Sunday, May 30, 2010

Samy berjaya sedut GAS

Betulkah Samy Vellu masih diperlukan oleh masyarakat Tamil Malaysia ?

Ada masyarakat Tamil yang menganggap Samy seperti tuhan. Ada pula yang marasakan Samy ibarat dewa dari kayangan.

Pagi ini di Seri Kembangan akan berlangsung himpunan GAS - Gerakan Anti Samy yang diusahakan oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC yang dipecat oleh Samy beberapa hari yang sudah iaitu V Mugilan.

Kata Mugilan, GAS akan mendesak agar Samy undur segera dari MIC.

Inilah masanya masyarakat Tamil mencelikkan mata mereka yang telah dikelamkan oleh Samy selama ini.

Masyarakat Tamil rata-rata masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Nyahkan Samy dari peta politik Malaysia. Kuasa ditangan rakyat. Itupun jika mahu dan jika boleh.

Ramai yang sudah berusaha - Tun Mahathir, Subramaniam, Muhyiddin, Kalimullah, KJ, kepimpinan MIC dan lain-lain tetapi semuanya telah gagal melakukannya.

Kini giliran Mugilan dan rakan-rakan.

Mampukah Samy ditumbangkan. Atau, Samy yang akan berjaya menyedut GAS itu?

No comments: