CUEPACS : Kaji punca penjawat awam rasuah
KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam menggesa kerajaan menjalankan satu kajian bagi mencari punca penjawat awam, terutama mereka yang berada dalam kumpulan sokongan, terbabit dalam rasuah.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata, pemerhatian Cuepacs sejak beberapa tahun lalu mendapati skala gaji rendah dan kos sara hidup tinggi mungkin menjadi antara faktor penjawat awam terbabit rasuah.
Beliau berkata, mungkin banyak lagi faktor lain menyebabkan berlaku rasuah dalam perkhidmatan awam dan penting bagi kerajaan mencari punca sebenar gejala ini dan mengambil langkah mengatasinya dengan segera.
"Cuepacs tidak pernah menyokong amalan rasuah dan sentiasa menasihatkan penjawat awam supaya melaporkan kepada ketua jabatan masing-masing sekiranya mereka ditawar dengan rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zakaria Jaafar, bahawa penjawat awam adalah kumpulan tertinggi yang terbabit dengan rasuah pada tahun lalu. Daripada 191 penjawat awam yang disyaki terbabit, 160 daripadanya adalah daripada kumpulan sokongan.
Ahmad Shah berkata, pemerhatian mendapati skala gaji penjawat awam, terutama dalam kumpulan "petugas penguatkuasaan" dalam negara amat rendah berbanding negara lain. Beliau memberi contoh, seorang konstabel di Taiwan dibayar gaji RM14,000 sebulan, berbanding RM800 hingga RM1,200 di Malaysia. – BERNAMA
2 comments:
"skala gaji rendah dan kos sara hidup tinggi mungkin menjadi antara faktor" ni statement standard cuepacs nak mintak naik gaji. toksah banding la dgn taiwan, cost of living sana tak sama dgn disini. cuba buat kajian pasal apa yg gaji tinggi pun makan rasuah. kaji jugak pasal apa sampai 2, 3 kali ambik loan kerajaan sebab nak renovate rumah. kaji jugak pasal apa ada paling kurang 2 bijik kereta. kaji jugak berapa credit card ada
Azmie ini sudah tentu orang UMNO. Maka saya nak tanya:
1.Kenapa ketua-ketua UMNO tak rasa kenaikan harga barang-barang
2.Macamana orang UMNO kroni kaya raya
3.Kenapa harga tol tak dibantah oleh UMNO
4.Kos tambang haji yang naik tak dibantah UMNO tapi orang Cina pula yang kurang setuju
5.Macamana baru jadi menteri boleh bina rumah RM20 juta
6.Sebutkan satu nama menteri UMNO yang bangsat dan merempat
7.Rosmah dari keluarga jutawankah? bagaimana ia belanja beratus ribu sekali shopping?
8.Anak menantu menteri boleh jadi jutawan dalam sekelip mata. Bagaimana ?
9.Air, elektrik, rumah, parit, jalanraya masih tidak kelihatan dibeberapa kawasan yang sudah merdeka 52 tahun. Kenapa?
Maka UMNo parti penipu rakyat ini perlu ditukar dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Post a Comment