Saturday, May 29, 2010

Azizan dan kekalutan politik Kedah


Ramai yang mengatakan bahawa politik negeri Kedah yang diterajui oleh Azizan Abd Razak masih bersalut dengan imej kekampungan.


Kekalutan parti-parti politik Pakatan rakyat di Kedah sebenarnya agak kurang. Cuma yang ada ialah kekalutan pentadbiran Azizan yang dilihat sebagai perongos, one man show, kenyataan-kenyataan kelolohnya, watak exco yang kurang, peranan parti yang diketepikan dan sebagainya.

Baru-baru ini Azizan dikatakan ditempelak oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Entah betul entah tidak. ADUN PKR dikatakan melahirkan ketidakpuasan mereka tentang Azizan yang mengamalkan 'double standard administration' di Kedah.

Malah pemerhati politik di Kedah melihat ADUN PAS termasuk Exco-exco dan pegawai-pegawainya sendiri didapati sangat takut dengan Azizan.

Cuma seorang Exco sahaja dikatakan mendapat tempat dan perkenan Azizan iaitu Dato' Haji Ir. Phahrolrazi Bin Haji Mohd Zawawi.

Betulkah ?

Saya menghubungi Lim Soo Nee (gambar) Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah merangkap ADUN Kulim untuk mendapatkan pandangan beliau.

Beliau diantara ADUN yang dikatakan banyak membangkitkan kelemahan Azizan di dalam perbincangan tertutup yang diadakan baru-baru ini.

"Saya belum dapat memberikan komen kerana isu ini masih panas di Kedah. Biar ia menjadi sejuk sedikit" kata Lim yang baru dilantik menjadi Exco dalam rombakan beberapa minggu yang lalu.

Sebenarnya, jika Azizan mahu melihat Kedah kekal ditangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ketiga belas nanti, MB itu perlu mengubah sikapnya sendiri.

Hatta kepimpinan pemuda PAS negeri rata-rata tidak diberikan peranan dalam perjalanan politik Kedah.

Azizan kelihatan sedang memisahkan diri dari partinya sendiri. Boleh jadi beliau merasa selesa kerana PAS dan UMNO di Kedah adalah macam adik beradik.

Kalahpun tidak mengapa. Baginya PAS tidak pernah mempunyai kaki satu masa dahulu. Sekarang sudah berstoking dan berkasut.

Seperti apa yang pernah diungkapkan oleh Suraya Yaacob, ADUN UMNO Sg Tiang kepada seorang kawan, "nak berjumpa MB Azizan tak payah buat appointment. Zaman Mahdzir Khalid agak susah juga".

Beberapa wartawan senior media perdana di Kedah memberitahu saya, “Azizan boleh masuk semua line. Dia tak macam Hadi Awang dan Nik Aziz. Dia boleh melawak luar dalam”.

Nampaknya Azizan gembira dengan tanggapan orang luar dari PAS dan Pakatan Rakyat terhadap dirinya.

Azizan cuba membina imejnya dengan bahan-bahan buatan UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah ini merupakan kekuatan atau kelemahan Azizan ? Jika ianya kelemahan Azizan maka pilihanraya ketigabelas nanti pasti akan menghasilkan kejutan.

Perlukah Azizan digantikan jika dia sendiri tidak habis-habis syok dengan tanggapan UMNO dan BN terhadap imej dirinya berbanding kepentingan kerajaan yang sedang diterajui dengan kerjasama Pakatan Rakyat ?

4 comments:

PAS Kedah said...

Azizan ni layak jadi AJK PAS di Sg Limau sahaja. Judi masih sama di Kedah. Arak macam itu juga. Cuba sesiapa beritahu saya apa perubahan yang Azizan buat di Kedah sejak Mac 2008. Dia ni wajib diganti.

LENSA PR said...

zizan nak pencen je....

AFRAR YUNUS said...

salam sdra PAS Kedah
mb kedah ada gaya sendiri. pentadbirannya dikatakan kalut. gossip politik di alor setar - azizan jgn bergantung sangat pada istana. teringin nak buat pilihanraya? boleh dapat balikkkah kesemua kerusi yg disandang ?

malas nak ulas panjang-panjang.
tk sdra

IISheikh Ali
patutnya azizan ni serahkan saja jawatan mbnya pada orang lain. tak semestinya pesuruhjaya pas kedah jadi mb.
ii. pembangkang di kedah boleh baca kelemahan mb kedah. sayiu saja kelebihan pas ialah perpecahan umno kedah.
-shafie apdal tak disukai
-bashah timbalannya tak sebulu dengan anak tun mahathir
-mukhriz memang teringin bertanding dun
-sudah ada rancangan di kalangan umno mahu cantas mukhriz
-jangan lupa bashah adalah dari kalangan 22 orang yh mahathir biasa panggil mengadapnya di jpm dlm isu mb kedah.

Anonymous said...

mmg betul bab MB kedah ni.....banyak kes2 yg berlaku x dibising2 oleh para ahli umno kerana ianya adalah bom jangka....tggu pilihanraya nnt br bom ni akan meletup dan azizan akan disalahkan oleh org2 nya sendiri..

minta alkerohi tolong siasat dan terjemahkan masalah di insaniah.....masalah ni boleh bg ustaz azizan tumbang tau....teks tuanku dengarnya diubah.....kiranya menipu tuanku....tolong siasat ye...