Friday, March 23, 2007

Perhimpunan Awam Yang Selamat

Teringat saya ketika sedang belajar di ITM (ketika itu) . Sabjek undang-undangnya menyeronokkan. Tambahan pula ketika itu berlaku krisis perlembagaan melibatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir B Mohamed dan Majlis Raja-Raja.

Masa berlalu, nama Hakim KC Vohrah memang hebat di kalangan pelajar-pelajar sehingga ada pelajar Islam menggelarkan beliau sebagai "ustaz" . Saya tidak bercadang mengulas gelaran yang diberikan pelajar kepada beliau. Namun nama tersebut memang hebat.

Di kalangan pengamal undang-undang ia satu nama yang sentiasa mencerminkan keadilan.

Terbaru, inkuiri awam peristiwa "demo berdarah" di KLCC pada 28 Mei 2006 yang lalu membuahkan bahawa 'ada kekasaran berlebihan yang telah dilakukan oleh pihak polis'.

Apa yang menarik minat saya ialah, cetusan idea pengerusi inkuiri awamnya - Hakim KC Vohrah. Sekali lagi beliau menggariskan apa yang sepatutnya perlu ada dalam perhimpunan awam seperti itu. Beliau telah mencadangkan supaya permit polis tidak diperlukan dalam perhimpunan awam . Malah Hakim berkenaan mencadangkan juga supaya dihapuskan seksyen 27A Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa orang awam diperlukan mendapat permit berkenaan.

Umum berpendapat selagi sesuatu perhimpunan tidak mendatangkan kemudaratan samada kepada pelaku, orang ramai, harta awam dan negara, tiada sebab niat dan perasaan mereka ditekan. Dari segi psikologi tekanan seperti itu lebih merbahaya dari ledakkan gunung berapi jika sekiranya ianya meletup.

Wajar kiranya cadangan ini dipertimbang dan diluluskan oleh pihak kerajaan Malaysia selaras dengan perkara 10 Perlembagaan negara.

1 comment:

Anonymous said...

Bimbang rakyat Malaysia kurang matang tentang politik. Nanti masing-masing tidak dapat mengawal nafsu. Negara huru-hara. Susah rakyat terutama sekali orang miskin. Lebih baik dikawal dengan permit. Itu lebih baik.