Saturday, July 25, 2009

Hospital cuai : Rakyat bayar RM7 juta

Kecuaian kakitangan hospital semakin menjadi-jadi.

Blog alkerohi sangat prihatin tentang masalah ini. Banyak yang dituliskan di sini, sini, sini, sini, sini dan di sini.

Selagi rakyat Malaysia kurang peka, selagi itu kita akan menjadi rakyat negara miskin sedangkan nilai perkhidmatan yang dibayar kepada kerajaan samada cukai secara langsung atau tidak, adalah tinggi.

Lihat apa kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Rashid.

RM7 juta dibayar untuk kes kecuaian perubatan

24/07/2009 2:55pm
KUALA LUMPUR 24 Julai - Kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM7 juta kepada pesakit akibat kes kecuaian perubatan di hospital kerajaan sejak 2007 sehingga kini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, jumlah bayaran pampasan sebanyak itu masih dianggap kecil berbanding negara-negara lain.

Kementerian Kesihatan, katanya, menerima purata aduan kes kecuaian oleh kakitangan perubatannya antara lima hingga lapan kes sebulan dalam tempoh yang sama.

"Kebanyakan kes aduan kecuaian itu terus dibawa ke mahkamah, dan ini sebenarnya menjejaskan kredibiliti dan imej doktor itu, di samping menambahkan beban dan tekanan terhadap pengamal perubatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelesaian Alternatif Pertikaian (ADR) Kecuaian Perubatan 2009 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata, selain daripada membawa kes itu ke mahkamah, terdapat pilihan lain bagi menyelesaikan isu itu, iaitu melalui ADR yang merangkumi timbang tara, pengantaraan, pendamaian dan perundingan.- BERNAMA

Kerajaan membayar wang rakyat kerana kecuaian kakitangan hospital.

Apakah tindakan yang diambil terhadap kakitangan yang cuai itu. Minta Rosnah nyatakan statistik tindakan terhadap kakitangan yang terlibat.



3 comments:

deanz said...

7 juta...perghhh byk tu...

mangsa kecuaian said...

salam,, en. Arfar Yunus,,, sy mrupakan seorg pelajar IPTA,
sy ingin btnykn pndapt en. arfar mengenai mslh sy. sy merupkn slh seorg dari mgsa kecuaian pihak hospital krjaan. sy menjalani pmbedahan lutut bbrapa thn lpas,(tnpa mgikut prosedur yg sepatutnya) doctor mnjlnkn pmbedahan tnpa sbarang data spt Xray,MRI dan sbgny krana semua data tsebut telah hilang. selepas pmbdahan baru sy sedar yg pmbedahan tsbut dilakukn sparuh jln shj. (ada mslah lain didalam lutut sy yg doktor tsebut tidak betulkn, kerana dia tiada data mngenai pnyakit sy, semasa pmbedahan dijalankan. masalah skrg, ltut sy kmbali sakit, doktor yg malukan pmbedahan plak dah pindah ke hospital swasta. bila sy jumpa doctor pakar lain dhospital krjaan, mereka kata lutut sy mmg ada mslah dan perlu pembedahan kedua. apakah yg perlu sy buat skrg??
perlukah sy hnya bdiam diri?

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano,
Saya menasihatkan sdra untuk membuat pertanyaan dan aduan kepada
1.KKM / Majlis Keselamatan Pesakit
2.Biro Pengaduan Awam
3.Gabungan Persatuan Pengguna (FOMCA)
4.Persatuan Pengguna P.Pinang
5.Suhakam
6.Persatuan Perubatan Malaysia dan
7.Menteri Kesihatan
semoga berjaya dan sihat.