Jangan terkejut jika peristiwa Mumbai boleh berlaku di parlimen Malaysia. Kawalan keselamatan yang lintang pukang, polis dan pengawal keselamatan ada serupa tidak ada. Sesiapa sahaja boleh bolos.
Apa yang menghairankan, macamana bintang-binatang bertopengkan manusia boleh berada di parlimen. Apa kerja mereka di sana.
Keluhuran undang-undang konon.
Kita nak tengok ada undang-undangkah yang boleh mendakwa manusia tidak bertamadun di parlimen yang menyerang pembangkang dua hari sudah.
Apa kata jika Najib diserang begitu ?
Hashamuddin dan Abdullah perlu memohon maaf. Jika tidak mereka boleh digolongkan manusia tidak bertamdun yang gagal mengawal anak-anak buah mereka.
Dulu, parlimen adalah institusi tertinggi negara. Sekarang parlimen menjadi tempat 'berak' pemuda UMNO yang tidak ada kerja. Di ruang legar parlimen pun ada semacam binatang-binatang.
Mentaliti pemuda UMNO dan Mat Rempit sama sahaja. Tak tahu nak beza parlimen dengan tandas.
Orang Kedah kata, "depa ingat parlimen tu tandas bertingkat keluarga pak depa"
Abdullah Ahmad dengan tiba-tiba sahaja meminta Dato' Dr Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak lantikan 'sendiri-sendiri' untuk membuat laporan polis terhadap Speaker DUN.
Saranan Abdullah sangat memalukan rakyat Perak. Itu sebabnya Zambry yang terasa malu dan diperbodohkan Abdullah dikatakan terpaksa meminta bantuan kepakaran perlembagaan dari peguam-peguam di England.
Mohamed Hanipa Maidin seorang peguam menulis, " berdasarkan Enakmen Dewan Undangan Negeri ( Hak Istimewa ) 1959 [ Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959 ] dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan jelas kedua-dua undang-undang tersebut memberikan kekebalan secara mutlak kepada speaker dari sebarang prosiding jenayah dan sivil "
Speaker Perak S Sivakumar telah menulis kepada Sultan Perak untuk mengadakan sidang khas DUN Perak. Apa akan terjadi jika Sultan tidak mempersetujuinya ?
Profesor Dr Abdul Aziz Bari seorang pensyarah dari universiti tempatan berpandangan bahawa, "Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes di Perak untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu"
Apapun, tindakan Sultan Selangor dalam kes Elizabeth Wong dan 46 ekor lembu korban setakat ini dipuji kerana telah menyerahkan masalah pentadbiran politik diselesaikan dengan kebijaksanaan Menteri Besarnya.
Perlu diingatkan, pujian saya kepada Sultan Selangor bukan kerana telah mengarahkan SPRM membatalkan kes atau tidak menyiasat MB Selangor.
Berlainan pula dengan di Perak. Semuanya bergantung dan seolah-olah melukut ditepi gantang. Tiba-tiba datang pula suara keramat yang mahukan bulan jatuh keriba.
Aduh UMNO Perak ! Kita tunggu matahari mensaljikan Perak.
Adakah tindakan Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia sekarang untuk meninggalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Mac akan datang dikira sebagai hak peribadinya dan masalah dalaman UMNO ?
Bagi rakyat biasa, mereka beranggapan tidak akan mendapat apa-apa hasil dengan naik dan turunnya pemimpin kerajaan dalam Barisan Nasional. Malah ada yang mengatakan, impak bergantinya pemimpin kerajaan ibarat rakyat keluar dari mulut buaya lalu masuk ke mulut naga.
Boleh dikatakan kebanyakkan pemimpin UMNO dan BN terpalit dengan tahi. Samada tahi rasuah, perempuan, kronisma, pecah amanah dan sebagainya.
Rakyat Malaysia mengharapkan apa yang telah dinaikkan hasil lonjakan harga petrol dapat diturunkan segera dengan penurunan harga komoditi itu di pasaran antarabangsa. Sewaktu kenaikkan harganya berada pada paras USD140.00 dan kini sudah menjunam pada USD34.00.
Harga barang-barang makanan, tambang pengangkutan awam, kos perkhidmatan dan sebagainya masih kekal dan seolah-olah ianya satu 'bencana' bagi masyarakat pengguna.
Orang politik yang berpendapatan berpuloh ribu sebulan tidak dapat merasakan keperitan hidup rakyat pertengahan dan miskin. Apa yang Najib Tun Razak dan Abdullah tahu tentang harga bawang, susu, beras, minyak masak dan sebagainya ?
Kehidupan sebagai Melayu bangsawan yang tinggal di mahligai-mahligai sejak kecil lagi, menyukarkan mereka memahami tekanan hidup di Keroh, Baling, Penaga, Gua Musang dan daerah-daerah pedalaman.
Di parlimen kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah memberitahu, rebat minyak tidak akan diteruskan memandangkan harga bahan itu di pasaran antarabangsa telah turun.
Cekap mereka. Mereka tahu harga minyak sudah turun. Biar rakyat rugi berkali-kali, asalkan kerajaan dan kroni untung sentiasa.
Masyarakat pengguna menuntut agar rebat diberikan kepada mereka dalam pembelian barang-barang keperluan sejajar dengan kegagalan kerajaan menurunkan harga barang-barang tersebut.
Mengharapkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melakukan perubahan adalah ibarat "beralih kain di balik rumah, beralih cakap di balik lidah" - kerajaan yang tidak menepati janji. Jadinya, masalah peribadi atau dalaman pemimpin dan parti tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti memberikan tempias dan merugikan masyarakat pengguna. (Gambar:Flickr)
Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan sedang mempertimbangkan untuk melompat ke parti UMNO.
Kata beliau, "janganlah kerana kelantangan bersuara saya tidak diterima".
Beliau berkata kelantangannya menyuarakan pandangan telah menimbulkan masalah kepada pelbagai pihak dan yang terbaru ialah PAS Kelantan yang memintanya meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.
Tun Dr Mahathir sekali lagi menulis di dalam blognya sebentar tadi.
Katanya, "banyak peristiwa pelik berlaku di Perak. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry supaya beliau membuat laporan polis".
"Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab?" tulis Tun lagi.
Kata Tun, "Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan"
Siapa lebih berkuasa di dalam DUN atau Parlimen ?
Mahathir bayangkan Speaker lebih berkuasa dan bukannya polis.
Jasanya kepada negara terutama sekali dalam penggubalan undang-undang di parlimen, dalam menjalankan tugas di kawasan yang dimenanginya sebagai ahli parlimen, bertugas sebagai ketua pembangkang di parlimen, bantuan yang diberikan kepada masyarakat tanpa mengira keturunan, perkhidmatannya di bawah beberapa Perdana Menteri dan peranannya sebagai politikus di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang sangat besar dan banyak yang dikorbankannya.
Sepatutnya beliau telah dianugerahkan pingat oleh pembesar negara. Di Malaysia, demokrasinya tidak menggariskan syarat-syarat seperti itu. Malang sungguh bagi Kit Siang.
Sebenarnya saya tidak bercadang menulis tentang beliau di sini. Saya seronok membaca blog beliau. Terbaru, beliau menyeru agar Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan meletakkan jawatan.
Malu kita rakyat Malaysia lebih-lebih lagi yang beragama Islam dengan gelagat Ahmad Said. Tidak ada contoh kepimpinan atau perkhidmatan terbaik yang boleh diambil daripadanya.
Nama agensi sahaja bertukar. Adat dan budaya kerjanya masih sama. Memandang 'mangsa' nya dengan mata-mata yang berlainan. Patutlah Kit Siang gelarkan MACC sebagai “Malaysian Agency for Car and Cows”. Pakatan Rakyat wajib mencari formula bagaimana mengendalikan penjawat awam sepertinya. Masanya sudah tiba, sistem ombudsman diperkenalkan di Malaysia.
CUEPACS sudah tentu akan bersetuju. Apa kata Haji Omar ?
Sebenarnya persoalan ini telah dijawab secara ilmiah oleh Dr Raja Nazrin Shah pemangku Sultan Perak sekarang.
Dalam satu syarahan di INTAN pada tahun lepas, Raja Nazrin menengaskan "Raja-Raja tidak pekak dan bisu".
Teori ilmiah yang disampaikan Raja Nazrin ketika itu mendapat kepercayaan dan kepujian bukan sahaja daripada rakyat negeri Perak malah rakyat seluruh Malaysia.
Kajian rambang yang dijalankan oleh blog alkerohi mendapati 84% pengundi mahu supaya pilihanraya diadakan semula di Perak.
Masyarakat berpandangan jika krisis ini tidak ditangani secara baik, berpanjangan untuk beberapa waktu lagi, dijadikan polemik, mahkamah perlembagaan lambat membuat keputusan, camputangan pihak-pihak yang tidak diingini dan beberapa faktor lain mengambil tempat - maka impaknya akan merosakkan ekonomi, perpaduan dan perjalanan aktiviti negeri Perak.
Dalam hal ini, istana tidak sepatutnya kelihatan berpihak kepada mana-mana parti politik.
Agensi dan pakar perundangan yang mahir tentang perlembagaan harus dijadikan tempat rujukan.
Jika terlambat, payung yang sepatutnya memanyungi rakyat Perak, sudah pasti akan berterbangan dari hati kecil yang terrobek dek kemelut yang tak berkesudahan mencari tempat berteduh bukan sahaja diwaktu hujan tetapi juga semasa panas terik.
Rakyat mahukan agar teori ilmiah tadi diterjemahkan secara amali.
Berapa lama lagi harus rakyat Perak menunggu ? (Foto:Flickr)
Jika Ibrahim Ali ada maruah, baru pilihanraya kecil di P22 Pasir Mas akan diadakan ?
Dato' Ibrahim B Ali dahulunya dikenali sebagai wakil rakyat tunggal melompat parti, kini diminta meletakkan jawatan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.
Apa perlu dihairankan jika peniaga-peniaga di Malaysia enggan menurunkan harga barang-barang keperluan pengguna walaupun alasan ketika kenaikkannya ialah harga minyak di pasaran dunia melonjak ?
Hatta syarikat besar projek penswastaan negara seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) pun dilihat cukup liat menurunkan kadar tarif elektriknya.
Sewaktu pesta kenaikkan harga barang-barang bermula, harga minyak dipasaran berada pada paras USD140.00 dan kini sudah turun pada kadar USD34.00. Ketika itu, TNB memberikan alasan yang sama seperti peniaga-peniaga di jalanan.
Dato’ Hj Mahfuz Omar Ketua Penerangan PAS Pusat menulis di dalam blognya bahawa, “penurunan kadar tarif elektrik baru-baru ini dianggap memperbodohkan rakyat berbanding dengan kenaikan mendadak sebanyak 26 peratus pada Julai tahun lalu”
Kata Mahfuz lagi, “ rakyat terus dipaksa membayar tarif elektrik yang tinggi kerana TNB terpaksa membayar sehingga RM12 bilion sebulan kepada IPP tidak kira sama ada tenaga yang dijanakan itu digunakan atau tidak,"
“Pengguna termasuk rakyat miskin yang terpaksa membayar tarif elektrik yang sengaja tidak dikurangkan pada kadar yang sewajarnya semata-mata untuk menanggung biawak hidup".
Penswastaan kepada syarikat elektrik, air, pos, jalanraya dan sebagainya oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamed merupakan kegagalan kerajaan menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat.
Ia juga merupakan proses mengkayakan kaum kerabat dengan menganugerahkan projek-projek tersebut kepada ‘yang dekat di hati”.
Saya berasa hairan banyak kemudahan yang diberikan kerajaan kepada syarikat-syarikat ini tetapi ianya dikatakan masih tidak menguntungkan.
Tiada kerenah birokrasi, pemberian pinjaman tanpa faedah, diberikan pampasan sana-sini di atas apa yang disifatkan sebagai pencabulan terhadap perjanjian, penganugerahan tanah dengan premium yang rendah, tiada syarikat pesaing dan bermacam-macam lagi.
Sepatutnya pensawstaan meringankan bebanan pengguna. Di Malaysia ia berlaku di sebaliknya. Segala kos dan malapetaka politik ditanggung oleh masyarakat.
Pencabulan TNB dan syarikat-syarikat sepertinya terhadap hak pengguna jelas merealisasikan penswastaan di Malaysia hanya menuntungkan segelintir orang.
Rakyat apa dapat ?
Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya. Untung ada tuah tiada.
Taukeh-taukeh syarikat - di atas kertas dia untung, di bawah kertas pun dia boleh kelentong.