Thursday, March 11, 2010

Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan


Syabas wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan. Siapa biasa nampak ?

Jika adapun dikatakan melalui pintu belakang. Biar masyarakat tunggu dan melalui kerenah birokrasi.

Wakil rakyat UMNO adalah dari kalangan yang mendapat projek berjuta-juta. Dia tak mainlah hospital kerajaan.

Hampa yang dok pi sokong depa la, tunggu giliran berjam-jam dan ada yang sampai meninggal dunia.

Ada tak wakil rakyat BN dan UMNO yang melawat seperti Sivakumar dan memberikan cadangan untuk memperbaiki kelemahan di hospital-hospital kerajaan ?

Biasa dengaq ?

Menteri Kesihatan MCA dok sibuk berpolitik. Tak habis-habis. Ketua Pengarah dah berusia 62 tahun. Macam la tak dak orang lain nak gantikan dia.

Siapa menjadi mangsa. Hampa yang dok pi pangkah UMNO la. Tulang belakang BN.

Esok ditakdirkan Pakatan Rakyat menang persekutuan, maka akan timbullah segala kelemahan mak nenek di hospital-hospital kerajaan.

Sesuatu perlu dilakukan. Wajibkan semua yang bergelar wakil rakyat termasuk wakil-wakil rakyat UMNO dan BN ke hospital-hospital kerajaan dahulu dan selepas itu dia nak ke hospital swasta atau ke Amerika, Jerman, Singapura, Thailand atau mana saja, terpulang pada dia.

Adakah nak boleh...

2 comments:

Anonymous said...

hospital kerajaan sekarang ni pun dah ada pakar.

perkhidmatan kesihatan mestilah percuma kalau betul nak jaga kesihatan rakyat bukan naikkan harga gula.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra hamdan,
saya bersetuju sangat ada banyak perubahan di hospital kerajaan baik dari segi kepakaran dan ubat-ubatan baru.
namun, prosedur berjumpa pakar mengambil masa yg lama. kedengaran juga jika kita ada 'kaki' di dalam, mudah pula jumpa pakar.
ada hospital bila tidak ada sesuatu unit di mintanya. bila dah dapat unit, minta mesin. bila mesin ada, kepakaran nak guna takdak. macam-macam masalah. yang menjadi mangsa adalah pesakit.

harga gula tu - alasan mereka mengaut keuntungan.
tk sdra