KP Selangor 'tegas', perlu dicontohi
Khalid Abu Bakar Ketua Polis Selangor sangat 'tegas'. Katanya dia tidak akan memohon maaf kepada keluarga kanak-kanak yang dikatakan menjadi mangsa keganasan polis.
Bermakna, jika anak dia sekalipun, keluar malam jam melebihi 12 tengah malam, lalu terlibat dalam pergaduhan dan dipukul, ia tidak akan membuat laporan polis.Adakah ini juga bermakna, jika anak-anak gadis polis Selangor termasuk anak Khalid yang keluar rumah pada waktu malam lalu dirogol, maka polis Selangor tidak akan membuat laporan Polis ?
Polis tidak akan mohon maaf
Sebaliknya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berpendapat, individu yang patut memohon maaf berhubung kejadian itu adalah individu yang membenarkan arwah remaja tersebut memandu kereta pada hari kejadian.
Ini kerana, menurut beliau, individu tersebut pasti mengetahui arwah Aminulrasyid tiada lesen memandu dan tidak seharusnya dibiarkan memandu kenderaan walaupun dalam apa keadaan sekalipun.
"Saya enggan minta maaf kerana ketika kejadian anggota polis yang terlibat hanya menjalankan tugas.
"Mujur tiada orang awam yang cedera teruk atau mati akibat dilanggar oleh arwah yang tiada lesen memandu semasa melarikan diri daripada orang awam dan juga polis," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. - KOSMO
3 comments:
ada dengar kat radio, kawan aminulrashid tu pun anak polis jugak...... so
salam sdra ano
saya dimaklumkan perkara itu. tak bolehlah nak tulis kat sini. sat lagi tak pasai-pasai saya pula kena..
...jaga anak korang baik-baik sudahlah jangan jadi macam budak tu...
Post a Comment