Jika Khir Toyo 'terlayan' secara Beng Hock
Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Selangor wajar mempunyai perasaan takut untuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Apa tidaknya ?
Teoh Beng Hock dikatakan masuk ke pejabat SPRM mengikut pintu dan 'keluar' ikut tingkap. Lalu ditemui mati di tingkat lima bangunan pejabat itu.
Entah siapa yang melayannya sebegitu rupa.
Lainlah Khir Toyo. Dia disiasat bukan pada waktu pagi atau subuh. Begitu juga, Khir dijemput masuk mengikut pintu pejabat SPRM dan dihantar keluar melalui pintu juga.
Jika Khir 'terlayan' secara Beng Hock, nescaya tidaklah ada lagi gesaan dari beliau kepada pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak mencari pelbagai alasan untuk bekerjasama dengan SPRM.
Mungkin dia ditemui di tingkat yang sama di mana mayat Beng Hock ditemui.
Mana mungkin ada gesaan lagi darinya ?
Oleh itu, bukan sahaja Menteri Besar dan Exco Selangor wajar ada ketakutan itu, malah sesiapapun akan berfikir tentang masa depan jangka hayatnya lebih-lebih lagi di pejabat dan bangunan yang sama biar siapa yang melakukan layanan seperti itu.
Semua mahu masuk dan keluar dengan cara bersalam. Bukannya salam terakhir !
2 comments:
Salam sdra afrar,
betul apa yg sdra tulis..tapi dengar kabarnya khir main pintu belakang juga masa keluar dari sprm..cuma dia keluar dgn selamat lah..itu jer.
:)
selamat hari raya...
salam sdra deanz,
khir toyo diberi layanan istimewalah tu keluat ikut pintu belakang. oh! betapa malangnya Beng Hock.
Selamat Eidul Fitri kepada sdra deanz dan keluarga.
wassalam.
Post a Comment