Friday, March 5, 2010

Perak : Harussani dedah konspirasi beberapa pihak

Kelmarin berlangsungnya dialog Perpaduan Melayu bertajuk "Cabaran dan Realiti" di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dihadiri oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Dari percakapannya ada beberapa perkara berikut boleh diambil sebagai intipati penting:

  • PAS bersikap angkuh dengan menolak syor Sultan dan Muft iagar dibentuk kerajaan campuran Melayu di negeri itu pada tahun 2008 iaitu selepas keputusan pilihanraya yang kedua belas
  • Harussani diberi kepercayaan oleh Sultan Perak untuk menjadi orang tengah
  • Harussani kecewa apabila PAS menolak hasrat Sultan Perak menggabungkan PAS-UMNO dan menolak orang Cina dalam menerajui kerajaan Perak
  • Katanya, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
  • Mufti itu bertanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu dia ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Harussani berkata jika BN ini zalim, dia tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
  • Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah
  • Mufti itu telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang pada awalnya tidak bersetuju tetapi akhirnya berkata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  • Hadi telah hubungi Harussani dan bersetuju dengan cadangan itu.Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad).
  • Mufti ini juga telah menghubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju
  • PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
Kesimpulannya dari kenyataan Harussani menampakkan bahawa Sultan Perak, UMNO dan Harussani sendiri tidak mahu orang Cina bergabung sebagai kerajaan di Perak biarpun ada kerajaan seumpama itu di Pulau Pinang di bawah Gerakan.

Bermaksud juga sebelum cadangan pembentukan kerajaan dan sebelum nama Nizar dikemukakan kepada Sultan, sudah ada perbincangan belakang tabir. Malah Harussani sendiri menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS.

Bukankah ini menunjukkan konspirasi sejak dari awal lagi ? Jika di atas nama dan kepentingan Melayu, kenapa di Pulau Pinang dihalalkan pemerintahan Cina Gerakan sejak berpuluh tahun yang lalu ?

Berita Asal Dari : The Malaysian Insider

17 comments:

"Deep-Throat" said...

Jika di atas nama dan kepentingan Melayu, kenapa di Pulau Pinang dihalalkan pemerintahan Cina Gerakan sejak berpuluh tahun yang lalu ?

Soalan bodoh oleh orang yang bodoh perlu dijawab dengan jawapan yang bodoh. Penang tak ada Raja Melayu untuk melindungi Bangsa Melayu sebagaimana Perak. Di Pulau Pinang penduduk Melayu hanya 33% manakala selebihnya bukan Melayu. Melayu adalah kaum minoriti sejak dulu kala di Penang.

Undang-undang tubuh Negeri Perak ada klausa berhubung MB mesti Melayu dan tidak di Penang. Perak dan Pulau Pinang berbeza dari komposisi kaum penduduknya dan memerlukan percaturan dan percaturan politik yang berbeza.

Kalau mengikut kerusi dun Perak, Nizar memang tidak layak dipertimbangkan untuk MB kerana kerusi PAS yang kecil berbanding DAP dan PKR. Akhirnya Sultan bersetuju dengan pencalonanan Nizar kerana calon MB dari PKR tidak mempunyai kelayakan akademik yang berwibawa untuk seorang MB, manakala DAP tiada calon Melayu yang boleh ditonjulkan sebagai MB.So Nizar bernasib baik kerana keadaan menyebelahi dia pada masa itu.

Nampaknya anda rela berkerajaankan Cina di Perak walaupun Melayu menjadi majoriti penduduk. Melayu Pulau Pinang terpaksa redha dengan keadaan di Pulau Pinang yang berbeza dengan mana-mana negeri dalam Malaysia. Sejak merdeka ketua kerajaan Pulau Pinang dari kaum Cina, samada MCA (Wong Pow Nee) bertukar ke Gerakan( Chong Yeu) dan kini DAP(Guan Eng); semuanya CINA. Tuan bernasib baik Sultan Perak berpegang kepada undang-undang tubuh negeri, jika tidak selepas Pru 12, tuan akan bermenteri besarkan Ngeh Koo Ham atau pun Nga Kor Ming. Nasib baik tuan dapat Tan Nee Zar.

Anonymous said...

Deepthroat kata tidak ada Sultan di Pulau Pinang. Ada Agong hanya boleh jaga Majlis Agama Islam PP. Jadi, halau Melayu keluar dari PP. UMNO hanya boleh tengok sahaja Melayu PP lari macam red indian. Jual sahaja PP kepada Gerakan. Kenapa kacau Selangor ?

Bekas UMNO PP

Pakmalau said...

* Mufti itu bertanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu dia ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Harussani berkata jika BN ini zalim, dia tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
So..harussani akui bahwa memang umno zalim??? kalau mcm tu,harussani golongan org2 yg zalim.kita hanya tolong org zalim dgn memberi nasihat supaya jgn zalim bukan tolong dia buat zalim. Apa hukum berbaik dgn org zalim..tolong dia,sokong dia dsbnya? Harussani mesti jwb ni. Dlm kes Perak,harussani terlibat secara lgsung? jd apa hukum pla dlm hal ni? sape2 nk jwb silakan...lah

Anonymous said...

Betullah kata deepthroat, soalan bodoh oleh orang yang bodoh perlu dijawab dengan bodoh.

Memang yang menjawab tu pun betul-betul bodoh. Sanggup membodohkan diri dan menunjukkan diri tu bodoh. Apa punya bodoh deepthroat.

ALI MAIDIN said...

Melayu haprak buat apa!!!!!

Pak Lah said...

Apa guna UMNO dan BN kacau Stephen Kalong Ningkan di Sabah. Adakah di situ juga majoriti Islam. Sampai nak tunjuk kuasa istihar darurat selepas kalah di mahkamah. Kenapa tidak biarkan sahaja seperti biarkan Pulau Pinang.
Sekarang kacau pula Kelantan isu royalti minyak. Ganggu pentadbiran MB Selangor. Apakah mereka bukan Islam.
Sebenarnya UMNO hxxaxjxxxx penting perut. Bukan penting agama atau bangsa.
Depan MC dan Gerakan peluk mereka. Belakang mereka, pakat dengan institusi istana tidak mahu mereka. Orang Cina kena sedar dan buka mata. Harussani sudah dedahkan.

Anonymous said...

kepada deepthroat!! kamu ni bodoh dan perkauman.

bagai mana di sarawak. Di swk dayak adalah teramai. Ketua menteri nya macam mana????

boleh kau desak taip yang angkuh tu berhenti????

anakwatan said...

apa la deepthroat ni,aku tengok nama hang pun dah tau hang ni kaki betina,apa kes hang nak persoalkan tentang hukum islam @ syariat,dah lama aku dok perati hang ni setiap komen hang mesti ada bau2 perkauman, pikiaq la sikit kita masyarakat majmuk ada mcm2 bangsa dan agama, awat hang ingat umno tu melayu sangat ka? apa betoi ka depa ni dok jaga bangsa melayu tapi bila aku tengok perangai anak beranak pemimpin2 umno masyallah punya la teruk lebih teruk drpd org kapiaq,yg aku herannya puak2 macam hang ni dok sokong depa bermati-matian pasai pa,memang apa yg nabi sebut diakhir zaman ni org yg zalim akan disanjung oleh org macam hang,ulama2 dihina tp artis2 dipuja. bukan macam mufti perak dia ni bukan ulamak tp ULAQ DALAM SEMAK.

Dayak Sarawak said...
This comment has been removed by a blog administrator.
"Deep-Throat" said...

anakwatan ini mesti hasil didikan BTN. yang selalu menyebut watan tu BTN. Hasil produk BTN pun celaru.

Ni hang kata: ...pikiaq la sikit kita masyarakat majmuk ada mcm2 bangsa dan agama..

Yang ni Aku Kata: ... Pulau Pinang berbeza dari komposisi kaum penduduknya dan memerlukan percaturan politik yang berbeza.

Itu nama dia kompromi politik. La ni DAP perintah, PKR dok tang mana, PAS dok tang mana? Yang Melayu Islam ramai tu PAS, PKR multiracial manakala DAP tetap chauvanistic Cina. Apa fungsi Salleh Man, wakil tunggal PAS dalam kerajaan Penang? Apa peranan yang diberikan kepada Allahyarham Dato Hamdan hari tu? Nothing..PAS hanya jadi second class passenger dalam kapal Guan Eng.Apa yang nak dibangga.

kalau nak berhujah, biar dengan rasional. Guna akai. Kalau hang betoi aku kata betoi, tapi hang tak berhujahpun. Hanya melemparkan tuduhan melulu yang tidak berasas. Penuh dengan prasangka. Prasangka tidak membantu kita mencapai jalan penyelesaian yang baik. Mesti kecik-kecik masuk PASTI.

Hadi Awang pun dah kata kita bukannya berperang, kita berpolitik. Hadi Awang pun cakap pasai tambah kerusi Parlimen Melayu. Pasai apa? tolong jelaskan. Awat Hadi Awang tu dah jadi racist ka? Berita ni tak keluaq dalam paper MSM pun. Keluaq dalam blog PAS juga.Apa kata hang? Ular dalam semak ka Hadi Awang? Islam dalam Malaysia ni aku nak tanya hang berapa peratus yang Melayu, berapa peratus Cina, berapa peratus India dan berapa peratus bangsa lain-lain? Aku tanya pasai aku tak tau. Hang tentu lebih tau. Hang pejuang Islam sejati, orang lain semua tak boleh pakai.

Anonymous said...

Memang betoi kata Bekas PM Che det..UMNO ni busuk sampai ke USUS (Lubang Taik) tapi mereka masih tak sedar.Lebih 50 tahun mereka di beripeluang oleh Rakyat Malaysia khususnya Orang Melayu..sampai nak benggrap di buatnya lintang pukang sistem,bangsa melayu sendiri merompak hak rakyat ekonomi melayu semakin hancur,hanya yang hidup mewah segelintir pemimpim UMNO saja anak bangsa yang lain hidup dalam keadaan hutang sana sini..sedarlah Wahai Melayu UMNO.Rakyat Malaysia dah tak percaya pada mu...beri lah peluang PR memerentah dengan aman jangan lah kianati hak rakyat yang memilih hentikan kerja kerja dajal dengan segala issu yg hendak di cetuskan supaya menjadi isu perkauman yang kamu rasa menguntungkan kamu dari segi politik..namun Rakyat lebih bijak berfikir dari orang UMNO dab Pemimpin nya.Rakyat nampak setiap tindakan yang kamu ambil ada udang sebalik Mee

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Lari Merican adik Reezal said...

Deepthroat mu cakap macam lembu. Apakah jadahnya di Sarawak. Taib Mahmud tu minoriti. Kenapa dia yang jadi KM. Kenapa Kalong Ningkan di Sabah sampai didistiharkan darurat.

Mu pandai sebut bab kompromi. Di Perak kita kompromi ma..

Mu UMNO kompromi sampai orang Melayu tak nampak di tanah pulau PPinang. Gi mano habih demo tu.
MCA kata Berahim Ali tu gilo. Mu kalu berani gi tanya MCA? MIC Samy kata BN kalah bukan kerano dio, tapi masyarakat Malaysia udoh tak suko BN. Mahadev kata busuk dalam perut UMNO dan BN ni. Mu pertahe apo lagi ? Imam Ghazali kata, kecek dengen ore tak ilmu ni rendahkan martabat kita. Sudahla.. Mu bawo balik Melayu dulu ke PPinang. Aku nak tengok.

Anonymous said...

Salam Tuan
Deepthroat kata "anakwatan ini mesti hasil didikan BTN. yang selalu menyebut watan tu BTN. Hasil produk BTN pun celaru"
Mengaku juga sial ini pasal BTN. PAS punya kah BTN ni, DAP punyakah atau PKR punya ?
Syabas anakwatan.

AFRAR YUNUS said...

salam sahabatku deepthroat,
dan salam semua sahabat-sahabat yang memberikan komen,

apakah hanya raja atau sultan sahaja boleh menyelamatkan melayu. ke mana perginya kuasa yang dicari-cari iaitu kuasa politik yg selama 52 tahun dimiliki umno.

2. kuasa raja lagi boleh diubah oleh umno tanpa perkenan mereka pada 1983 dan 1985, inikan kuasa DUN.

3.kenapa umno tidak menjadi KM di PP pada pilihanraya ke 11 yg pada ketika itu kerusi majoritinya milik melayu

4.apakah kerana mahu kompromi, sanggup biarkan anak isteri kita dirogol orang lain. hatta di melaka pemimpin melayu rogol cucu Mak Cik Pendek. Guan Eng si cina demokrasi itulah yg membela cucu makcik tersebut. mana hilangnya pemimpin melayu ketika itu?

5.saya mencadangkan sdra baca posting Xifu (guru) Penulisan saya Pak Bakaq di penarikbeca.blogspot.com/2010/03/lebih-sesat-dari-babi.html

6.Lebih utama jika sdra boleh ada di forum yg bakal diadakan nanti di Penang.
tk sdra

tk kpd semua yg memberikan pendapat setakat ini. pandangan dialu-alukan.

AFRAR YUNUS said...

salam semua
pada suatu hari saya berkesempatan hadir di mahkamah. membantu orang lain, dan di sana saya melihat seorang wartawan wanita yang saya kenali. beliau dari akhbar melayu yg terkenal di malaysia.

malang, beliau membeli air-cond yg harganya sekitar RM1500 tetapi tidak dapat membayar. peguam syarikat bawa kes ke mahakamah.

tetapi jika kita baca tuisan mereka, "rakyat kena terima tiada subsidi, rakyat tidak perlu ditongkatkan lagi, umno membawa kemajuan, rakyat selesa dengan ekonomi sekarang, harga ikan dapat diterima, sudah sampai masa subsidi petrol dihentikan " dsb.

tapi realitinya - mereka beli air cond pun tak mampu bayar.

saya bukan nak hina. kita tulis apa yang sebenarnya supaya isteri, anak dan cucu kita di rumah tidak ketawakan kita.

itulah halnya dengan pemimpin umno dan blogger umno kecuali kroni yg dapat projek.

saya harap tidak akan jumpa mana-mana blogger umno di mahkamah atau di kedai no ekor hanya kerana disumpah masyarakat.

tk - hanya sebagai panduan dan ingatan termasuk bagi diri saya yang kerdil ini.

Anonymous said...

kepada "deepthroat"

kamu komen atas dasar perkauman. Melihat kepentingan otak perkauman serakah kamu.

Kalong Ningkan tu dayak dari sarawak. Pernah menjadi Ketua menteri swk. namun dijatuhkan puak manusia sarakah dengan bantuan parti sanjungan kamu. Kalong tidak pilih bulu dlm. ptdbrnnya namun kerana hanya ingin memelihara hak "tanah adat" beliau disingkirkan.

deepthroat yang dangkal,

Kau tau tak, perlembagaan yg berkaitan dengan ketua menteri dan gabenor swk yg telah dipinda ? dulu pakkai gabenor tapi sekarang pakai TYT. Kami tahu semua tujuannya disebaliknya. suara kebangkitan akan dilaung juga.