Wednesday, July 15, 2009

Manek Urai : PAS di hujung tanduk

Hampir dua puloh tahun Parti Islam Malaysia (PAS) memerintah Kelantan – negeri Serambi Makkah. Tiba-tiba Manik Urai membawa perubahan yang 'bermakna'.

Saya sebenarnya terkejut dengan keputusan pilihanraya Manek Urai apabila calonnya Mohd Fauzi Abdullah hanya menang majoriti 65 undi. Tuan Aziz Tuan Mat dari UMNO mendapat 5,283 undi.

Jika PPSMI yang telah dilaksanakan selama enam tahun itu boleh dikira sebagai gagal, maka apa yang boleh kita anggapkan dengan keputusan Manek Urai ini ?

Ternyata pemikiran penduduknya juga gagalkah dalam menerima realiti kehidupan seperti yang dikehendaki dan adakah siasah Islam terpelanting sebagai daya tarikan. Begitukah ?

Husam Musa tanpa segan silu membayangkan bahawa Manek Urai seperti yang mereka jangka bakal menatijahkan kekalahan kepada PAS.

Apakah wang dan kebendaan masih menjadi idaman majoriti pengundinya dan ianya merupakan faktor utama kenapa rakyat menolak parti Islam ?

Pemerhati politik berkata pengundi Manek Urai tidak boleh disalahkan seratus peratus ekoran keputusan yang 'mengecewakan' ini.

Agaknya istilah “zuhud” sahaja tidak menarik perhatian. Berbanding pembangunan di negeri-negeri lain seperti yang dituntut juga oleh Islam masih berkurangan di sana agaknya.

Ada pandangan yang mengatakan percakaran dalaman pemimpin parti dan sesama pemimpin parti PR telah mengguriskan perasaan rakyat. Ada juga yang mengatakan calon tidak bertepatan dengan kehendak masyarakat.

Itukah sebabnya penduduk lebih-lebih lagi 42% pengundinya mahukan perubahan.

UMNO tentu gembira kali ini. Belum lagi dengan turunnya Najib, parti itu boleh meraih peratusan pengundi yang tinggi.

PAS dan PR menurunkan hampir kesemua pemimpin-pemimpin besar mereka . Apa sudah jadi?

Apapun, masej telah disampaikan oleh pengundi. Terpulang kepada pemimpin-pemimpin PAS dan PR untuk bermuhasabah.

Keputusan di hujung tanduk ini yang mahu tak mahu perlu ditelan.


3 comments:

BelokKiriKanan said...

Jauh benar tersasar ramalan majoriti kemenangan Pas. Semalam saya cuba menafikan ramalan sifu saya, MSO (http://msomelayu.blogspot.com/) yang mengatakan majoriti akan berkurangan walaupun saya tahu ramalan beliau selalunya 99% tepat. Saya target majoriti lebih 1000 undi.

Pas terutamanya Pas Kelantan wajib bermuhasabah mencari punca 'kekalahan' tersebut. Jangan cuma asyik menuding jari kepada Umno sahaja dan tidak mencari punca kelemahan diri sendiri. Pas Kelantan juga diharap tidak lagi 'eksyen' @ berlagak dengan mengenepikan Timbalan Presiden Pas yang dipilih oleh perwakilan.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Umno yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh menawan MU walaupun pada awalnya kelihatan mustahil. Tahniah Umno!

Pas terutamanya Pas Kelantan wajib bermuhasabah mencari punca 'kekalahan' tersebut. Jangan cuma asyik menuding jari kepada Umno sahaja dan tidak mencari punca kelemahan diri sendiri. Pas Kelantan juga diharap tidak lagi 'eksyen' @ berlagak dengan mengenepikan Timbalan Presiden Pas yang dipilih oleh perwakilan.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Umno yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh menawan MU walaupun pada awalnya kelihatan mustahil. Tahniah Umno!

Ini disebabkan hasil daripada kerja keras jentera Umno terutama Timbalan Presiden, Ketua Penerangan serta Khairy Jamaluddin yang berjaya menarik banyak undi golongan muda.

BN tidak tewas, cuma tidak menang. peningkatan undi yang ketara diterima BN menunjukkan Umno masih diterima rakyat terutamanya orang2 Melayu di kawasan pedalaman. Umno juga menang di peti undi di mana TS Muhyiddin menjanjikan jambatan baru. Saya bersetuju yang pembangunan adalah hak dan keperluan rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Satu perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah SPR wajib menetapkan hari pengundian pada hari cuti hujung minggu untuk mengelakkan cuti khas yang mengurangkan produktiviti kakitangan awam negeri. Selama PR mendakwa SPR sengaja mengadakan PRK pada hari bekerja untuk mengelakkan penyokong mereka yang berada di luar kawasan hadir keluar mengundi. SPR mampu menghapuskan tohmahan ini.

Anonymous said...

Alhamdulilah walaupun diibaratkan kemenangan Pas dihujung tanduk asalkan jangan diibaratkan telor dihujung tanduk sudahlah. Syabas diucapkan....janji Pas menang

AFRAR YUNUS said...

salam belokkirikanan dan ano:
tk di atas pandangan.