Thursday, September 10, 2009

Samy mendiang politik MIC

Pemerhati politik di Malaysia seperti tidak percaya dengan pemilihan kepimpinan dalam MIC yang nampaknya terus dibayangi oleh kuda tua parti itu, Samy Vellu.

Pemimpin seangkatannya di dalam Barisan Nasional telahpun mengucapkan selamat tinggal dan mewariskan parti mereka kepada golongan pelapis.

Baik Tun Dr Mahathir, Ling Liong Sek dan Lim Kheng Yaik - dari tiga parti politik terbesar di Malaysia yang mewakili Barisan Nasional telahpun melepaskan jawatan masing-masing.

Lain pula halnya dengan kuda tua dalam MIC ini. Kata seorang penyokong Subramaniam di Pulau Pinang, "dia (Samy) mahu pegang jawatan sampai mati".

Seorang peminat Samy Vellu pula berpendapat, sudah sampai masanya Samy 'membungkuskan' karier politiknya dan balik sahaja ke kampongnya di Johor.

"Dulu saya suka dia. Sekarang sangat-sangat meluat dan berharap dia akan menjadi mendiang untuk politik MIC" kata bekas AJK Pemuda MIC dari Kedah.

Bukan sahaja mereka yang berada di dalam MIC mahukan Samy mengucapkan sayonara, malah kepimpinan dalam Barisan Nasional sudah menganggap ia sebagai bebanan untuk BN.

"Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia pada minggu yang lepas menulis supaya Samy berhenti dari mengetuai MIC" kata bekas ADUN UMNO dari Kedah.

"Cakap-cakap besar dia nampaknya masih belum menyerikkan dia. Dia kalah di kawasannya sendiri di Sungai Siput. Apalagi yang dia mahu ? " marah Viknes, pemuda dari Keroh Perak.

Terbaru, Samy seolah-olah mengheret dan menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri ekoran kemelut cetusan partinya.

Pada hemat saya, Samy tidak akan dan tidak boleh membawa apa-apa perubahan dipersada politik Malaysia baik melalui MIC ataupun BN biarpun diberi peluang terkahir untuk bernafas.

Ramai yang sedang menunggu saat-saat akhir Samy akan menjadi mendiang pada parti MIC. Bila agaknya ?

2 comments:

Anonymous said...

"saya tidak mahu menalah (mengalah) sebelum bertanding"

itu pendirian Samy sejak dari dulu..

:)

AFRAR YUNUS said...

salam sdra deanz
sejak 1979 jadi presiden mic. masyarakat tamil tak ke mana pun. ramai kawan-kawan tamil tak puas hati dengan gelagat kuda tua itu. nak 'menalah' atau tidak, ahli mic yg boleh ajar samy.
selamat berpuasa.