Tuesday, March 30, 2010

Persatuan Pengguna PP (CAP) juga berpolitik ?


Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan askar, askar pun cabut lari.

Peribahasa yang pertama itu, adalah. Tapi yang kedua itu, saja taroh.

Apabila AJK Persatuan Pengguna berpolitik, pengguna seolah-olah tersepit diantara dua ekor gajah.

Sebut saja soal kepenggunaan, selama ini saya menaruh kepercayaan dan harapan yang cukup tinggi pada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Pada tahun 1983, 1984 dan 1985, sebagai wakil pelajar, saya pernah beberapa kali memberikan ruang pada CAP untuk memasuki kampus. Nostalgia sungguh hubungan dengan CAP ini.

Zaman itu zaman Ustaz Yusof, Alam dan beberapa orang lagi yang saya lupa nama mereka.

Saya minat dan seronok dengan cara kerja CAP membantu pengguna. Saya sendiri membantu kawan-kawan mendapatkan pertolongan CAP. Ramai yang dibantu oleh CAP.

Entah tiba-tiba dua tahun yang lalu, ada pegawai di CAP Pulau Pinang seolah-olah mempermainkan aduan anak saya tentang sebuah IPTS di Shah Alam.

Asrama IPTS yang masih wujud dan saya kira menipu itu, dikatakan pegawai CAP sebagai sudah tidak ada, tidak dapat dikesan dan CAP dikatakan gagal membantu berkaitan nasihat perundangan yang diperlukan dalam perkara yang dibangkitkan.

Apabila saya sendiri ke Shah Alam dan menghubungi tuan punya bangunan, barulah saya tahu bahawa sudah ada komunikasi di antara 'Pak Haji CAP' dan 'Mak Datin'.

Ah, apapun Pak Tuan Syed Presiden CAP dan Cikgu Azmi Abd Hamid mungkin boleh memainkan peranan supaya CAP yang banyak jasanya kepada pengguna, tidak menjadi bahan cemuhan masyarakat akibat pengaruh yang tidak diperlukan.

Saya bimbang harapan meninggi pengguna menjadi seperti mencurah air didaun keladi. Biar isu kepenggunaannya dikira kecil oleh sesetengah pihak.

Saya mahu agar persatuan pengguna seperti CAP terus hidup tanpa prejudis dicelah-celah keributan aktiviti manusia dan pembangunan negara.

Jangankan kerana nila setitik, habis satu organisasi CAP dirosakkan.

No comments: