Thursday, September 24, 2009

Calon Bagan Pinang : Jantankah Khairy Jamaludin

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober 2009. Namun Presiden, Timbalan dan Majlis Tertinggi UMNO masih belum membuat keputusan calon mana yang hendak diletakkan.

Najib Tun Razak Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dikatakan bercelaru dalam membuat keputusan setelah adanya pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang tidak mahukan Isa Samad sebagai calon yang mewakili UMNO.

Dr Mahathir berkata, UMNO dan BN perlu meletakkan calon yang kelihatan bersih dari sebarang isu yang boleh menjejaskan perolehan undi.

Setakat ini nampaknya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin belum memberikan apa-apa reaksi terhadap pandangan Tun Mahathir sedangkan Pemuda kawasan Telok Kemang tetap mahukan Isa Samad.

Silap-silap KJ masuk gelanggang, akan musnahlah karier politiknya yang masih berbaki. Abdullah Ahmad sudah dipancung. Samy sedang menunggu masa untuk dikenali sebagai mendiang setelah 'hukuman bunuh dalam politik' dilaksanakan terhadapnya.

Sanggup dan bersediakah Najib dan Muhyiddin meletakkan leher untuk dipancung oleh kuasa luar biasa Mahathir sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat ini.

Apatah lagi bagi KJ. Boleh bersuarakah dia dalam isu ini mewakili seluruh pemuda UMNO ?

Kita tunggu keberanian dan kejantanannya jika masih ada !

1 comment:

Malaysian said...

[b]Nasihat YB Nik Aziz Dalam Video 15Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia[/b]

[[url=http://www.ruumz.com/15Malaysia/view_video.aspx?fm_id=5&id=43530&UserId=20971]YB Nik Aziz, The Tree[/url]]
[[url=http://www.ruumz.com/15Malaysia/view_video.aspx?fm_id=5&id=43530&UserId=20971]Click Here To Watch[/url]]

[b]Sebagai warga bukab Islam, saya juga kagum dengan sikap rendah diri dan nasihat yang diberikan oleh YB, video ini patut ditonton oelh semua sama ada penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional[/b]