MIC satu-satunya parti politik di Malaysia yang terbilang kerana pemimpin nombor satunya Samy Vellu masih dikira sangat hebat oleh ahli-ahlinya.
Malah satu ketika dahulu Samy dianggap sebagai tuhan oleh masyarakat Tamil India di Malaysia.
Terbaru Samy menganggap "MIC tidak rugi apa-apa dengan tindakan bekas naib presidennya Datuk S.S. Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)".
Namun, bagi Muhyiddin Yassin pula beliau meminta parti komponen BN tidak memandang ringan isu penghijrahan pemimpin-pemimpin mereka ke parti lain.
Pemerhati politik beranggapan, Samy sebagai pemecah perpaduan kaum India sehingga menyebabkan banyak parti-parti kaum itu tumbuh dan banyak lagi akan diwujudkan dalam waktu terdekat ini.
MIC hanya akan kerugian apabila dunia kiamat. Betulkah dunia MIC akan kiamat apabila Samy seorang sahaja sudah tidak ada di dalam MIC ?
Samy merasakan dia adalah segala-galanya dalam MIC biarpun 'masyarakat Tamil' sudah mula sedar bahawa Samy ibarat rumah kata pergi, kubur kata mari.
Sebut sahaja Samy sekarang ini, masyarakat Tamil boleh membayangkan betapa tertinggal dan dukanya mereka dalam segenap segi angkara presiden parti MIC itu.
Hidup segan mati tak mahu. Siapa lagi jika bukan dia.
Selagi rakyat Malaysia kurang peka, selagi itu kita akan menjadi rakyat negara miskin sedangkan nilai perkhidmatan yang dibayar kepada kerajaan samada cukai secara langsung atau tidak, adalah tinggi.
Lihat apa kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Rashid. RM7 juta dibayar untuk kes kecuaian perubatan
24/07/2009 2:55pm
KUALA LUMPUR 24 Julai - Kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM7 juta kepada pesakit akibat kes kecuaian perubatan di hospital kerajaan sejak 2007 sehingga kini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, jumlah bayaran pampasan sebanyak itu masih dianggap kecil berbanding negara-negara lain.
Kementerian Kesihatan, katanya, menerima purata aduan kes kecuaian oleh kakitangan perubatannya antara lima hingga lapan kes sebulan dalam tempoh yang sama.
"Kebanyakan kes aduan kecuaian itu terus dibawa ke mahkamah, dan ini sebenarnya menjejaskan kredibiliti dan imej doktor itu, di samping menambahkan beban dan tekanan terhadap pengamal perubatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelesaian Alternatif Pertikaian (ADR) Kecuaian Perubatan 2009 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak di sini hari ini.
Beliau berkata, selain daripada membawa kes itu ke mahkamah, terdapat pilihan lain bagi menyelesaikan isu itu, iaitu melalui ADR yang merangkumi timbang tara, pengantaraan, pendamaian dan perundingan.- BERNAMA
Kerajaan membayar wang rakyat kerana kecuaian kakitangan hospital.
Apakah tindakan yang diambil terhadap kakitangan yang cuai itu. Minta Rosnah nyatakan statistik tindakan terhadap kakitangan yang terlibat.
Mirza Mohammad Taiyab Beg Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini dari tuduhan rasuah.
Mirza yang digantung kerja sejak 13 Ogos 2008 dijangka akan dikembalikan ke perkhidmatan awam sebaik sahaja Lembaga Disiplin di Kementeriannya bersidang.
Heboh bagai nak rak. Telor sebiji riuh sekampung SPRM ni. Kerja dia - awal-awal lagi memalukan tertuduh.
Prosidur menghebahkan kes kepada media oleh SPRM sebelum ada apa-apa lagi perlu dikaji semula.
Jerung sentiasa terlepas. Ikan bilis yang di'tokak dan diratah'.
Kesatuan Sekerja Pelancongan Malaysia nampaknya memberikan sokongan yang kuat kepada Mirza. Inilah akibatnya apabila orang politik campur tangan dalam kerja-kerja pentadbiran. Azalina Othman Said ada main belakangkah?
Apapun Azalina sudah disepak keluar dari politik UMNO dan bukan lagi menteri di mana-mana kementerian.
Saya kurang minat dengan teka-teki. Dahulu sewaktu di bangku sekolah, ada kawan-kawan dan sepupu yang minat sangat dengan teka-teki. Walaupun kurang minat, ada masanya saya sudi menjawab pertanyaan mereka.
Ada satu teka-teki yang sangat mudah. Saya masih ingat.
Masuk hijau keluar merah. Cuba teka. Sireh - jawapannya.
Kelmarin terjumpa kawan lama ini. Dia kata, nak tanya satu saja teka-teki. Masuk hidup, keluar mati.
Cuba teka. Tidak sempat saya jawab, dia pun beritahu jawapannya sambil berkata, "aku tau hang masih tak minat jawab teka-teki ni"
"Kes SPRMlah. Masuk ke pejabat depa masih hidup. Konon nak beri keterangan sebagai saksi atau tertuduh. Malang, keluar mati"
Saya pun tanya dia balik, "tak samakah masuk ikut pintu, keluar ikut tingkap. Window SPRM".
Dia kata, "hang dah mula minat rupanya dengan teka-teki ni"
"Aku teringin nak tengok apa akan jadi jika ketua SPRM dipanggil masuk ikut pintu keluar ikut tingkap" kata kawan tadi.
Tunggu keputusan Suruhanjaya Diraja dulu. Berlakunkah atau tulin ?
Terlalu banyak diperkatakan tentang kecuaian pegawai perubatan di Malaysia. Baik di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Universiti dan hospital swasta.
Dalam kes Michael Jackson, doktor yang merawatnya telah melarikan diri kerana ketakutan selepas sesi soal jawab.
Sumber berita dari Amerika menyatakan bahawa dua doktor MJ akan didakwa di mahkamah negara tersebut.
Di Malaysia :
Doktor dan kakitangan hospital sentiasa terlepas
Doktor sama doktor enggan melawan kes di mahkamah. Masing-masing tahu kelemahan sendiri.
Persatuan-persatuan Pengguna dan NGO di Malaysia masih ketinggalan dalam hal bantuan/ pembelaan ini
Forensik di Malaysia masih ketinggalan
Peguam-peguam di Malaysia belum cukup mahir menentang doktor di mahkamah
Pesakit dan keluarga lebih-lebih lagi dari kalangan orang Melayu lebih mudah serahkan kepada takdir (qada dan qadar)
Kita tunggu dan lihat, siapakah yang akan menjadikan kesnya sebagai pemula perubahan secara besar-besaran dalam industri kesihatan di Malaysia.
Saat-saat akhir Teoh Beng Hock Akhbar milik UMNO dibakar tanda protes masyarakat Cina dan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia erhadap parti yang merestui tindakan SPRM.
Bersatunya masyarakat Cina. Ong Tee Keat dari MCA juga hadir di majlis pengkebumian Beng Hock.
Tidak seperti UMNO. Jika boleh mahu dipijak lagi perasaan sesama Melayu.
Di Kedah, Bashah ADUN Bakar Bata mahu kepastian - "awak Melayu UMNOkah atau Melayu bukan UMNO" . Hanya untuk anugerahkan projek Kelas F.
Tahniah Bashah ! Kerja 'taik kucing' hang padan dengan undi 300 tu... (Foto:MalaysianInsider)
Ketika Abdullah Ahmad masih menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kerap menyifatkan Abdullah sebagai kaki tidur.
Ramai yang menyangka Abdullah 'bisu politik'. Sebenarnya tidak.
Ini diketahui selepas persaraan Abdullah apabila beliau didapati banyak memberikan pandangan-pandangan dalam isu-isu yang diajukan media kepadanya.
Mungkin semasa adanya Abdullah di Jabatan Perdana Menteri, beliau yang dikatakan kerap tertidur, terlupa untuk membuat keputusan tentang satu isu yang besar bagi negara iaitu berkaitan Suruhanjaya Bebas Pengaduan Salah Laku Polis (Independent Police Complaints and Misconduct Commission), IPCMC.
Rakyat Malaysia gembira dengan situasi terkini Abdullah. Mereka mahukan penjelasan apakah terjadi dengan IPCMC yang diuar-uarkan bekas PM pada tahun 2006 itu ?
( Orang Kampung Pesan :" Musa Hassan, tolong jangan sambung lagi perkhidmatan hang. Orang naik meluat dah...")
Sewaktu saya menjadi pelajar di ITM, gerakan mahasiswanya walaupun tidaklah sehebat zaman Anwar, tetapi masih boleh dikira berbisa juga di peringkat dalaman.
Saya tidaklah bercadang untuk masuk bakul dan angkat sendiri.
Alhamdulillah, kumpulan kami yang boleh dikatakan sederhana dalam semua bidang - akademik, sukan, persatuan pelajar, kerja amal siswa, pergaulan (dengan batas) dan sebagainya, mudah memasuki alam pekerjaan.
Ada pula satu golongan sahabat-sahabat kami yang menjadi ulat buku. Kerja dia belajar siang malam. Setiap semester keputusan peperiksaan cemerlang - CGPA 3.6 ke atas malah ada yang termasuk senarai cemerlang dekan.
Selepas tamat pengajian, segelintir dari puak ini payah mendapat kerja tetap sehingga ada yang berniaga insuran, menjual produk secara piramid, jualan langsung yang lain dan sebagainya. Bukan minat mereka ke arah itu, tetapi kata mereka, 'terpaksa'.
Sehinggalah berlanjutan tujuh lapan tahun - mereka berjaya dalam temuduga dan bekerja dengan BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Ada dari mereka yang pernah terlibat secara langsung dengan kes Pairin Kitingan di Sabah dan melahirkan rasa meluat akan 'ending' kes tersebut.
Ketika di kampus, mereka ini tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti persatuan, sukan, kurang bergaul dan hanya tahu 'study' sahaja. Mereka sendiri bersetuju telah menjadi 'bengap' kerana kurang berkomunikasi.
Apabila 'join' dengan BPR, hubungan mereka dengan dunia luar semakin sempit. Sudahlah tidak pandai berkomunikasi, tak erti macamana nak membawa diri. Bukan semua. Ini segelintir yang saya maksudkan.
Cuba bayangkan, apabila 'the real case' berada dihadapan mereka, apakah cara atau pendekatan yang mereka gunakan. Harimau yang lapar? Kucing kejar tikus ? Saya tidak nafikan mereka dihantar berkursus.
Namun bagi saya dunia teori sangat berbeza dengan dunia amali.
Saya bersyukur - ramai dari sahabat-sahabat ini setelah beberapa tahun di BPR sudah meninggalkan agensi berkenaan dengan pelbagai alasan - meluat, double-standard, hipokrit, takda gigi, terima arahan orang atasan, susah buat kerja dan pelbagai lagi.
Kawan-kawan atau sahabat yang masih di SPRM, diharap minda anda akan menjadi lebih terbuka, pandangan lebih meluas dan akan menjadi manusia sejati.
Empatilah dengan kes. Bayangkan kes dihadapan anda adalah ibu, ayah, kakak, abang, adik dan mertua anda. Jangan ghairah dan bongkak dengan akta SPRM.
Di zaman Musa Hitam, ada kawan-kawan anda juga terlibat dengan kes rasuah. Masih anda ingat. Beberap bulan yang lalu, saya pernah menasihatkan seorang daripada rakan anda yang terlibat memijak perut isterinya yang sedang mengandung. Anda bukanlah maksum. Anda juga bukan malaikat.
Jika betullah apa yang dihebohkan tentang SPRM, kami kira ketua anda lebih lebih layak digelar bengap dan bangang. Makan gaji buta.
Anda ada dua pilihan. Jadilah macam sahabat-sahabat saya. Tinggalkan agensi itu jika kekuatan dalaman anda tidak berkeupayaan.
Sebut sahaja wakil rakyat maka terbayang kepada kita tentang tugas murni yang sepatutnya dimainkan oleh wakil penduduk di sesuatu kawasan yang dipilih dalam sesuatu pilihanraya.
Suara mereka dikira sinonim dengan suara rakyat. Wakil rakyat ini mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.
Dasar Negara akan ditentukan melalui penggubalan undang-undang yang merupakan satu dari tugas rasmi mereka.
Mereka sepatutnya dihormati oleh kerajaan, pihak polis dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Lebih-lebih lagi di dalam negara seperti Malaysia yang meuar-uar mengamalkan demokrasi.
Adakalanya mereka terpaksa menyuarakan hasrat dan cita-cita rakyat dijalanan dengan cara aman. Wakil rakyat ini tidak seharusnya dilihat seperti musuh atau pengganas.
Saya berasa kesal yang amat sangat apabila melihat tindakan polis Malaysia mengambil undang-undang negara di dalam tangan sendiri dengan bertindak memprovokasi dan bertindak ganas dalam pelbagai bentuk - menangkap, memukul, mencedera, mengheret dan menghumban wakil rakyat ke dalam lokap.
Banyak sudah kejadian sebegitu. Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Tian Chua, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Gopala Krishnan dan ramai lagi diperlakukan sedemikian.
Terbaru apabila ADUN Perak dihina . Senjata dibawa masuk ke DUN tersebut. Speakernya diangkut seperti guni beras.
Paling terbaru berlaku di Selangor. ADUN Rawang Gan Pei Nei mendakwa dipukul oleh Polis. Bukan sahaja beliau malah Elizabeth Wong , Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam dikasari.
Apakah makna atau definisi wakil rakyat dalam kamus UMNO dan Barisan Nasional ?
Najib Razak perlu menyelami perkara ini. Jika wakil yang berkhidmat ini dijadikan seperti budak-budak, diangkut seperti guni cempedak busuk, tidak menghormati mereka, memaki hamun , memukul dan menendang suara rakyat ini, dimana kewibawaan Malaysia dan Parlimennya ?
Apa akan berlaku jika konflik yang sama dilalui oleh wakil rakyat UMNO dan BN ?
Najib perlu membuat satu keputusan segera agar apa-apa suara rakyat yang berkumandang di mana-mana pentas selagi ianya secara aman, polis hendaklah diharamkan menyentuh wakil yang berkhidmat ini apatah lagi menggunakan kekerasan terhadap mereka.
Evolusi politik ini hendaklah kelihatan dilaksanakan dengan seadil-adilnya.
Pemerintahan secara tekanan atau paksaan tidak pernah bertahan lama di dalam mana-mana negara pun.
Berikan ruang kepada Yang Berkhidmat untuk berperanan secara liberal.
Wah! Sebenarnya Abdullah tidaklah bisu dan pekak. Semoga pandangannya tentang isu-isu semasa akan memeriahkan lagi iklim politik Malaysia biarpun keputusan untuk memberikan pandangannya dibuat selepas persaraannya.
Harap-harap tu, tidak ada budak-budak yang meminta Abdullah bersaing dengan mana-mana individu demi survival politik KJ. (Foto:Malaysiakini)
Teoh Beng Hock Setiausaha Politik Exco Selangor mati selepas dia didapati jatuh dari bangunan yang terletaknya pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor.
Kejadian berlaku selepas beberapa jam beliau disoal siasat oleh budak-budak SPRM sehingga jam 3.30 pagi.
Kini ada desakan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematiannya.
Beliau dijangka mendaftarkan perkahwinan dalam sehari dua lagi. Masih bujang.
Kita tunggu apa cerita SPRM. Kertas siasatan kes Kugan yang mati dalam tahanan Polis dihantar untuk keputusan dari Pendakwaraya atau Peguam Negara 'dari dunia mana' pun tak tau.
Saya ingat yang mati itu adalah Pengerusi atau kakitangan SPRM kerana merekalah yang mungkin terjatuh dari premis sendiri. Rupa-rupanya orang lain.
Tula.. bila depa kata Polis Malaysia cerdik, ramai yang tak percaya. Terlalu banyak kes Polis tergantung. Takdak keputusan. Mustakizah pernahmati. Sampai la tak tau macamana.
Hak ni kita kena wujudkan jawatankkuasa peringkat daerah yang terdiri dari orang awam. Jawatankuasa ni kena siasat tengok semua Balai Polis, berapa 'ratus kah atau ribu kah' kes di daerah masing-masing yang dah selesai atau masih dok tergantung. Harap PDRM punya statistik, jahanam.
Musa Hassan berterimakasih kepada BPR. Zulkifli pun terimakasih kepada Musa. PDRM juga tak lupa terimakasih kepada BPR. BPR pun apa lagi, terimakasih kepada PDRM. Johari Baharom gembira dan terimakasihkan BPR. Balik-balik luar negeri, Pak Lah besaq hati, terimakasih dan ucap tahniah kepada Johari, PDRM, BPR, Musa Hassan dan Zulkifli.
Katanya selesailah semuanya. Jangan sapa-sapa dok ungkit lagi.
Posa dekat dah. Tak lama lagi nak raya. Bermaaf-maafanlah. Jika ada silap dan salah, hang ampunkan aku, aku ampunkan hang. Selesailah, 0-0.
Seronok tengok depa. Lagu tu la....
Takdak apa. 0-0. Hampa yang dok baca ni, jangan lagi mengata. Nganga bagi besaq-besaq...
Dia akan jadi macam statistik sepupu Najib tentang PPSMI. Hisham yang bangang tu selama ni dok tipu rakyat. Maklumlah, dia naik pun bukan kerana kreadibiliti sendiri. Ihsan bapanya.
Bab PPSMI ni bukan saya yang kata. Muhyiddin yang dedahkan kelemahan enam tahun PPSMI baru-baru ni. Rakyat ditipu kering oleh sepupu Najib. Boleh percaya lagikah si bangang tu ?
Pegawai SPRM perlu disiasat. Jika tidak, jahanam Malaysia.
Cuepacs syor kadar faedah pinjaman perumahan dikurang
KUALA LUMPUR: Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam.
Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan penjawat awam.
Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaanberdasarkan kemampuannya, tidak seperti sektor swasta yang menjadikannya sebagai amalan tahunan. Pada waktu yang baik, 1.2 juta penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.
Dalam mesyuarat di Ipoh, baru-baru ini, Cuepacs juga mencadangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus setiap tahun.
Sumber Cuepacs memberitahu, dalam memorandum yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kongres itu turut menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul seseorang pegawai.
Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan.
Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.
Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.
Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.
Tuntutan lain ialah:
Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.
Sumber itu berkata, pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan mereka dengan fikiran terbuka. - Bernama
Hampir dua puloh tahun Parti Islam Malaysia (PAS) memerintah Kelantan – negeri Serambi Makkah. Tiba-tiba Manik Urai membawa perubahan yang 'bermakna'.
Saya sebenarnya terkejut dengan keputusan pilihanraya Manek Urai apabila calonnya Mohd Fauzi Abdullah hanya menang majoriti 65 undi. Tuan Aziz Tuan Mat dari UMNO mendapat 5,283 undi.
Jika PPSMI yang telah dilaksanakan selama enam tahun itu boleh dikira sebagai gagal, maka apa yang boleh kita anggapkan dengan keputusan Manek Urai ini ?
Ternyata pemikiran penduduknya juga gagalkah dalam menerima realiti kehidupan seperti yang dikehendaki dan adakah siasah Islam terpelanting sebagai daya tarikan. Begitukah ?
Husam Musa tanpa segan silu membayangkan bahawa Manek Urai seperti yang mereka jangka bakal menatijahkan kekalahan kepada PAS.
Apakah wang dan kebendaan masih menjadi idaman majoriti pengundinya dan ianya merupakan faktor utama kenapa rakyat menolak parti Islam ?
Pemerhati politik berkata pengundi Manek Urai tidak boleh disalahkan seratus peratus ekoran keputusan yang 'mengecewakan' ini.
Agaknya istilah “zuhud” sahaja tidak menarik perhatian. Berbanding pembangunan di negeri-negeri lain seperti yang dituntut juga oleh Islam masih berkurangan di sana agaknya.
Ada pandangan yang mengatakan percakaran dalaman pemimpin parti dan sesama pemimpin parti PR telah mengguriskan perasaan rakyat. Ada juga yang mengatakan calon tidak bertepatan dengan kehendak masyarakat.
Itukah sebabnya penduduk lebih-lebih lagi 42% pengundinya mahukan perubahan.
UMNO tentu gembira kali ini. Belum lagi dengan turunnya Najib, parti itu boleh meraih peratusan pengundi yang tinggi.
PAS dan PR menurunkan hampir kesemua pemimpin-pemimpin besar mereka . Apa sudah jadi?
Apapun, masej telah disampaikan oleh pengundi. Terpulang kepada pemimpin-pemimpin PAS dan PR untuk bermuhasabah.
Keputusan di hujung tanduk ini yang mahu tak mahu perlu ditelan.
Nasib Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia kelima dikira baik dari segi hubungannya dengan media.
Tidak seperti Mahathir. Sehinggalah beberapa bulan selepas meninggalkan persada Perdana Menterinya, ia mendakwa tidak diberikan ruang oleh media arus perdana yang dikawal oleh ‘spin-doctor’ yang masih berhingusan.
Diawal pemerintahannya Abdullah mengambil sikap bisu dan pekak dalam kebanyakkan isu yang melibatkan negara.
Namun setelah bersara ia cuba menonjolkan kembali imejnya. Mungkin ia dapat merasakan bahawa sikap dan tindakannya dahulu bukan sahaja telah merugikan dirinya tetapi bakal mambawa bencana terhadap masa hadapan politik manantunya Khairy Jamaludin – setidak-tidaknya selagi Mahathir masih ada.
Kenyataan terbaru Abdullah bersetuju agar PPSMI dimansuhkan. Katanya, hasil kajian selama enam tahun Kementerian Pelajaran membuktikan bahawa dasar yang dibuat Mahathir pada tahun 2003 itu gagal.
Abdullah yang sama-sama terlibat membuat dasar itu ketika dalam kabinet Mahathir kelihatan menempelak Mahathir yang dilihat sebagai masih mahu menegakkan benang yang basah.
Pemerhati politik menjangkakan inilah masanya bagi Abdullah menggunakan sebutir peluru untuk menembak dua sasaran.
Mahathir tidak senang dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI yang diumumkan Muhyiddin Yassin kelmarin.
Nampaknya keputusan Najib Tun Razak di dalam hal ini sama cita rasanya dengan Abdullah.
Apapun, rakyat meraskan senario kehidupan dan dunia sentiasa berubah. Dasar apapun yang dibuat oleh manusia sewajibnya berubah mengikut perubahan semasa ini.
Pada hemat saya, selagi dasar itu membawa kebaikkan, keuntungan dan kebahgiaan kepada manusia – dasar itu wajib berubah tidak kira siapa penggubalnya.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mahu PPSMI dimansuhkan serta merta. Jika tidak, beliau menyarankan satu lagi demonstrasi secara besar-besaran perlu diadakan.
Kenapa jadi begini ?
Kerana dasar UMNO dan Barisan Nasional. Rakyat sudah masak dengan sikap dan tindakan mereka. Cakap-cakap ketua mereka tidak boleh dipercayai. Tindakan mereka dikatakan seperti pasaran saham. Selalu turun naik. Tidak boleh diharapkan.
Tak hairanlah jika rakyat ibaratkan mereka 'lidah biawak' !
Seperti yang dijangka Tun Mahathir Mohamed bekas Perdana Menteri Malaysia yang memperkenalkan PPSMI pada tahun 2003 sekali lagi mempertikaikan tindakan kerajaan memansuhkan dasar itu.
Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan keputusan berkenaan petang tadi.
Ramai yang menyifatkan ini sebagai kemenangan rakyat.
Zaman Kalimullah Hassan yang singkat itu telah berlalu. Adanya dia di NSTP disifatkan banyak pihak sebagai musibah ?
Baca sedutan ini - dari Editorialblog.
"Ada juga desas desus mengatakan Hishamuddin Aun akan disingkirkan (Walaupun pada bulan lalu - April - beliau menandatangani kontrak baru dua tahun sebagai GEIC). Dan akan diganti dengan 'orang lama' dalam NSTP. Ini kerana beberapa tindakan 'melampau' Hishammudin yang bersekongkol dengan Datuk Kalimullah, menempelak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad"
Politik katakan.
Apabila ada orang menganggap Perdana Menteri yang dikenalinya sebagai bertaraf mengatasi keseluruhan manusia di muka bumi Allah swt.
Wah ! Hebatnya perancangan manusia apabila mereka berkuasa. Namun ketentuan Allah lebih hebat.
Teringat kata-kata, Zig Ziglar, I believe that being successful means having a balance of success stories across the many areas of your life. You can't truly be considered successful in your business life if your home life is in shambles.
Ini rumah doktor gigi. Rumah ini rumah batu. Harganya mahal. Mencecah ? juta-juta. Doktor gigi ini tentu orang kaya raya. Rumah saya pula harganya RM25,000.00. Rumah saya rumah kos rendah. Di dalam rumah saya ada dua buah bilik. Depa kata luas seluruh kawasan rumah saya sama dengan tempat letak kereta rumah seperti ini. Jika dia tak kaya, tentu bapa atau bapa mertuanya kaya. Entahlah ! Betul ke tidak ? Mendengar ini cerita, budak sebelah rumah berusia tujoh tahun menyimpan cita-cita untuk menjadi doktor gigi. (Gambar Malaysianinsider)
Senarai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut 25 kementerian
1. JABATAN PERDANA MENTERI Ahli Parlimen PAS YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang YB Ust Nasharudin Mat Isa YB Salahuddin Ayub YB Dr Hatta Ramli YB Dr Dzulkifli Ahmad YB Taib Azamuddin YB Khalid Samad
Ahli Parlimen PKR YB Dato Seri Anwar Ibrahim YB Mohamed Azmin Ali YB Sivarasa Rasiah YAB Tan Sri Dato� Abdul Khalid Ibrahim YB William Leong YB Ahmad Kasim YB Fuziah Salleh
Ahli Parlimen DAP YB Lim Kit Siang YB Ngeh Koo Ham YB Hiew King Chiew YB John Fernandez
2.KEMENTERIAN DALAM NEGERI YB Dato Johari Abdul YB Salahuddin Haji Ayub (PAS) YB Karpal Singh
3.KEMENTERIAN KEWANGAN YB Mohamed Azmin Ali Dr Dzulkifli Ahmad (PAS) YAB Lim Guan Eng
4.KEMENTERIAN PENGANGKUTAN YB Dato Zahrain Mohamed Hashim YB Khalid Samad (PAS) YB Tan Kok Wai
5.KEMENTERIAN KERJA RAYA Dato Kamarul Bahrin Abbas YB Dato Mahfuz Omar (PAS) YB Gobind Singh Deo
6.KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI YB Dato Rashid Din YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS) YB Er Teck Hwa
7.KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR YB Chua Tian Chang YB Nasir bin Zakaria (PAS) YB Charles Anthony Santiago
8.KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI YB William Leong YB Dr Mohd Hatta Ramli (PAS) YB Teresa Kok
9.KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI YB Ahmad Kassim YB Taib Azamuddin Md Taib (PAS) YB Sim Tong Him
10.KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA YB Azan Ismail YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) YB Jeff Ooi
11.KEMENTERIAN PELAJARAN YB Yusmadi Yusoff YB Che Uda Che Nik (PAS) YB Chong Eng
12.KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN YB Amran Abdul Ghani YB Dato Mahfuz Haji Omar (PAS) YB Teo Nie Ching
13.KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA YB Abdullah Sani Abdul Hamid YB Muhammad bin Husin (PAS) YB M Kulasegaran
14.KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI YB Nurul Izzah Anwar YB Dr Che Rosli Che Mat (PAS) YB Chow Kon Yeow
15.KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN YB Hee Loy Sian YB Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) YB Nga Kor Ming
16.KEMENTERIAN PERTAHANAN YB Saifuddin Nasution Ismail YB Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS) YB Liew Chin Tong
17.KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH YB Ab Aziz Ab Kadir YB Dato Ab Halim bin Ab Rahman (PAS) YB M Manogaran
18.KEMENTERIAN LUAR NEGERI YB Sivarasa Rasiah YB Dato Kamarudin Jaffar (PAS) YB P Ramasamy
19.KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN YB Tan Tee Beng YB Mohd Firdaus bin Jaafar (PAS) YB Anthony Loke Siew Fook
20.KEMENTERIAN KESIHATAN YB Dr Lee Boon Chye YB Dr Mohd Hayati Othman (PAS) YB Dr Tan Seng Giaw
21.KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT YB Zuraida Kamaruddin YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf (PAS) YB Fong Po Kuan
22.KEMENTERIAN PELANCONGAN YB Manikavasagam a/l Sundaram YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah(PAS) YB Fong Kui Lun
23.KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN YB Wee Choo Keong YB Dr Lo� Lo� Haji Mohd Ghazali (PAS) YB Lim Lip Eng
24.KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI YB Zulkifli Nordin YB Salahuddin Haji Ayub (PAS) YB Tony Pua
25.KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR YB Gobalakrishnan a/l Nagapan YB Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS) YB Chong Chien Jen