Tuesday, March 30, 2010

Persatuan Pengguna PP (CAP) juga berpolitik ?


Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan askar, askar pun cabut lari.

Peribahasa yang pertama itu, adalah. Tapi yang kedua itu, saja taroh.

Apabila AJK Persatuan Pengguna berpolitik, pengguna seolah-olah tersepit diantara dua ekor gajah.

Sebut saja soal kepenggunaan, selama ini saya menaruh kepercayaan dan harapan yang cukup tinggi pada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Pada tahun 1983, 1984 dan 1985, sebagai wakil pelajar, saya pernah beberapa kali memberikan ruang pada CAP untuk memasuki kampus. Nostalgia sungguh hubungan dengan CAP ini.

Zaman itu zaman Ustaz Yusof, Alam dan beberapa orang lagi yang saya lupa nama mereka.

Saya minat dan seronok dengan cara kerja CAP membantu pengguna. Saya sendiri membantu kawan-kawan mendapatkan pertolongan CAP. Ramai yang dibantu oleh CAP.

Entah tiba-tiba dua tahun yang lalu, ada pegawai di CAP Pulau Pinang seolah-olah mempermainkan aduan anak saya tentang sebuah IPTS di Shah Alam.

Asrama IPTS yang masih wujud dan saya kira menipu itu, dikatakan pegawai CAP sebagai sudah tidak ada, tidak dapat dikesan dan CAP dikatakan gagal membantu berkaitan nasihat perundangan yang diperlukan dalam perkara yang dibangkitkan.

Apabila saya sendiri ke Shah Alam dan menghubungi tuan punya bangunan, barulah saya tahu bahawa sudah ada komunikasi di antara 'Pak Haji CAP' dan 'Mak Datin'.

Ah, apapun Pak Tuan Syed Presiden CAP dan Cikgu Azmi Abd Hamid mungkin boleh memainkan peranan supaya CAP yang banyak jasanya kepada pengguna, tidak menjadi bahan cemuhan masyarakat akibat pengaruh yang tidak diperlukan.

Saya bimbang harapan meninggi pengguna menjadi seperti mencurah air didaun keladi. Biar isu kepenggunaannya dikira kecil oleh sesetengah pihak.

Saya mahu agar persatuan pengguna seperti CAP terus hidup tanpa prejudis dicelah-celah keributan aktiviti manusia dan pembangunan negara.

Jangankan kerana nila setitik, habis satu organisasi CAP dirosakkan.

Sunday, March 21, 2010

Saat senja Musa Hassan, habis madu sepah dibuang

Musa Hassan mengeluh di saat-saat akhir atau dikala senja perkhidmatan awamnya.

Katanya, arahan-arahan tangan-tangan ghaib menjelma di dalam pasukan PDRM samada dari orang politik atau orang tertentu.

"Musa, naik dengan cara anda sehingga membuatkan berada di tempat sekarang akan membuatkan anda jatuh dengan cara yang sama lebih-lebih lagi doa orang yang dianiaya tiada hijabnya menuju Allah swt"
Bagi manusia biasa, mereka akan berkata habis madu sepah dibuang.

Di saat maghrib begini, kata Maslow, manusia sudah mencapai hiraki keperluan dalam kehidupannya iaitu kepuasan diri.

Woodrow Wilson pernah berkata, "the man who is swimming against the stream knows the strength of it".

Baca jika rajin:

Musa: Ada campurtangan 'orang ketiga' dalam PDRM

Saturday, March 20, 2010

MCA mati jika undang UMNO

MCA parti kaum peniaga di Malaysia nampaknya memilih untuk 'gostan' berbanding kehadapan.

Tidak dapat dipastikan, samada Ong Ka Ting bekas Presidennya samada secara sengaja mahu membakar MCA atau ada udang disebalik batu.

Bukanlah bermakna kemelut MCA yang digores dan meletus berkali-kali dek sikap Ong Tee Keat tidak boleh diselesaikan oleh MCA. Kumpulan Chua Soi Lek sedia berentap dan biarlah ada pertandingan secara 'kejantanan'.

Tindakan Ka Ting dilihat sebagai memenuhi desakan pemimpin UMNO yang mahu menggertak kepimpinan MCA sekarang samada selesaikan masalah dalaman dengan segera atau melihat kuda tua Ong Ka Ting dikembalikan demi satu penyelesaian yang saya kira hanya akan berlaku untuk sementara waktu.

Apapun MCA parti kaum Tiong Hua dikira sudah matang. Ia tidak memerlukan campur tangan UMNO yang terpalit dengan tahi anti-demokrasi.

Dari Presiden UMNO sampailah keperingkat ketua cawangan, tiada yang boleh dijadikan contoh atau ikutan.

Anti demokrasi, pelakon bangsa, rasuah, arak, betina, perogol, pembunuh, kronisma, pengkhianat, pengkikis khazanah negara dan segala aib kelihatan ada pada UMNO.

Lebih baik MCA dari UMNO dalam merealisasikan demokrasi mereka.

Menjemput UMNO ibarat dedalu api hinggap ke pohon kayu, hinggap ke MCA - MCA akan mati, hinggap ke MIC - MIC akan pecah.

Baca jika rajin:
Ong Tee Keat dijual ?

Friday, March 19, 2010

CUEPACS : Kaji punca penjawat awam rasuah

KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam menggesa kerajaan menjalankan satu kajian bagi mencari punca penjawat awam, terutama mereka yang berada dalam kumpulan sokongan, terbabit dalam rasuah.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata, pemerhatian Cuepacs sejak beberapa tahun lalu mendapati skala gaji rendah dan kos sara hidup tinggi mungkin menjadi antara faktor penjawat awam terbabit rasuah.

Beliau berkata, mungkin banyak lagi faktor lain menyebabkan berlaku rasuah dalam perkhidmatan awam dan penting bagi kerajaan mencari punca sebenar gejala ini dan mengambil langkah mengatasinya dengan segera.

"Cuepacs tidak pernah menyokong amalan rasuah dan sentiasa menasihatkan penjawat awam supaya melaporkan kepada ketua jabatan masing-masing sekiranya mereka ditawar dengan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zakaria Jaafar, bahawa penjawat awam adalah kumpulan tertinggi yang terbabit dengan rasuah pada tahun lalu. Daripada 191 penjawat awam yang disyaki terbabit, 160 daripadanya adalah daripada kumpulan sokongan.

Ahmad Shah berkata, pemerhatian mendapati skala gaji penjawat awam, terutama dalam kumpulan "petugas penguatkuasaan" dalam negara amat rendah berbanding negara lain. Beliau memberi contoh, seorang konstabel di Taiwan dibayar gaji RM14,000 sebulan, berbanding RM800 hingga RM1,200 di Malaysia. – BERNAMA

Thursday, March 18, 2010

Najib dan Rosmah masuk kubur kambus sendiri

Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia mengambil kesempatan memasukkan 'kepujian' untuk dirinya dan juga untuk isterinya Rosmah Mansur ketika ucapan tersebut dibaca oleh Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan persidangan parlimen dua hari yang lalu.

Orang kampung pun berkata, "Najib dan Rosmah hebat. Agong puji mereka".

Masuk bakul angkat sendiri, masuk lift tekan sendiri, masuk kubur kambus sendiri.

Begitukah ? TAHNIAH Najib dan Rosmah !

Sunday, March 14, 2010

Mahathir puji Azizan, Mukhriz kata tiada kemajuan

Sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar Kedah kesepuluh, Dr Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri pernah memuji Ustaz Azizan.

Tadi, anak Tun yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, membayangkan bahawa di bawah pentadbiran Ustaz Azizan selama dua tahun ini, tidak ada sebarang kemajuan.

Saya tak tambah atau kata apa-apa. Cuma teringat Shafie Apdal kata benda yang sama beberapa bulan yang lalu.

Nak tunggu pula komen YB ADUN Sg Limau. Adakah betoi Mukhriz kata lagu tu Ustaz ?

Atau, saja dok lawak adik beradik...

Jika rajin, bolehlah baca :

Apabila Tun M puji MB Kedah

Pembangunan Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat Mengecewakan - Mukhriz

Mukhriz MB Kedah kesebelas ?

Sumbangan untuk Lutfi





Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman akan menjalani pembedahan jantung angioplasti, kali ketiga dalam waktu terdekat sebaik cukup dana.
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan untuk membiayai kos rawatan Ahmad Lutfi Othman, boleh menyalurkan bantuan melalui akaun anak beliau


Maybank Ahmad Luqman
Hakim 162179670906
(Diambil Dari Detikdaily)

Saturday, March 13, 2010

Samy goyang JPA

Hanya Samy Vellu sahaja boleh ajar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Saya puji pemuda Gerakan, Devamany-MIC dan Datuk Murugaiah-PPP. Mereka kelihatan ada buat kerja.

Dalam banyak hal, saya kura
ng bersetuju dengan Samy Vellu. Tapi dalam isu seperti ini saya menyokongnya.

Wakil rakyat UMNO ada yang bersuara ?. Harapkan menjadi pejuang palsu Melayu bolehlah.

Pelajar IPT terpaksa ikat perut, harga barang naik, tabung haji naik, tambang pengangkutan awam naik dan bermacam-macam lagi. Ada dengar wakil rakyat UMNO bersuara ?

Syabas Samy. Kasi goyang itu JPA !

Mana ada pejuang Melayu dari UMNO

Dari Penarek Beca : Klik gambar lihat anak panah
Saya bukan benci orang Cina.

Saya nak tergelak apabila ada orang UMNO berkata dia adalah pejuang Melayu. Dengan menobatkan dirinya sendiri sebagai pejuang, maka dia bersekongkol dengan orang Cina dalam semua aktiviti demi memperbodohkan bangsanya yang saban kali pilihanraya memberikan undi kepada mereka (pejuang bangsa konon).

Kemudian dia menuding jari ke arah Pakatan Rakyat yang berbaik dengan Lim Guan Eng.

Baca juga Dari Celah kangkang Cina pejuang palsu menjerit.

Manakala pejuang Melayu Penang kelihatan menjerit dari dalam kain isteri masing-masing.

Wah ! Hebat.

Mereka adalah pejuang-pejuang palsu. Hidup mati mereka adalah dengan taukeh-taukeh. Mereka hidup untuk "makan apa saja". Hatta darah bangsa mereka sendiri dihirupnya.

Jika mereka makan untuk hidup, nescaya sudah terbela bukan sahaja kaum Melayu di Malaysia tetapi juga Cina, India, Siam, Kadazan, Murut, Dayak dan sebagainya.

Adakah 52 tahun itu singkat masanya. Ya bagi mereka yang belum puas mengaut khazanah negara.

Ada yang berkata, jika UMNO boleh menjadi pejuang bangsanya bermakna kiamat sudah hampir tiba.

Buat masa ini mana ada pejuang Melayu dari UMNO untuk membela rakyat Malaysia. Itu cuma indah khabar dari rupa sahaja.

Thursday, March 11, 2010

Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan


Syabas wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan. Siapa biasa nampak ?

Jika adapun dikatakan melalui pintu belakang. Biar masyarakat tunggu dan melalui kerenah birokrasi.

Wakil rakyat UMNO adalah dari kalangan yang mendapat projek berjuta-juta. Dia tak mainlah hospital kerajaan.

Hampa yang dok pi sokong depa la, tunggu giliran berjam-jam dan ada yang sampai meninggal dunia.

Ada tak wakil rakyat BN dan UMNO yang melawat seperti Sivakumar dan memberikan cadangan untuk memperbaiki kelemahan di hospital-hospital kerajaan ?

Biasa dengaq ?

Menteri Kesihatan MCA dok sibuk berpolitik. Tak habis-habis. Ketua Pengarah dah berusia 62 tahun. Macam la tak dak orang lain nak gantikan dia.

Siapa menjadi mangsa. Hampa yang dok pi pangkah UMNO la. Tulang belakang BN.

Esok ditakdirkan Pakatan Rakyat menang persekutuan, maka akan timbullah segala kelemahan mak nenek di hospital-hospital kerajaan.

Sesuatu perlu dilakukan. Wajibkan semua yang bergelar wakil rakyat termasuk wakil-wakil rakyat UMNO dan BN ke hospital-hospital kerajaan dahulu dan selepas itu dia nak ke hospital swasta atau ke Amerika, Jerman, Singapura, Thailand atau mana saja, terpulang pada dia.

Adakah nak boleh...

Wednesday, March 10, 2010

Mufti kelihatan gincu dibibir UMNO

Tidak semestinya siapa yang ada lesen boleh buat kerja, tahu buat kerja atau kerjanya betul.

Ada polis bohong, rogol dan rompak. Ada guru liwat murid. Ada doktor matikan pesakit. Ada peguam kelentong anak guamnya. Ada paderi meniduri pelajarnya. Ada tok imam ditangkap berkhalwat. Ada pegawai SPRM merasuah. Ada jambatan runtuh kerana arkitek. Macam-macam berlaku.

Ada pula ulama termasuk mufti apabila bercakap tidak ikut Quran dan hadis.

Bercakap ikut sedap mulut, ikut sedap rasa, ikut kederasan angin politik ,ikut pula kroni dan sebagainya. Sejarah telah menghamparkan beribu kisah tentang itu.

Pengamal arak ditangkap ketika meminumnya kerana kata mufti, itu menyalahi agama. Tuan punya saham terbesar kilang arak yang mengeluarkan produk itu untuk edaran pengamal arak dibolehkan pula oleh mufti yang sama.

Saya teringat kisah sewaktu saya kecil-kecil dulu. Kisah penembak anjing dari Jabatan Haiwan di kampung saya Pekan Keroh.

Oleh kerana penduduk di Keroh ramai juga Cina, India dan Siam, maka ketika itu banyaklah anjing-anjing yang dibela oleh mereka di atas pelbagai sebab.

Tidak hairanlah bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa pun kerap menjadi mangsa anjing-anjing itu.

Jabatan Haiwan mengambil inisiatif menyuntik anjing-anjing itu dan selepas suntikan, dikalungkan lesen aluminium di leher anjing-anjing berkenaan. Kata pegawai berkenaan jika anjing menggigit selepas itu, tidak perlu bimbang akan bisa atau racunnya.

Pada suatu hari, kawan saya ditokak seekor anjing dari banyak-banyak anjing yang berkeliaran berhampiran rumahnya. Setelah ditinjau didapati anjing yang menokak itu dari gerombolan yang ada lesen.

Faham-fahamlah pekan Keroh itu kecil. Boleh dikatakan kita kenal satu sama lain. Saya pun bertanya kepada pegawai berkenaan, "Pak Cik, kenapa kawan saya itu perlu disuntik ubat walaupun anjing berkenaan sudah ada suntikan dan lesen".

Katanya, "walaupun anjing itu ada suntikan dan lesen, tetapi kita perlu waspada kemungkinan penyakit merbahaya tetap ada".

Maksudnya lebih kurang penyakit campak, rubella dan sepertinya. Biarpun disuntik vaksin semasa kecil, kebrangkalian ianya ada lagi tidak boleh ditidakkan.

Adakah saya nak kaitkan kisah ini dengan ulama atau mufti yang ada lesen ?

Bukan. Pertamanya, nostalgia bunyi tembakan anjing seperti itu sudah tidak kedengaran lagi di Keroh.

Keduanya, masyarakat Malaysia termasuk di Keroh sudah semakin cerdik. Kata mereka, ada lesen bukan bermakna tidak ada kemalangan.

Contoh ketika memandu. Ada yang cuai, lalai, mabuk, ada lesen kopi, tidak cukup tidur dan sebagainya.

Cuma ada yang tertanya-tanya. Apakah perhiasan seperti bau-bauan, berpegang pegangan, bertepuk, bercium, angkat mengangkat, puji memuji dan yang seperti itu menjadi salah satu dari faktor penyebab kemalangan juga.

Seperti dakwaan sesetengah orang, kelihatan ada mufti cuba mahu menjadi gincu dibibir UMNO.

Bukankah itu juga faktor yang boleh menyebabkan kemalangan politik ?

Mufti kemalangan dilebuhraya politik ! Lebuhraya yang memisahkan agama darinya.

Exco baru Kedah

Dua Exco baru di negeri Kedah. ADUN Ayer Hitam Abd Ghani Ahmad (PAS) dan ADUN Sidam Tan Show Kang (PKR).

Selamat bertugas.

Dua yang digugurkan Abdullah Jusoh Pantai Merdeka dan Tan Wei Shu Bakar Arang.

Tuesday, March 9, 2010

Erdogan : Palestin adalah isu kami

Selasa , 09/03/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyib Erdogan mengisytiharkan Palestin adalah ‘isu kami’ dan ia tidak pernah dan tidak akan gugur daripada ‘senarai agenda kami’.

Beliau juga menuntut agar sekatan yang dikenakan terhadap Gaza ditamatkan segera sebagai memenuhi ‘tanggungjawab kemanusiaan’ sebelum menunaikan ‘tanggungjawab keislaman’.

Dalam satu pertemuan dengan satu delegasi wartawan Palestin pada hari Ahad (7/3), beliau berkata, “Luka anda adalah luka kami. Sudah tiba masanya luka tersebut sembuh.”

Beliau menambah, “Hubungan kita amat rapat. Tetapi kita mahu meneguhkan lagi hubungan tersebut dengan menghalang sebarang perpecahan dan perselisihan pada masa akan datang sehingga kita benar-benar menjadi seperti satu jasad. Kesengsaran yang menimpa anda akibat perang terhadap Gaza menjadikan kami marah. Seluruh rakyat Turki keluar bagi menyokong perjuangan anda"

Beliau juga menambah “Saya ingin menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu Timur Tengah, dan isu Timur Tengah adalah isu dunia keseluruhannya. Faktor yang menyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan adalah kerana ada beberapa pihak yang mengeksploitasi isu tersebut bagi kepentingan sendiri.”

Sumber : Palestinkini.info

Monday, March 8, 2010

Zul Kulim : Ketua Hakim bercanggah dgn Mahfuz

Bercanggah kenyataan Ketua Hakim PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan kenyataan Naib Presiden PAS Malaysia YB Dato' Hj Mahfuz Omar tentang masa depan politik Zulkifli Noordin ahli parlimen Kulim Bandar Baharu.

Sejak kebelakangan ini kenyataan dan tindakan Ketua Hakim PAS itu dilihat sedang 'membelakangi' zaman. Hebat dia !

Sunday, March 7, 2010

Apa guna Karpal cabar wakil PKR, depa tak dak jagung

Orang Penang dan Kedah ada banyak persamaan. Tang berpantun, peribahasa, makanan dan banyak lagi.

Mai tang cabaran Karpal seperti di ataih, depa di kampung pun suruh tanya:

Buang kelongsong nampak nibung pani (rambut)
Buang nibung pani nampak biji
Selak biji nampaklah tongkolnya.

Apakah benda itu ?

Depa di kampung berkata lagi. Wakil rakyat lompat parti tetapi tidak mahu letak jawatan ibarat tak dak jagung.

Dak eh ! bukan mencarut...

Depa teringat pula peribahasa, "sementara menanti padi masak, kami cadang nak berjagung-jagunglah dulu"

Rupa-rupanya wakil rakyat kami "seperti pipit menelan jagung"

Apapun orang kampung pesan lagi - pakej atau set penuh jagung itulah dikatakan jagung. Jangan jadi ibarat tak macam jagung, sudahlah.

Saturday, March 6, 2010

Manikumar, Exco PKR Kedah bercakap soal lompat parti

Bukit Selambau dan bukannya Bukit Selmabau...5.00pm 06.03.2010

S. Manikumar a/l Subramaniam Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat India merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan N 25 Bukit Selambau yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah diminta pandangan dalam beberapa isu termasuk kekecohan wakil rakyat melompat parti sekarang ini.

YB, masyarakat di Kedah ingin tahu sejauh manakah kemelut wakil rakyat melompat parti terutama sekali dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengganggu pentadbiran kerajaan negeri di sini

Seperti yang diketahui, di Kedah kita mempunya empat kerusi DUN yang diwakili oleh wakil PKR. Setakat ini tidak ada apa-apa yang kedengaran lebih-lebih lagi ribut keluar parti seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak. Untuk makluman pengundi, saya boleh memberi jaminan bahawa di Kedah buat masa ini sangat stabil baik dari segi politik atau ekonomi.

Keresahan rakyat bukan sahaja di Kedah tetapi di tempat lain juga. Bagaimana ini boleh berlaku

Pada pandangan saya ini terjadi dengan tiba-tiba sahaja. Melompat parti bagi saya merupakan satu perbuatan yang terkutuk. Rakyat memberikan undi dan mandat supaya wakil mereka menerajui kepimpinan dengan berada di dalam PKR. Bukan selepas sahaja mencapai kemenangan lalu mengkhianati amanah yang diberikan. Pada saya mereka yang melompat parti ini adalah dari kalangan yang mempunyai agenda personal dan bukannya berkaitan dengan apa-apa kelemahan kepimpinan atau parti.

Tapi YB mereka memberikan alasan bahawa kepimpinan parti tidak mendengar pandangan yang mereka bangkitkan

Jika ada masalah sekalipun, adakah kita perlu meninggalkan parti. Sampai bila? Rakyat mahu kita membantu mereka menyelesaikan masalah. Jika masalah kecil dalam parti pun tidak boleh kita bincang dan jadikan pula ia sebagai masalah sendiri, bagaimana hendak kita menangani dan selesaikan masalah yang lebih besar yang dipikulkan rakyat ke bahu kita. Inilah yang kepimpinan mahu agar kita sematkan di dalam sanubari sebagai seorang wakil kepada rakyat.

Adakah pandangan mereka didengar…

Memanglah sebagai satu jentera kerajaan adakalanya kita menghadapi sedikit kelewatan apabila berurusan dengan Exco, wakil rakyat, pegawai-pegawai di daerah, agensi-agensi dan kepimpinan parti dan kepimpinan kerajaan samada di peringkat negeri dan persekutuan. Adakah hanya kerana itu kita lari meninggalkan perjuangan. Kemudian kita dedahkan ia di media. Saya tidak setuju denga cara itu.

Apa pandangan YB untuk menangani gejala seperti..

Harus diingat bahawa rakyat sudah semakin celik. Rakyat dapat menilai yang mana baik dan tidak untuk masa depan politik mereka. Saya pasti dan saya nasihatkan rakyat agar memilih seorang wakil yang memperjuangkan nasib mereka, perkara seperti kreadibiliti calon, kelayakan, cara ia respon, berfikiran orthodox atau revolusioner, berperwatakan baik, berpendidikan politik yang mulia dan ciri-ciri kepimpinan yang lain diutamakan supaya kita tidak dipermainkan. Jika dilihat mereka yang keluar parti ini adalah dari kalangan yang bermasalah peribadi terutama sekali masalah kewangan baik Zahrain atau yang lainnya.

Apa yang YB boleh kongsi supaya rakyat tidak gelisah dengan situasi ini

Sebenarnya setiap manusia ada masalahnya sendiri. Saya sendiri pun ada masalah. Tetapi bagi wakil rakyat jika perkara ini mengelirikan, kita boleh kongsi bersama. Beritahu rakyat, kenapa tidak boleh hadir mana-mana function. Berikan reason yang masuk akal. Jangan berikan alasan yang tidak boleh diterima. Kita kena dampingi rakyat, bantu mereka dan lakukan perubahan. Baru rakyat akan rasa lebih selesa. Jika tidak mereka akan menganggap mandat yang diberikan adalah sia-sia sahaja dan mereka akan berusaha mencari wakil lain. Di pihak pemimpin, kita sedang sedaya upaya bukan sahaja meneyelesaikan masalah orang ramai tetapi juga masalah parti dan sebagainya. Rakyat tidak perlu bimbang. Kita sentiasa bersama mereka.

Calon PKR yang istihar diri mereka sebagai bebas, saya tidak setuju. Saya minta mereka letakkan jawatan sebagai wakil kawasan. Biar rakyat membuat pemilihan baru. Jangan jadikan diri mereka (wakil Bebas) sebagai dayus. Saya mahu rakyat pilih semula wakil rakyat mereka dengan adanya pilihanraya baru.

Berkaitan rombakan exco yang akan dilakukan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah tidak lama lagi. Apa komen YB

Saya tiada apa-apa bantahan langsung. Malah kita menyokong usaha YAB MB kita. Ini ada kaitan dengan tugas dan KPI kita sebagai wakil kepada rakyat. Masing-masing wakil rakyat, exco dan YAB MB sendiri ada KPI. YAB nak tengok kerja kita lebih mantap, lebih berkesan dan impaknya kepada rakyat, maka jika saya sekalipun diminta berundur dan digantikan dengan wakil lain, kita undur sahaja. Bagi saya, adalah lebih baik jika kita tahu bahawa keperluan berundur itu ada, kita beri peluang orang lain pula.

Saya ucapkan selamat Berjaya kepada YB

Terimakasih

Harussani mufti penipu dan mereka-reka cerita ?


Harussani mufti penipu, mereka-reka cerita ?

Baca jika rajin, apa kata Ahmad Awang.

Di Perak heboh dinyatakan, Harussani terima tanah anugerah milik rakyat daripada Menteri Besar Perak. Siap meminta-minta. Betulkah?

Friday, March 5, 2010

Perak : Harussani dedah konspirasi beberapa pihak

Kelmarin berlangsungnya dialog Perpaduan Melayu bertajuk "Cabaran dan Realiti" di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dihadiri oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Dari percakapannya ada beberapa perkara berikut boleh diambil sebagai intipati penting:

  • PAS bersikap angkuh dengan menolak syor Sultan dan Muft iagar dibentuk kerajaan campuran Melayu di negeri itu pada tahun 2008 iaitu selepas keputusan pilihanraya yang kedua belas
  • Harussani diberi kepercayaan oleh Sultan Perak untuk menjadi orang tengah
  • Harussani kecewa apabila PAS menolak hasrat Sultan Perak menggabungkan PAS-UMNO dan menolak orang Cina dalam menerajui kerajaan Perak
  • Katanya, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
  • Mufti itu bertanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu dia ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Harussani berkata jika BN ini zalim, dia tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
  • Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah
  • Mufti itu telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang pada awalnya tidak bersetuju tetapi akhirnya berkata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  • Hadi telah hubungi Harussani dan bersetuju dengan cadangan itu.Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad).
  • Mufti ini juga telah menghubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju
  • PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
Kesimpulannya dari kenyataan Harussani menampakkan bahawa Sultan Perak, UMNO dan Harussani sendiri tidak mahu orang Cina bergabung sebagai kerajaan di Perak biarpun ada kerajaan seumpama itu di Pulau Pinang di bawah Gerakan.

Bermaksud juga sebelum cadangan pembentukan kerajaan dan sebelum nama Nizar dikemukakan kepada Sultan, sudah ada perbincangan belakang tabir. Malah Harussani sendiri menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS.

Bukankah ini menunjukkan konspirasi sejak dari awal lagi ? Jika di atas nama dan kepentingan Melayu, kenapa di Pulau Pinang dihalalkan pemerintahan Cina Gerakan sejak berpuluh tahun yang lalu ?

Berita Asal Dari : The Malaysian Insider

KJ ludah ke atas tak kena pun muka sendiri

Apabila KJ bercakap tentang bilangan majoriti yang berkurangan dan keperluan meletakkan jawatan, maka ada sesuatu yang tidak kena.

Katanya Anwar menerima kepercayaan yang agak luar biasa dari PAS dan DAP untuk mengetuai tugasnya sebagai Ketua Pembangkang di parlimen biarpun ia (Anwar) kehilangan tiga anggota parlimen dari PKR.

Mungkin KJ bermaksud, Anwar yang partinya peroleh majoriti pun sebelum ini, boleh menang tetapi tidak diberikan apa-apa jawatan. Itukan lebih cantik.

Tidak akan mengundang masalah kepada sesiapa. Ludah ke atas tak semestinya kena di muka sendiri.

Seperti KJ juga. Menang ketua pemuda mengalahkan Mukhriz dan Khir Toyo tetapi tidak diberikan jawatan kabinet seperti kebiasaannya. Tak begitu KJ !

Thursday, March 4, 2010

Musa Hassan wara' dan tidak menipu

Musa Hassan Ketua Polis Negara yang masih disambungkan kontrak perkhidmatanya seolah-olah anggota Polis di bawahnya bangang, tiada calon dan sukar menggantikannya, mungkin percaya bahawa dirinya itu bukanlah penipu biar apa persepsi orang lain terhadapnya.

Mungkin baginya, setiap kali dia bercakap apa yang melibatkan kepimpinan negara dan parti politik, maka masyarakat kena 'telan' dan wajib percaya bahawa Musa Hassan seorang penjawat awam yang wara'.

Kata-kata dan pandangannya adalah peraturan dan undang-undang.

Tetapi malang, ramai pecinta demokrasi di Malaysia geli dan nak termuntah sebaik sahaja mendengar namanya.

Ah! Kenapa ya ?

Jika rajin:

Polis Tiada Konspirasi Dengan Parti Politik : Musa

Tuesday, March 2, 2010

Fairus, tebuan yang akan telanjangkan Penang

Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin bukan setakat mengingatkan tetapi memberi amaran kepada pembangkang bahawa jangan cuba menjolok sarang tebuan.

Pembangkang kena ibarat diri Fairus itu sebagai tebuan yang ganas dari spesis UMNO yang mengelupok seperti cacing kepanasan ketika berada dalam Pakatan Rakyat.

Agaknya racunnya sama bisa seperti bisanya penyengat Tok Pa dan penyengat Awang Adek terhadap rakyat Kelantan.

Bisa semakin menjadi-jadi gamaknya jika tidak diberi makan benda pelik-pelik.

Habis satu Penang akan ditelanjangkannya lalu ia akan kembali sebagai juara tebuan.

Baca jika rajin : Kelantan makan Kelantan
Henti Serangan Peribadi Atau Saya Dedah Kepincangan - Fairus

Monday, March 1, 2010

Siapa Exco Kedah

Segan nak buat ramalan. Nanti ada yang kecil hati. Teka sendiri.

Dari kiri gambar:

YB. DATO' HAJI IR. PHAHROLRAZI BIN HAJI MOHD ZAWAWI

YB. DATO' HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL

YB. DATO' HAJI IR. AMIRUDDIN BIN HAMZAH

YB. USTAZAH HAJJAH SITI ASHAH BINTI HAJI GHAZALI

YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

YB. TUAN HAJI ABDULLAH BIN JUSOH

YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH

YB. S. MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM

YB. LIM SOO NEE

YB. ENCIK TAN WEI SHU

25610

Puad Zarkashi orang Johor kelas ketiga


Puad Zarkashi orang Johor bermentaliti kelas ketiga mewakili UMNO.
Apa perubahan yang boleh dia lakukan di Kementerian Pelajaran.

Harap saja ke mulut besar cakap, kerja satu pun tak cekap.
Bila akal nak lawan akal tidak boleh, cantas dan sembelih sahaja.