Saturday, May 1, 2010

Ibrahim Ali perasan MB Kelantan ?

Kelmarin, Ibrahim Ali mewakili rakyat Kelantan memohon maaf kepada Sultan Selangor.


Katanya beliau berbuat demikian setelah Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan enggan berbuat demikian ekoran mempertikaikan titah Sultan melarang masjid digunakan sebagai pentas politik.

Ibrahim merasakan dirinya seolah-olah berada ditempat Menteri Besar Kelantan.

Dia lupa diri bahawa kerusi Pasir Mas yang sedang didudukinya kini pun adalah ihsan dari parti PAS. Jika bertanding sekali lagi di situ, entah boleh menang atau tidak.

Orang macam Ibrahim perlu ada di dalam politik Melayu. Jika tidak sunyi kenduri-kendara orang Melayu lebih-lebih lagi politik Melayu UMNO.

Dia pemimpin Melayu Malaysia. Mendapat sokongan pemimpin 'Melayu' seperti Tun Mahathir Mohamed. Dia jugalah pernah berbohong kepada orang Melayu bahawa akan mencium buntut Mahathir jika dia masuk semula kedalam UMNO.

Cakap berdegar-degarnya ketika itu telah mempengaruhi ramai orang Melayu nasionalis.

Sayang dalam hal mencium buntut, tidak ada siapapun dari kalangan orang Melayu termasuk Perkasa yang mahu mewakilinya mencium buntut Mahathir sepertimana ia cuba mewakili orang Kelantan memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Ada kawan-kawannya berkata bab mencium buntut itu cuma lawak jenaka Ibrahim dalam politik.

Boleh percaya lagikah cakap berdegar-degarnya itu sekarang jika semuanya dianggap lawak ?

7 comments:

kulatlapok said...

MEMNAG TEPAT PSOTING TUAN NI. ITULAH PENYAMBUNG HAYATNYA YG TINGGAL TIDAK BERAPA LAMA LAGI. NAK MASUK BEBAS NANTI, DAH TAK ADA PENYOKONG, NAK MASUK UMNO LAK MUKA DAH TAK TAU MALU.. TERPAKSA LAH MENJUALKAN DIRI SENDIRI PADA MEDIA.

azman kamarul said...

ELOK SANGAT POSTING TUAN.....SAYA NAK KOMEN KEHADIRAN "ORANG" MACAM BRAHIM NI.....MAHA TINGGI PENCIPTAAN ALLAH SWT....RUPA-RUPA ADA MAKHLUK YANG DICIPTA ALLAH SEPERTI INI YER.MAHA SUCI ALLAH...SUBHANALLAH

Ahmad Tarmizi said...

Kulatlapok,
Beraim ni sebenar nya dah tak boleh masuk UMNO sebab dia telah dipecat seumur hidup oleh UMNO kerana bertanding bebas di PRK Pasir Mas dulu.Kalau UMNO terima semula beraim ini,bermakna UMNO takde prinsip,suka suka saja nak keluar masuk kan ahli. Nak masuk PAS,Tok Guru Nik Aziz kata jadi anak angkat PAS sudah lah. Itu pasal dia terpaksa tubuh PERKASA untuk menyambung hayat nya. Kalau tak ada PERKASA, lepas ini orang akan lupa pada beraim ali.

Mas Merah said...

Berahim Al Kataki mengharapkan simpati Dr Mahadev supaya boleh pengaruh Najib Altantuyna melantik Berahim menjadi Senator dan seterusnya Timbalan Menteri Pembangunan Wanita yang dikosongkan oleh MCA.

MANZA MS said...

saudara al-kerohi,
cakap sam itu Ibrahim Ali lebih dok diam atau balik kelantan niaga budu lagi baik drp bising macam org sasau.Tapi memang susah nak tutup mulut putera katak ni tambah22 lagi kena musim "hujan". Manalah tahu kot org offer SENATOR lompat pula?

Anonymous said...

Ibrahim adalah lambang kecelaruan Melayu.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra kl
betul kata sdra. dia sedang mempromosikan dirinya dengan bantuan dr m.

II.slam sdra azman
malu itu separuh dari iman. tapi ibrahim adakah perasaan itu?

III.salam sdra tarmizi
dulu rais yatim pernah membakar jambatan tak mahu kembali ke dalam umno. begitu juga beberapa pemimpin semangat 46. sudahnya mereka menjilat kembali ludah itu. Ibrahim cuba menggunakan taktik yg sama agaknya.

IV.salam mas merah
Tun M memang menyokong 100% ibrahim yg pernah menggelarkannya keling . ibrahim berkata jika dia masuk semula Umno, dia akan cium buntut Tun. Tun juga menganugerahkan beberapa projek kpd ibrahim ni.

V.salam sdra manza
depa dok lompat. tu sebab ibrahim digelar al kataki. dia pun dok tak diam. melompat dari satu parti ke satu parti. dia seronok bila dr m kata zaid ibrahim katak. dia buat-buat tak faham yg dr m perli dia.

VI.salam sdra ano
saya setuju sangat orang melayu dah bercelaru kerana mereka tak dapat baca between the line.

tk semua.