kalinya disumbat ke dalam penjara akibat peristiwa Baling pada tahun 1974.


“Apa yang mengecewakan, Anwar tak sabar nak jadi PM. Dia cuba kuis Tun Dr Mahathir. Dia gagal melihat apa yang terjadi kepada Musa Hitam” tambah seorang daripada mereka.


Karisma apa yang ada pada Anwar


Saya sempat menjolok soalan kepada mereka. Ada lagikah karisma dan masa depan Anwar dalam pentas politik di Malaysia ?


Seperti berpakat memberikan respon. “Susah nak cari orang macam tu. Pengaruh dia kuat. Gelabah Pak Lah dibuatnya sekarang. Tak naikkan gaji kami macam CUEPACS minta, kita pakat sokong Anwar dalam pilihanraya ini”. Sambil mereka ketawa , “naik gaji pun kita sokong Anwar juga”.


Ke situ pula mereka…..

No comments: