Monday, October 13, 2008

Hj Mahfuz : Majlis Raja-Raja perlu tapis PM

Najib Tun Abdul Razak disifatkan oleh Hj Mahfuz Omar Ketua Penerangan PAS Pusat, satu- satunya calon yang pada pandangan sebahagian besar rakyat sebagai tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Kata Mahfuz lagi, "rakyat negara ini mahukan pemimpin yang berintegriti. Kita menuntut negara ini dipimpin oleh Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih, tetapi dilihat bersih".

Hj Mahfuz juga berpandangan, "ketika negara malah dunia dilanda krisis ekonomi, kita tidak sanggup lagi mempunhyai Perdana Menteri yang tidak diyakini para pelabur asing".

Beliau berharap Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri selepas satu tapisan mengenai rasuah dan penyelewengan diambil kira .

Hj Mahfuz memberikan pandangan di dalam blognya Weblog Mahfuz Omar.

2 comments:

uncle nano said...

Boleh saudara buktikan atau nyatakan siapakah ahli politik yang bersih dari semua segi??
Nik Aziz, Hadi, Anwar Ibrahim kah?
SIAPA??

AFRAR YUNUS said...

salam uncle nano
untuk membuktikan bahawa udara dapat dilihat adalah sukar. tetapi akibat udara dapat diarasakan - itulah bersih. kita dapat merasakan.
apabila semua orang bercakap bahawa cuaca sangat panas, mungkin dalam pada itu ada yang berkata sangat sejuk. "peluh"dan body langguage atau memek muka dapat membuktikannya.
diantara mereka bertiga sudah tentu ada yang terlebih baik. untuk mencari yang maksum, hanyalah para rasul.
tetapi janganlah mencari yang menjadi buah mulut negatif orang serata dunia. tentu ada yang tidak kena.
tk