Friday, May 28, 2010

Kasihan Najib, Malaysia kurang wang

Kasihan Najib Tun Razak Perdana Menteri pujaan Tun Mahathir Mohamed.

Di zamannya, rizab negara dikatakan semakin menyusut. Dalam kata lain, wang untuk berbelanja sudah semakin kurang.

Namun Awang Adek yang digelar menteri judi itu mahu menaikkan pendapatan rakyatnya termasuk gaji kakitangan awamnya dari pendapatan tahunan RM21000 kini pada lebih RM40000 setahun dalam strategi Model Ekonomi Baru (MEB).

Untuk mengekalkan kuasa Najib, UMNO dan Barisan Nasional, dicadangkan kerajaan yang ada menaikkan tambang pengangkutan awam, kadar tol, mengenakan cukai yang lebih tinggi terhadap barangan pengguna, menaikkan harga petrol, memotong segala subsidi yang diberikan selama ini, meningkatkan kadar yuran sekolah dan bayaran pendidikan di IPT, menaikkan BLR institusi perbankan, meminta polis dan JPJ menyaman kenderaan dan meningkatkan kadar kompaun dan denda, menswastakan agensi-agensi kerajaan, meluaskan lagi rangkaian perjudian dan arak serta melaksanakan GST yang tinggi dengan serta merta.

Sudah tentu kerajaan akan mendapat pulangan yang berbaloi.

Lebihan hasil pendapatan ini nanti boleh dibahagikan sesama kroni-kroni.

Biar rakyat dan orang awamnya susah dan menderita sedikit asalkan kerajaan - menteri kabinet, kroni dan ahli politik parti pemerintahnya senang-lenang dan kaya-raya.

4 comments:

Anonymous said...

Ye lah bang. Asal orang lain dapat aje, kronisme.

Kalau kita dapat, lainlah kan?

AFRAR YUNUS said...

salam
orang lain dapat bukan kronisme tapi asyik asyik orang itu je dapat, itulah kronisme.

mungkinkah kita juga sebahagian dari orang itu aje..

Anonymous said...

Ye lah bang. Asal orang lain dapat aje, kronisme.

Kalau kita dapat, lainlah kan?

Aku rasa mak bapa dan keturunan anonymous 3.20pm tu jenis UMNgok. Sudah tentu perut dia penuh dengan penipuan wang rakyat.

AFRAR YUNUS said...

salam ano 8.16pm
sesungguhnya memek muka manusia pun boleh dibaca. inikan pula tulisan atau kata-kata.
tk