Monday, April 28, 2008

Jangan biarkan Tajol Rosli menangis lagi

Tajol Rosli bekas Menteri Besar Perak, ketua Perhubungan UMNO dan BN Perak sudah mula menerima petisyen memintanya meletakkan jawatan.

Tajol seorang ketua yang disukai oleh lima jutawan kaya di Keroh, gagal berfungsi sebagai seorang pemimpin untuk rakyat Perak Darul Ridzuan.

Ketua yang tidak berpengaruh di Perak. Kakitangan awam menyifatkannya sebagai lalang dan seorang yang lembik ala Abdullah Ahmad. Kata-katanya tidak dituruti. Cuma Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah di Hulu Perak sahaja yang dapat dipengaruhinya.

Hasbullah Othman rakan karibnya di Lenggong seorang pesara guru mengikuti stail Tajol yang lembik itu. Tajol dapat bertahan selama ini kerana dikatakan menggunakan tempias istana.

Mana jutawan berlima dari Keroh untuk membantu Tajol. Banyak projek telah Tajol anugerahkan. Inilah masanya mereka bermati-matian mempertahankan Tajol. Jangan biarkan lagi Tajol menangis seorang diri.

Sudahlah Tajol. Sudah sampai masanya. Berangkatlah mike..

Sunday, April 27, 2008

Hisham dan Najib bersepupu , Melayu bangsawan

Saya sentiasa mengatakan bahawa orang Cina pandai berpolitik. Orang Cina ada pedoman berpolitik.

Orang Melayu bagaimana ?

Orang Melayu UMNO sudah menggadaikan maruah mereka. Lihat sahaja dalam kes menghunus keris. Bukankah Hishamuddin sepupu Najib Tun Razak telah memohon maaf kepada orang Cina.
Kata Najib yang gila menjadi Perdana Menteri itu, tidak ada apa yang harus dimalukan.

Memang tepat kata Najib yang menjadi wakil rakyat di atas ihsan Tun Mahathir yang mengenang jasa Tun Razak. Ada lagikah perasaan malu pada diri Najib dan Hishamuddin ?

Demi survival politik, mereka sanggup menjilat apa yang sudah diludahkan oleh orang Melayu dan pejuang Melayu yang berjuang untuk agama dan bangsanya.

Kenapa tidak memohon maaf kepada mangsa Memali. Kenapa tidak kepada mangsa peluru hidup Batu Burok - Suwandi dan rakannya. Kenapa tidak kepada Tun Salleh Abas ?

Adakah kerana mereka juga Melayu. Najib dan Hishamuddin dibesarkan dalam acuan Melayu bangsawan. Tidak sama dengan Melayu 'biasa' UMNO.

Melayu seperti mereka berpolitik hanya untuk memenuhi masa lapang sahaja. Tidak lebih dari itu. Melayu bangsawan yang cari makan di atas ihsan orang lain demi survival sendiri.

Friday, April 25, 2008

Wartawan Hadhari kaki minum dan pemabuk ?

Beberapa orang kawan dan pembaca blog ini menyedarkan saya tentang sekeping gambar seorang wartawan yang disiarkan di blog Rocky's Bru. Wartawan ini merupakan kawan baik Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa meneriakkan Islam Hadhari. Gambar :Dari Rocky's Bru

Kata mereka wartawan ini biasa membuat kenyataan akhbar bahawa dia berasal dari Keroh Perak. Kenyataannya itu dibuat semasa dilantik menjadi Setiausaha Akhbar Tun Ghaffar Baba yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Difahamkan jawatan Setiausaha Akhbar itu sempat dipegangnya dua atau tiga bulan sahaja dan selepas itu dipecat kerana tidak melepasi tapisan keselamatan Kementerian Dalam Negeri.

Apapun, kawan dan pembaca blog yang menghubungi saya itu ingin kepastian betulkah dia seorang kaki minum atau pengamal arak yang kronik. Kenapa saya ? Kata mereka, kerana saya berasal dari Keroh dan sudah tentu mengetahui latarbelakangnya.

Kenapalah tidak bertanyakan kepada Abdullah Ahmad, KJ dan budak-budak di tingkat empat ?

Buat masa ini saya merasakan adalah memadai anda membaca komen yang ditinggalkan oleh pembaca di blog Ahirudin Attan. Buatlah penilaian sendiri.

Tuesday, April 22, 2008

Ahli UMNO sama dengan tentera Iraq

Jangkaan yang dibuat pada Ogos 2007 berkaitan sikap ahli UMNO ternyata benar atau ?

Ahli UMNO Sama Perangai Tentera Iraq ?

Tun Dr Mahathir Mohamed bekas Perdana Menteri Malaysia berkata, pendiriannya yang tetap menyokong Umno itu tidak semestinya bermakna beliau juga menyokong sepenuhnya kepemimpinan parti.

"Ia seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalau kita beri sokongan dan parti menang 90% atau lebih, pemimpin akan dakwa itu kemenangan mereka"kata Dr Mahathir lagi.

Katanya, tidak seperti bangsa lain, terutama orang Cina yang sangat pandai menggunakan undi mereka ketika pilihan raya secara strategik untuk menyampaikan sesuatu mesej, orang Melayu akan membuta tuli menyokong parti mereka walaupun calon yang diketengahkan adalah “tunggul”, tanpa mengira kepentingan bangsa, agama dan negara.

"Yang penting, orang Melayu sepatutnya boleh menyampaikan mesej kepada pemimpin bahawa mereka mesti meletakkan kepentingan rakyat melebihi segalanya dan jika mereka membuat salah, mereka boleh ditarik turun," tambahnya.

Namun, sejarah politik di Malaysia membuktikan bahawa orang Melayu dari parti PAS tetap teguh dan kekal dengan pendirian mereka dan tidak pernah bertukar arah. Masalahnya ialah dengan orang Melayu dalam UMNO. Mereka yang menjadi ahli biasa boleh dibeli dengan wang RM50.00 dan sehelai kain. Perwakilan peringkat bahagian boleh dibeli dengan harga RM200.00 seperti yang didedahkan oleh Tun Dr Mahathir ketika dicalonkan untuk G7 di bahagian Kubang Pasu.

Jika kita masih ingat, bagaimana tentera Iraq yang dikatakan gagah dan besar jumlahnya tetapi dapat dikalahkan oleh Amerika hanya dalam masa sehari. Dari peringkat bawah sehinggalah peringkat tertinggi dalam pasukan tentera Iraq telah dibeli oleh Amerika dengan harga yang "berpatutan" dengan maruah keji mereka.

Akhirnya negara Iraq kini telah dilelong kedaulatannya.

Apakah silap jika dikatakan tindakan membeli maruah ahli UMNO itu sama dengan 'perangai' keji tentera Iraq ?

2 comments

Monday, April 21, 2008

Betulkah BPR akan dibebaskan

Betulkah PM Abdullah Ahmad akan memberikan kuasa penuh kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ?

Bermakna selama ini apa yang diperkatakan oleh parti pembangkang tentang BPR yang tidak bebas adalah benar.

IPCMC telah diangkasakan. Belum kembali lagi. SUHAKAM juga diangkasakan tetapi kembali dengan separuh badan. Apa pula akan terjadi dengan BPR.

Keputusan pilihanraya kedua belas sesungguhnya bakal mengubah peta politik Malaysia. Inilah yang dikatakan kuasa rakyat.

Kuasa yang cukup banyak ditangan UMNO dan BN telah membuatkan mereka sombong, bongkak, tidak sedar diri, kaya-raya dan tidak bekerja untuk rakyat.

Kini, sepatutnya mereka tahu dimana kelemahan dan apa yang perlu diperbaiki. Kata Barry Goldwater, ' a government that is big enough to give you all you want is big enough to take it all away'.

Ada kebenarannya jika kerajaan itu berjalan di atas landasan pemikiran manusia semata-mata.

Seorang sahabat dari BPR yang pernah terlibat dalam kes siasatan politik di Sabah pernah meluahkan kekecewaannya. Katanya, siasatan yang melibatkan tuntutan perjalanan, hotel, makan dan sebagainya yang dituntut pelbagai agensi dengan jumlah yang tinggi akhirnya tidak kemana-mana dan merugikan wang rakyat apabila kes diarahkan ditutup.

Sahabat itu sudah melambaikan tangan dan mengucapkan sayonara kepada BPR lantaran prinsipnya itu sambil berpesan, 'janganlah bagi sanak saudara kerja dengan BPR'.

Saya faham, dia tidaklah marah dengan BPR tetapi sangat marah dengan kuasa ghaib yang sering mengganggu kerja-kerja mereka agaknya.

Friday, April 18, 2008

Tun Mahathir perlu memohon maaf


Krisis kehakiman pada tahun 1988 telah memperkenalkan Malaysia ke arena antarabangsa kerana melaksanakan undang-undang hutan atau 'jungle law'.

Ekoran krisis dalaman UMNO pada tahun 1987 , Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir B Mohamed telah melancarkan serangan terhadap badan kehakiman. Beliau yang menang 43 undi dengan Tengku Razaleigh Hamzah bukan sahaja dikatakan memperkosa sistem pengasingan kuasa diantara tiga badan tertinggi negara, malah sanggup melihat UMNO diharamkan.

Enam orang hakim kanan dikenakan tindakan oleh sebuah tribunal 'jelmaan' Mahathir. Mereka adalah Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh dan Dato' George Seah. Manakala dua lagi telah meninggal dunia. Mereka adalah Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.

Lantaran kemarahannya itu, Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan para hakim sebagai 'kambing hitam' yang mahukan kebebasan yang berlebihan.

Akibat serangan demi serangan yang dibuat, Salleh Abas Ketua Hakim Negara ketika itu telah bermesyuarat bersama dua puluh hakim lain yang telah bersetuju menulis surat dan memaklumkan akan situasi sebenar kepada Yang Di Pertuan Agong.

Akhirnya satu tribunal telah diwujudkan dan telah memecat enam daripada mereka. Bukan sahaja badan kehakiman, malah warga Malaysia yang prihatin tentang undang-undang dan perlembagaan sangat-sangat tidak setuju dengan rentetan peristiwa malang tersebut.

Tun Hamid Omar terlibat sama dalam episod perbicaraan keenam-enam hakim berkenaan dan beliaulah orang yang 'bakal' menggantikan ketuanya pada ketika itu jika disahkan Salleh Abas bersalah. Entah doktrin apa yang dipakai oleh Hamid pada ketika itu yang membuatkan masyarakat menganggap badan kehakiman sebagai 'mockery institution'.

Abu Talib Othman bertindak dengan gahnya sebagai Peguam Negara. Rata-rata pada ketika itu, tanggapan umum tentang percakapan dan kenyataannya dilihat sebagai menyebelahi kerajaan. Abu Talib juga adalah Peguam Negara yang pernah meminta Polis memusnahkan barang kes - video lucah Timbalan Speaker Dewan Rakyat DP Vinjandran pada tahun1988.

Kini sudah dua puluh tahun ianya berlalu. Malupun sudah, menderita pun ada tetapi balasan yang setimpal belum ada.

Dua puluh tahun bukan satu masa yang pendek. Jika PM ketika itu mendapat anak atau cucu, maka anak atau cucunya kini sudah berada ditahun kedua pusat pengajian tinggi.

Kita bimbang dengan apa yang pernah diucapkan Mohtar Abdullah bekas Peguam Negara kepada hakim Syed Ahmad Idid. Kes ini juga melibatkan seorang hakim kanan. "Saya terpaksa berbuat demikian kerana ada meriam diacukan ke leher saya pada ketika itu". Begitu senang ucapan yang dikeluarkan oleh Mohtar yang kini sudah tiada.

Berbalik dalam kes Tun Salleh Abas dan lima hakim lain, keputusan Abdullah Ahmad membayar ex-gratia jelas membuktikan bahawa sesuatu yang luar biasa telah dilakukan dalam 'kes yang belum pernah sembuh' ini.

Kata Salleh Abas, "Saya tahu saya tidak boleh menang daripada segi undang-undang di hadapan kerajaan terdahulu tetapi doa saya dimakbulkan hari ini kerana saya diberikan kemenangan moral".

Di dalam bukunya Salleh pernah mengungkapkan, "Keadilan seperti juga kebenaran boleh diputar-putarkan dan dipermain-mainkan pada suatu masa tetapi sekali-kali tidak boleh dimusnahkan".

Pada saya bukan sahaja Abdullah Ahmad legasi kepimpinan parti Barisan Nasional yang memerintah sehingga sekarang tetapi yang paling utama Tun Mahathir, ahli tribunal, Abu Talib Othman dan kesemua mereka yang terlibat dengan penghakiman yang terancang itu perlu memohion maaf kepada hakim-hakim berkenaan dan juga kepada rakyat Malaysia.

Bagi rakyat Malaysia, jika maaf tidak dipinta, tuntutan untuk satu tribunal diwujudkan perlu dilaungkan supaya mereka yang terlibat dapat dibicarakan dalam kes penganiayaan bukan sahaja terhadap hakim-hakim malah terhadap badan kehakiman itu.
Pembetulan : menang 43 undi bukannya kalah. Harap maaf 19.04.08

Aku cuba mencintaimu

Apa kata Samy dari keranda politiknya

Samy Vellu membuat percubaan sekali lagi dari keranda politiknya.

Kali ini katanya, ia akan cuba meminta bantuan luar untuk kepentingan politik MIC. Apa kata Hishamuddin Ketua Pemuda UMNO.

Masih jantan ?

Jika ya, simpan sahaja keranda tersebut ke liang lahadnya.

Wednesday, April 16, 2008

Media Hadhari penyebab rakyat marah

Ketua-ketua akhbar kumpulan NST telah mula keluar entah dari lubang mana setelah lebih satu bulan mengabdikan diri kepada nilai-nilai pemberitaan pelacuran setelah kekalahan parti UMNO dan BN yang diketuai Abdullah Ahmad pemimpin yang serba lengkap pada pandangan mereka.

NST yang sudah berkurangan pembacanya sebaik sahaja Kalimullah Hassan seorang pemberita biasa yang dilantik secara politik memegang jawatan editorialnya.

Kebanyakkan kawan-kawan lama yang pernah dan masih berkhidmat dalam bidang penulisan ketika ditemui mengesahkan perkara ini.

Sesudah menghentam Barisan Rakyat begitu teruk sekali sebelum pilihanraya, rakyat bertindak berani menterjemahkan pandangan dan mengenepikan etika kewartawanan busuk dan nilai berita karut media pengampu.

Sekali lagi media jelmaan penulis sekolah menengah ini meminta agar Abdullah Ahmad Perdana Menteri dibantu dalam menunaikan janjinya kepada rakyat. Ahli UMNO dirayu supaya tidak menyalahkan Abdullah seorang sahaja.

Wah, selepas sebulan membisu, Abdullah membuka mulutnya sekali lagi beberapa hari lalu mungkin setelah diajar untuk membuat pengakuan bahawa, “saya juga bertanggungjawab” akibat kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang lalu.

Ini adalah pengakuan ‘muka kebajikan’ Abdullah. PM ini cuba memancing semula sokongan orang UMNO yang sangat marah dan meluat bukan sahaja dengannya, malah dengan menantu, keluarga, kroni dan ketua-ketua media pemutar belit. Maka media NST cuba sekali menggunakan jala untuk memerangkap ahli UMNO supaya terus memuja Abdullah Hadhari yang sudah tidak boleh diharapkan lagi.

Jelas - tulisan berkenaan cuba menuding jari kepada Hishamuddin Ketua Pemuda UMNO. Hishamuddin dikatakan telah mengguriskan hati pengundi Cina apabila kerisnya setiap kali ditelanjangkan di khalayak ramai.

Dalam masa yang sama Khir Toyo yang dilihat sebagai penyokong kuat Tun Mahathir dan salah seorang yang mendesak Abdullah meletakkan jawatan cuba dipertanggungjawabkan sebagai orang yang mengalihkan pengundi kaum India kepada Parti Rakyat.

Khir dikatakan pemusnah kuil Hindu di Selangor.

Khir juga dikatakan menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan anugerah penyapunya.

Begitu jua, sabotaj dikalangan pemimpin UMNO dituliskan media ini sebagai penyebab kekalahan UMNO dan BN.

Ketua Bahagian yang tidak mengagihkan peruntukan kempen pilihanraya juga merupakan punca kemarahan ahli UMNO yang tidak mengundi parti Abdullah.

Saya bersetuju dengan semua alasan tersebut kerana tanpa penggunaan wang UMNO akan lebih cepat ‘meninggal dunia’. Nafas UMNO adalah nafas wang.

Tetapi media pengampu tersebut sengaja tidak memasukkan fakta paling penting penyebab kekalahan parti yang bakal dimuziumkan ini.

Seperti kata Ahmad Sabery Cheek Menteri Penerangan baru yang meminta akhbar arus perdana membina reputasi dan kredibiliti supaya masyarakat yakin dengan maklumat yang disogokkan.

Diantaranya, gelagat dan peranan media cetak dan elektronik yang lebih sudu dari kuahnya. Peranan bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin, peranan Khairy Jamaluddin menantu Abdullah yang sudah tidak dapat diterima lebih-lebih lagi oleh orang UMNO sendiri, perlantikan dan penulisan Kalimullah sebagai ketua media yang paling tidak dapat diterima serta dikatakan sebagai pakar pemutar belit dan, kenaikkan harga barang-barang yang mencekik rakyat Malaysia tidak dijadikan isu oleh penerima habuan beratus juta dari kalangan pengamal media.

Azalina Othman Said dengan nada yang lebih lembut berkata, “tidak perlu kasar untuk meminta pucuk pimpinan UMNO yang juga PM meletak jawatan”. Mungkin Azalina bermaksud, “Pak Lah. Turunlah”. Bukan “Hoi Pak Lah! Turunlah!”.

Sebelum pilihanraya, UMNO dan MIC (bukan MCA dan Gerakan) beranggapan rakyat yang memperolehi maklumat dari blog adalah dari kalangan orang bodoh. Jika tidak percaya tanyalah kepada Menteri di JPM Nazri Aziz .

Berikan Parti Rakyat lesen media bercetak dan media elektronik. Kemudian saksikan keputusan pilihanraya ketigabelas nanti.

Saturday, April 12, 2008

Mahdzir Khalid , babi dan Polis di Alor Star

Sudah tiga puluh tahun peniaga-peniaga di pasar Kampung Berjaya Mergong membuat aduan mengenai tempat sembelihan babi yang terletak di bersebelahan pasar itu dan bersebelahan pula dengan pejabat Majlis Bandaraya Alor Star(MBAS).

Masa begitu panjang berlalu. Beberapa Menteri Besar telah pergi meninggalkan kuasa mereka. Diantaranya Syed Nahar, Osman Aroff, Sanusi Junid, Syed Razak dan akhirnya Mahdzir Khalid. Kesemua mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelesaikan isu tersebut.

Diadukan juga oleh penduduk kampung berdekatan bahawa baunya yang busuk, darah sembelihan khinzir yang mengalir ke sungai berdekatan, aduan yang tidak diendahkan dan bermacam lagi.

Dari menjadi kakitangan MBAS sehinggalah menjadi exco kerajaan baru PAS, maka kini ia sudah menjadi tanggungjawab Taulan Rasul untuk menguruskan hal babi-babi yang ditinggalkan oleh Mahdzir Khalid.

Perkara sebegini pun tidak dapat diuruskan Mahadzir Khalid, UMNO dan BN masih berangan-angan meletakkannya untuk menguruskan negeri Kedah.

Kelmarin mesyuarat UMNO di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani juga merumuskan Mahdzir Khalid diantara salah satu faktor kekalahan BN di Kedah.

Apa tidaknya. Saya teringat satu peristiwa bertemu dengan Mahdzir Khalid ini. Penduduk di Jalan Fajar Alor Star sering mengadu air hujan melimpah masuk ke dalam rumah mereka, jalan-jalan ditenggalami air, lorong ke rumah mereka sempit, jalan tar berlopak di sana-sini dan sebagainya.

Saya mengambil insiatif mencari MB ini tahun lepas. Dua kali saya ke rumahnya di Taman Bayu Baru. Kata Polis yang mengawal pintu pagar, "MB tidak ada". Tidak sampai sepuluh minit kemudian, tiba-tiba Mahdzir kelihatan sedang berdiri di halaman rumahnya itu. Tidak ada kenderaan yang masuk dan keluar dari rumahnya. Dari mana dia datang.

Saya memberikan salam dan memperkenalkan diri. Saya menyerahkan surat aduan tentang masalah penduduk di Jalan Fajar tersebut. Begitu sombongnya manusia bernama Mahdzir ini. Tiada reaksi yang saya terima, malah hendak pandang wajah saya pun ia seperti keberatan beribu kilo.

Sehingga sekarang aduan itu tergantung begitu sahaja. Surat yang saya serahkan kepada Mahdzir mungkin sudah dibakul sampahkan.

Tadi, ada orang memberitahu bahawa masih ada pihak Polis yang menjaga pintu masuk ke rumahnya. Orang ramai ingin kepastian apakah Mahadzir Khalid masih layak menggunakan perkhidmatan Polis sepertimana ia menggunakan semasa masih menjadi Menteri Besar.

Mungkin Ketua Polis Kedah mempunyai jawapannya.

Friday, April 11, 2008

CUEPACS seperti bola

Tuntutan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam ibarat 'manikam sudah menjadi sekam'.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dijadikan seperti bola oleh Perdana Menteri Malaysia. PM sangat bijak dalam hal ini apabila melantik Ketua Setiausaha Negera yang pemalu untuk menajdi orang tengah diantara kerajaan dan CUEPACS.

Pada 23 Oktober 2007 ketika berada di Ipoh, PM menegaskan bahawa beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberikan bonus. Beberapa bulan selepas itu, beliau sekali lagi memberitahu bahawa telah mengarahkan KSN untuk berbincang dengan CUEPACS tentang pemberian honorarium RM2000.00 seperti yang dituntut pihak pekerja.

“Kerajaan seakan bermain tarik tali dengan CUEPACS mengenai perkara ini, sekejap kata ada, dalam pada itu berdiam diri dan membiarkan kami tertunggu-tunggu" kata Omar lagi.

Pada minggu lepas Omar yang 'berang' dengan silapmata PM itu agaknya, mengeluarkan kenyataan bahawa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memboikot dua sambutan Hari Pekerja Mei depan sekiranya pertemuan mereka dengan kerajaan pada 14 April ini tidak mencapai matlamat.

Menurut Omar lagi, lima tuntutan CUEPACS kepada kerajaan adalah:

1. bayaran honorarium tahun 2007 sebanyak RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan

2.kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar

3.perlanjutan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun

4.pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan

5.elaun kritikal dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).

CUEPACS sedar tuntutan itu tidak akan melibatkan belanja yang besar. Takkanlah dalam hal ini kerajaan persekutuan menganggapnya masuk lima keluar sepuluh. Atau, Abdullah dan kabinet marahkan kakitangan awam kerana kekalahan BN dilima negeri.

Difahamkan, kenaikkan gaji 25%-40% pada tahun lepas adalah bagi memenuhi permintaan dan perjanjian setelah tujuh belas tahun kakitangan awam tidak mendapat apa-apa.

Lihatlah DEB. Siapa yang menjadi jutawan segera. Beratus juta di sana, beratus juta di sini. Berbillion di utara, berbillion di selatan. Ketua UMNO cawangan dan bahagian, ketua-ketua parti dalam BN, kroni-kroni PM, kaum kerabat dan sebagainya yang mendapat habuan.

Berbanding dengan ahli politik di Malaysia, sudah tentu kakitangan awam beranggapan "memagar kelapa condong, buahnya jatuh juga ke ladang orang".

Thursday, April 10, 2008

Persidangan Parlimen : Jadikah

Sudah genap setahun dicadangkan agar persidangan di Parlimen disiarkan secara langsung. Kini ada ura-ura dari kerajaan untuk menyiarkannya selama 30 minit setiap hari.

Sama-samalah kita tunggu supaya ianya menjadi kenyataan.

Wednesday, April 9, 2008

Iraq yang dungu dan Abdullah OIC yang bermasalah

Salah satu matlamat utama OIC ialah menentang sistem kolonial dalam semua bentuk kegiatan dan menyokong umat Islam dalam mempertahankan maruah, kebebasan dan hak bernegara.

Malangnya OIC kerana menerima Abdullah Ahmad menjadi Pengerusinya pada tahun 2003. OIC yang mempunyai 57 buah negara wujud pada 1969 iaitu hampir 39 tahun yang lalu.

Tempoh memegang jawatan tersebut sebenarnya telah habis.

Penduduk Iraq saban hari mati lebih senang daripada matinya katak. Belum lagi penduduk di Darfur, Kashmir, Lubnan, Palestin dan pejuang-pejuang MORO, PULO dan tekanan kepada negara-negara Islam seperti yang dikenakan terhadap Iran.

Abdullah, dalam tempoh memegang jawatan Pengerusi OIC menghadapi seribu satu masalah dalaman terutamanya kemelut dari parti yang dikepalainya, UMNO dan BN. Disamping itu Abdullah juga memiliki tabiat semulajadi yang kuat 'tidur'.

Bangsa Arab yang sangat dungu di Iraq pernah melambai-lambai memanggil tentera Amerika ke bumi mereka, kini menangis tidak berlagu. Saya sangat-sangat bersetuju dengan tulisan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad satu ketika dahulu berkaitan kedunguan bangsa Arab ini.

Kata Shahnon, "seandainya ditakdirkan Kaabah diangkat dari bumi Arab, nescaya tidak ada lagi manusia yang akan memijak kaki ke sana".

"Mereka ini kaya kerana hasil bumi. Lihat segala kedai dan gedung di sekitar Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Kebanyakkannya adalah kepunyaan mereka. Setiap hujung bulan mereka akan sampai tepat pada masanya untuk mengutip sewa. Bangsa ini akalnya dilutut. Tidak dapat berfikir jauh" kata Saiyad seorang peniaga dari Afghanistan kepada saya menceritakan sikap orang Arab.

Apapun, setiap orang ada kelemahannya. Begitu juga dengan OIC yang mendapat Abdullah sebagai seorang pemimpin yang cukup banyak bermasalah.

Bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan persengketaan di kalangan negara-negara Islam, Abdullah juga pernah kelihatan di Perth Australia merasmikan Restoran Nasi Kandar Puteri kepunyaan adiknya Ibrahim Ahmad ketika negara dilanda malapetaka banjir pada tahun 2006 di mana tujuh belas rakyatnya terkorban.

Abdullah dikatakan gagal menyenarai dan menjalankan tugas mengikut keutamaannya.

Kedunguan Arab Iraq yang melambai-lambai tentera Amerika menjadi lebih malang apabila mendapat Pengerusi OIC yang dikira sempat mencatatkan sejarah perkahwinannya dengan Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Satu-satunya kenangan manis Abdullah ketika menjadi ketua OIC.

Abdullah ibarat 'kemenyan sebesar lutut yang tidak pernah dibenarkan untuk dibakar bagi mendapatkan baunya' oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi oleh budak-budak di tingkat empat, KJ dan ketua media Hadhari.

Perlukah kemenyan itu dibakar semula atau dibuangkan sahaja ?

Monday, April 7, 2008

Karpal, DAP dan contoh Islam Hadhari

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menawarkan penginapan percuma di Kelantan kepada Karpal Singh dari DAP untuk meninjau dan mendapatkan sendiri pandangan dan rintihan jika ada dari penduduk bukan Islam di Kelantan.

Karpal amat bimbang jika kemelut politik di Malaysia sekarang boleh membuatkan PAS menerajui parti rakyat.

Di India, penduduknya 1.12 billion. 174 juta daripada mereka adalah penduduk Islam yang dikira sebagai penduduk minoriti. Manakala penduduk Sikhnya berjumlah hampir 20 juta.

Dengan berpuloh parti politiknya di sana, kemanan dan keharmonian penduduk pelbagai kaumnya sering tergugat. Sehinggakan Masjid Babri di Ayodhya India turut dimusnahkan pada tahun 1992 di atas nama agama tertentu.

Karpal sepatutnya pergi ke Tumpat Kelantan melihat bagaimana patung Buddha yang terbesar tersergam dengan gahnya di situ. Karpal sepatutnya pergi bertanyakan kaum Tamil, Tionghua dan Siam di Kelantan, berapa ramai yang telah dibunuh atau terbunuh sejak kerajaan Islam PAS memerintah.

Karpal dan Lim Kit Siang masih berfikiran politik secara kuno agaknya. Berlainan dengan anak mereka Jagdeep dan Lim Guan Eng yang dikira agak moden dan tahu kebudayaan masyarakat Malaysia.

Hendak salahkan Karpal dan Kit Siang seratus peratus juga tidak patut. Itu yang agaknya mereka pelajari dari Islam Hadhari.

Karpal dan Kit Siang sepatutnya belajar dari Tuan Guru Nik Aziz tentang Islam. Bukannya dari kepimpinan UMNO yang mempelopori Islam Hadhari.

Bukankah pemimpin Islam Hadhari sedang melondehkan diri mereka masing-masing sekarang ini ?

Contoh apa yang boleh diambil dari mereka ?

Abdullah keseorangan di empat negeri satu wilayah

Anak saya dan sahabat sekelasnya yang masih menuntut di tingkatan lima nampaknya sangat berminat dengan politik sejak akhir-akhir ini. Beberapa malam sebelum pilihanraya ketika hujan lebat, mereka sanggup menunggang motosikal untuk mendengar ceramah Hj Mahfuz Omar.

Tadi mereka mengingatkan saya tentang empat negeri satu wilayah - Koridor Utara.

Kata mereka, MB Perlis, MB Kedah, KM Pulau Pinang dan MB Perak yang kelihatan bersama-sama PM Abdullah Ahmad ketika melancarkan Koridor Utara bernilai 51 billion satu masa dahulu kini sudah tidak kelihatan.

Tanya mereka lagi, adakah Koridor Utara perlu dilancarkan sekali lagi atau perlu menggantikan gambar tiga MB dan satu KM tersebut, atau kita perlu tunggu dan menggantikan pula wajah Abdullah digambar berkenaan ?

(gambar:ihsan dari UM)

Sunday, April 6, 2008

Apa lagi Mahdzir bekas MB Kedah?


Isu dua imam, tanah perkuburan yang berlainan, khutbah dua edisi dan sebagainya sudah tentu masih dalam ingatan kita.

Beberapa tahun yang lalu, isu-isu ini dicipta oleh UMNO dan media pengampu kerajaan persekutuan bukan sahaja di Kelantan, tetapi juga di Terengganu dan di Kedah.

Selepas pilihanraya umum kedua belas, Kedah dimandatkan oleh rakyatnya untuk diperintah oleh Barisan Rakyat yang diketuai PAS. Barisan Rakyat mendapat 22 kerusi manakala BN mendapat 14 kerusi DUN.

Bekas Menteri Besarnya, Mahdzir Khalid seperti kera digigit tebuan. Tidak dapat menerima kekalahan tersebut. Rata-rata penduduk di Alor Star memberitahu, "inilah balasan kepada mereka yang sombong dan bongkak. Bercakap dengan rakyat tanpa memandang muka mereka".

Mahdzir telah mengumumkan bahawa kesemua Ahli Pihak Berkuasa Tempatan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik semasa zaman pemerintahan BN hendaklah meletakkan jawatan bermula 1 April 2008.

Pada Februari 2008 yang lalu, Mahdzir juga ada mengumumkan untuk membayar tungggakan elaun kepada Pengerusi dan JKKK ini. Difahamkan elaun Pengerusi JKKK adalah RM500.00 sebulan manakala elaun Setiausahanya ialah RM200.00 sebulan.

Bagi saya, bukan sahaja ahli PBT dan JKKK sahaja yang perlu meletakkan jawatan.

Apa sahaja kedudukan yang berkaitan dengan bidang kuasa pentadbiran negeri hendaklah mengambil tindakan yang sama. Ini termasuklah Imam-imam yang hanya boleh membaca khutbah (bukan berkhutbah), Pengerusi dan jawatankuasa Yayasan Kemiskinan Negeri Kedah, Pegawai Peribadi Exco-Exco, perlantikan politik bagi anak-anak syarikat di Negeri Kedah dan sebagainya.

Bagi pegawai-pegawai lantikan politik dari kerajaan BN, mereka tidaklah dipecat atau dibuang kerja. Mereka boleh balik dan berkhidmat semula ke agensi lama sebelum dipinjamkan di atas dasar politik.

Di Amerika, apabila Presiden barunya mengangkat sumpah, maka ia akan membawa bersama ketua-ketua pentadbirnya dari kalangan orang mereka. Di Malaysia, Ketua Pentadbirannya tidak terganggu.

Apapun, jika dibiarkan idealisma bertentangan untuk menentukan arah sebuah kapal, nescaya keharmonian dan kemakmuran tidak dapat dikecapi. Biarlah yang lainnya menjadi penumpang sahaja. Bukan semua boleh menjadi nakhoda.

Apa guna mahu dikekalkan jika tidak dapat bekerja secara bersama. Apa guna mahu menerima gaji rakyat jika tugasan tidak dilakukan. Kita perlulah faham tugas dan peranan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Saya teringat isu dua imam dan tanah perkuburan yang berlainan apabila bekas MB Kedah Mahdzir Khalid yang mengarahkan JKKK meletakkan jawatan, tetapi di dalam masa yang sama masih mahu mengekalkan fungsi mereka di tempat lama dengan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Apakah ini semua ?

Siapa bakal pemecah belah masyarakat di Kedah jika isu seperti ini dibiarkan? Bukan UMNOkah?

Orang yang sepatutnya membuat keputusan di peringkat negeri adalah Ustaz Azizan Abdul Razak.

Mahdzir sepatutnya sudah sedar bahawa dia bukan lagi Menteri Besar Kedah. Bukan lagi keputusan Mahdzir, UMNO atau BN yang perlu dipakai kerana mereka sudah ditolak rakyat.

Saturday, April 5, 2008

KJ bijak betinakan pemudanya

Bijaknya KJ dalam soal pencalonannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Menyerahkan soal itu kepada akar umbi.

Hebatnya KJ yang masih menaruh harapan yang tinggi untuk jawatan tersebut.

Mungkin kali ini KJ tidak mahu menggunakan pengaruh Ketua Hadhari media NST. Sudah tahu bahawa kebanyakkan penulisannya senget dan sukar dipercayai oleh pembaca.

Walau apapun, KJ juga patut tahu bahawa dirinya dan juga diri ayahanda mertuanya sudah tidak dikehendaki lagi oleh UMNO. Sentimen dan penentangan besar-besaran yang digerakkan oleh Tun Mahathir dan juga Tengku Razaleigh sudah sepatutnya difahami.

Entahlah, samada lain-lain ahli dalam Pemuda UMNO yang sebelum ini telah dibetinakan oleh KJ masih mahu dan sanggup diperbodohkan sekali lagi oleh KJ.

Pastinya UMNO sedang menuju jalan malap dan sudah tentu akan sampai ke pusaranya dengan lebih cepat jika KJ dan tali barutnya dikekalkan.

Wednesday, April 2, 2008

MB Kedah: Bersikap terbuka dan reconcillation

Alor Star, 1 April - Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak melahirkan rasa beryukur keahdrat Allah swt kerana Kerajaan Negeri Kedah berjaya diwujudkan dengan sokongan dan dokongan semua lapisan masyarakat selepas pilihanraya umum kedua belas baru-baru ini.

Beliau gembira kerana kakitangan kerajaan memberikan sokongan dan sangat prihatin dengan kerajaan baru negeri Kedah. Begitu juga semua lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan telah menunjukkan satu perubahan sikap dalam menerima pentadbiran baru politik negeri Kedah selepas pilihanraya.

YAB Menteri Besar turut bersyukur kerana hubungan beliau dan kerajaan negeri dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah adalah sangat baik dan mesra. Beliau memaklumkan bahawa pihak istana sangat-sangat terbuka dalam menerima kerajaan baru PAS.

Bagi beliau, era kebangkitan rakyat telah membuktikan bahawa mana-mana kerajaan boleh datang dan pergi.

Apa yang paling utama tegas beliau ialah, “kita tingkatkan ibadah kepada Allah swt melalui pentadbiran kerajaan yang ada. Kita perlu amanah, simpati dan jangan melakukan maksiat setelah adanya kuasa”.

YAB Menteri Besar juga mengingatkan supaya , “jadikan tanggungjawab ini sebagai tempahan tiket ke syurga. Lagi banyak kita bertaqwa dengan lebih banyak peluang pemerintahan yang diberi maka lebih lama lagilah Allah swt meberikan peluang berkhidmat kepada rakyat”

Ustaz Azizan juga menegaskan, “kita sangat berterimakasih kepada kawan-kawan dalam pentadbiran awam yang memahami dan membantu kita. Saya mengambil sikap terbuka dan reconcillation (perdamaian). Tidak ada tindakan balas dendam kepada mana-mana pihak. Yang lepas itu kita jadikan sebagai pengajaran. Sekarang adalah masa bagi kita membina ummah dan masyarakat yang lebih cemerlang”

Beliau berucap dalam satu majlis kesyukuran malam tadi yang diadakan bersebelahan Masjid Derga iaitu di perkarangan kediaman Ustaz Abd Hamid Abdul Rahman yang berasal dari keluarga Al Jarumi dan merupakan bapa saudara kepada Almarhum Ustaz Fadhil Md Noor bekas Presiden PAS Malaysia.

YAB MB berkata majlis ini juga merupakan satu tanda ingatan kasih kepada Almarhum Ustaz Fadhil Noor dan keluarga yang juga merupakan sahabat seangkatan beliau dalam perjuangan PAS di negeri Kedah ini.


Tuesday, April 1, 2008

Siapa penjenayah di Memali, Baling Kedah ?


Siapa penjenayah di Memali ?

Peristiwa Memali yang berlaku di Baling Kedah pada tahun 1985 sangat-sangat menyanyat hati. Terkorbannya syuhada kerana percaturan kejam politik manusia.

Siapakah angkaranya.

Mahathir, Musa Hitam atau kedua-duanya ? Jika bukan mereka, siapa ?