Keganasan Suami Merogol Isteri ?
Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2002 dianggarkan 23.27 juta orang. Menurut perangkaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia (LPPKN), 11.85 juta daripada mereka adalah lelaki manakala 11.42 juta adalah wanita. Perangkaan 2005 memaparkan jumlah penduduknya bertambah kepada 26.127 juta orang. Pertambahan sejumlah 2.857 juta orang.
Dinyatakan juga peningkatan sejumlah 1.45 juta orang bagi lelaki dan 1.41 juta orang bagi wanita untuk tempoh tiga tahun.
Menurut kajian, hampir 4 juta wanita di seluruh dunia dikasari setiap tahun . Golongan yang melakukan penderaan ini adalah termasuk suami, bekas suami, teman lelaki, kawan yang mengenali, mertua, ipar dan sebagainya.
8 Mac merupakan Hari Wanita Antarabangsa. Hari Merdeka Bagi Wanita. Hari untuk mengekang keganasan terhadap wanita.
Apa kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Shahrizat Bt Abdul Jalil. Ramai yang mencadangkan agar peruntukkan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dipinda. Beberapa cadangan tersebut perlu diberikan sokongan.
2000, 478 kes JKM (3468 PDRM)
2001-587(JKM)3102(PDRM)
2002-598(JKM)2755(PDRM)
2003-636(JKM) 2555(PDRM)
2004-560(JKM)3101(PDRM) dan
2005- tiada data(JKM) 2088(PDRM).
Namun, Ahli Jawatankuasa Cedaw dalam memberikan cadangan telah menyeru juga agar pihak kerajaan mengiktiraf kesalahan jenayah rogol membabitkan suami isteri. "Isteri" dirogol? Apa pandangan ?
1 comment:
Dalam definisi atau penjelasan tentang rogol tak pernah tercatat atau disebut tentang perhubungan antara perogol dan mangsanya. Sesiapa sahaja sama ada lelaki atau perempuan yang menggunakan kekerasan bagi memuaskan nafsu seks tanpa kerelaan mangsanya, maka tak kira apa perhubungan mereka, maka rogol telah berlaku.
Post a Comment