Saturday, April 12, 2008

Mahdzir Khalid , babi dan Polis di Alor Star

Sudah tiga puluh tahun peniaga-peniaga di pasar Kampung Berjaya Mergong membuat aduan mengenai tempat sembelihan babi yang terletak di bersebelahan pasar itu dan bersebelahan pula dengan pejabat Majlis Bandaraya Alor Star(MBAS).

Masa begitu panjang berlalu. Beberapa Menteri Besar telah pergi meninggalkan kuasa mereka. Diantaranya Syed Nahar, Osman Aroff, Sanusi Junid, Syed Razak dan akhirnya Mahdzir Khalid. Kesemua mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelesaikan isu tersebut.

Diadukan juga oleh penduduk kampung berdekatan bahawa baunya yang busuk, darah sembelihan khinzir yang mengalir ke sungai berdekatan, aduan yang tidak diendahkan dan bermacam lagi.

Dari menjadi kakitangan MBAS sehinggalah menjadi exco kerajaan baru PAS, maka kini ia sudah menjadi tanggungjawab Taulan Rasul untuk menguruskan hal babi-babi yang ditinggalkan oleh Mahdzir Khalid.

Perkara sebegini pun tidak dapat diuruskan Mahadzir Khalid, UMNO dan BN masih berangan-angan meletakkannya untuk menguruskan negeri Kedah.

Kelmarin mesyuarat UMNO di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani juga merumuskan Mahdzir Khalid diantara salah satu faktor kekalahan BN di Kedah.

Apa tidaknya. Saya teringat satu peristiwa bertemu dengan Mahdzir Khalid ini. Penduduk di Jalan Fajar Alor Star sering mengadu air hujan melimpah masuk ke dalam rumah mereka, jalan-jalan ditenggalami air, lorong ke rumah mereka sempit, jalan tar berlopak di sana-sini dan sebagainya.

Saya mengambil insiatif mencari MB ini tahun lepas. Dua kali saya ke rumahnya di Taman Bayu Baru. Kata Polis yang mengawal pintu pagar, "MB tidak ada". Tidak sampai sepuluh minit kemudian, tiba-tiba Mahdzir kelihatan sedang berdiri di halaman rumahnya itu. Tidak ada kenderaan yang masuk dan keluar dari rumahnya. Dari mana dia datang.

Saya memberikan salam dan memperkenalkan diri. Saya menyerahkan surat aduan tentang masalah penduduk di Jalan Fajar tersebut. Begitu sombongnya manusia bernama Mahdzir ini. Tiada reaksi yang saya terima, malah hendak pandang wajah saya pun ia seperti keberatan beribu kilo.

Sehingga sekarang aduan itu tergantung begitu sahaja. Surat yang saya serahkan kepada Mahdzir mungkin sudah dibakul sampahkan.

Tadi, ada orang memberitahu bahawa masih ada pihak Polis yang menjaga pintu masuk ke rumahnya. Orang ramai ingin kepastian apakah Mahadzir Khalid masih layak menggunakan perkhidmatan Polis sepertimana ia menggunakan semasa masih menjadi Menteri Besar.

Mungkin Ketua Polis Kedah mempunyai jawapannya.

No comments: