Saturday, October 11, 2008

KJ dan Mukhriz legasi warisan untuk Umno

Abdullah Ahmad tidak akan mengekalkan jawatan presiden Umno pada Mac 2009 ini. Seperti yang dibisikkan, Abdullah mengalami tekanan dalaman yang cukup hebat supaya melepaskan pelukan jawatan presiden Umno atau tunggu sahaja Umno kehilangan apa yang masih ada.

Pada hemat saya sungguhpun Abdullah berbuat demikian, beliau tidak akan terlepas dari mendengar strategi penasihat-penasihat politik yang masih 'berhingus' disekelilingnya. Ada diantara penasihat ini yang mahu supaya Najib Tun Razak dibelasah bukan sahaja oleh pendokong Umno dan Barisan Nasional tetapi juga oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ketika Abdullah menerima tampuk kepimpinan secara 'faraid' daripada Tun Dr Mahathir, ramai juak-juak dalam Umno dan BN serta segelintir penyokong pembangkang melabelkan PM kelima itu sebagai 'cucu ulama' dan dikatakan mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih.

Inikan pula Najib Tun Razak. Sebelum dan selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri , rekod kerjanya dikatakan terpalit dengan pelbagai skandal. Sehinggakan ada yang menggelarkannya Najib Altantunya, bakal Perdana Menteri Rosmah Najib, Najib Port Dickson, Najib kapal selam, Najib jet, Najib dan bini orang, anak Najib diluar kawalan dan pelbagai dakwaan yang entah betul atau tidak.

Penyokong-penyokong Abdullah sudah tentu mengharapkan Najib tidak akan mendapat apa yang dikejar malah mahu Najib keciciran apa yang ada.

Mungkinkah masa lima bulan yang mendatang ini akan digunakan Abdullah sebagai "cooling period" bagi menyelamat dan mengangkat dirinya kembali ? Abdullah seringkali kelihatan tidak pernah tegas dengan kata-katanya.

Orang yang akan paling gembira dengan terangkatnya Najib sebagai PM adalah Tun Mahathir. Tun Mahathir sangat berharap juga supaya anaknya Mukhriz dapat menewaskan Khairy Jamaludin, menantu Abdullah. Dengan satu temabakan peluru politik boleh mendapat dua habuan.

Malah masing-masing mereka sedang mencuba sedaya upaya meninggalkan legasi warisan bagi Umno. Siapa yang bakal memenangi? Mukhriz? Atau KJ?

Bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin pula ia akan dicabar oleh 'pelawak-pelawak' dari Umno seperti kata Dr Mahathir. Pelawak yang dimaksudkan itu adalah Muhammad Muhd Taib, Ali Rustam dan Nur Jazlan Mohamad.

Pemerhati politik menjangkakan lebih banyak kejutan akan berlaku di dalam Umno.

Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat pula mereka masih 'tertunggu-tertunggu' untuk merasakan perubahan dan kejutan di luar Umno dan kerajaan yang ada sekarang.

2 comments:

. said...

Dalam politik, macam2 kejutan boleh berlaku. Ada kejutan dalam UMNO; ada kejutan di luar UMNO. Apapun, parti politik hanyalah satu wadah untuk mencapai satu matlamat. Kita harus sentiasa ingat kepada itu. Teruskan perjuangan, semoga diberkati Allah s.w.t.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra Norizan,
betul seperti kata sdra. biarlah matlamat dan cara itu diredhai.selamat berjuang.