Friday, April 11, 2008

CUEPACS seperti bola

Tuntutan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam ibarat 'manikam sudah menjadi sekam'.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dijadikan seperti bola oleh Perdana Menteri Malaysia. PM sangat bijak dalam hal ini apabila melantik Ketua Setiausaha Negera yang pemalu untuk menajdi orang tengah diantara kerajaan dan CUEPACS.

Pada 23 Oktober 2007 ketika berada di Ipoh, PM menegaskan bahawa beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberikan bonus. Beberapa bulan selepas itu, beliau sekali lagi memberitahu bahawa telah mengarahkan KSN untuk berbincang dengan CUEPACS tentang pemberian honorarium RM2000.00 seperti yang dituntut pihak pekerja.

“Kerajaan seakan bermain tarik tali dengan CUEPACS mengenai perkara ini, sekejap kata ada, dalam pada itu berdiam diri dan membiarkan kami tertunggu-tunggu" kata Omar lagi.

Pada minggu lepas Omar yang 'berang' dengan silapmata PM itu agaknya, mengeluarkan kenyataan bahawa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memboikot dua sambutan Hari Pekerja Mei depan sekiranya pertemuan mereka dengan kerajaan pada 14 April ini tidak mencapai matlamat.

Menurut Omar lagi, lima tuntutan CUEPACS kepada kerajaan adalah:

1. bayaran honorarium tahun 2007 sebanyak RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan

2.kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar

3.perlanjutan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun

4.pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan

5.elaun kritikal dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).

CUEPACS sedar tuntutan itu tidak akan melibatkan belanja yang besar. Takkanlah dalam hal ini kerajaan persekutuan menganggapnya masuk lima keluar sepuluh. Atau, Abdullah dan kabinet marahkan kakitangan awam kerana kekalahan BN dilima negeri.

Difahamkan, kenaikkan gaji 25%-40% pada tahun lepas adalah bagi memenuhi permintaan dan perjanjian setelah tujuh belas tahun kakitangan awam tidak mendapat apa-apa.

Lihatlah DEB. Siapa yang menjadi jutawan segera. Beratus juta di sana, beratus juta di sini. Berbillion di utara, berbillion di selatan. Ketua UMNO cawangan dan bahagian, ketua-ketua parti dalam BN, kroni-kroni PM, kaum kerabat dan sebagainya yang mendapat habuan.

Berbanding dengan ahli politik di Malaysia, sudah tentu kakitangan awam beranggapan "memagar kelapa condong, buahnya jatuh juga ke ladang orang".

No comments: