Lutfi semakin sihat
Keadaan kesihatan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman semakin baik sejak melakukan pembedahan bypass di Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) pada 26 April 2010 yang lalu.
Beberapa rakan sekolah Lutfi ketika di Sekolah Menengah Teknik (Lebuhraya) Alor Setar yang menziarahinya melahirkan rasa syukur melihat keadaan Lutfi.
Dr Syed Halim yang menghantar sms menulis, "semasa saya ke wad HUKM beberapa hari yang sudah, Lutfi sudah boleh bersembang dan mula bangun dari katilnya".
Seorang lagi rakan sekelas Lutfi di UTM, Mohd Zamri B Md Dali memberitahu saya tadi bahawa Ketua Pengarang Harakah itu berharap akan dibenarkan keluar dari wad pada hari ini.
"Bersyukur dan semoga dia dapat menjalankan tugas dengan lebih bersemangat nanti" kata Zamri.
1 comment:
Aiii...bukankah Hospital tu hasil kerja BN, apa citer ni...?
Post a Comment