Saturday, March 13, 2010

Mana ada pejuang Melayu dari UMNO

Dari Penarek Beca : Klik gambar lihat anak panah
Saya bukan benci orang Cina.

Saya nak tergelak apabila ada orang UMNO berkata dia adalah pejuang Melayu. Dengan menobatkan dirinya sendiri sebagai pejuang, maka dia bersekongkol dengan orang Cina dalam semua aktiviti demi memperbodohkan bangsanya yang saban kali pilihanraya memberikan undi kepada mereka (pejuang bangsa konon).

Kemudian dia menuding jari ke arah Pakatan Rakyat yang berbaik dengan Lim Guan Eng.

Baca juga Dari Celah kangkang Cina pejuang palsu menjerit.

Manakala pejuang Melayu Penang kelihatan menjerit dari dalam kain isteri masing-masing.

Wah ! Hebat.

Mereka adalah pejuang-pejuang palsu. Hidup mati mereka adalah dengan taukeh-taukeh. Mereka hidup untuk "makan apa saja". Hatta darah bangsa mereka sendiri dihirupnya.

Jika mereka makan untuk hidup, nescaya sudah terbela bukan sahaja kaum Melayu di Malaysia tetapi juga Cina, India, Siam, Kadazan, Murut, Dayak dan sebagainya.

Adakah 52 tahun itu singkat masanya. Ya bagi mereka yang belum puas mengaut khazanah negara.

Ada yang berkata, jika UMNO boleh menjadi pejuang bangsanya bermakna kiamat sudah hampir tiba.

Buat masa ini mana ada pejuang Melayu dari UMNO untuk membela rakyat Malaysia. Itu cuma indah khabar dari rupa sahaja.

3 comments:

Anonymous said...

Melayu haprak yang akan binasakan bangsa melayu yang penuh dengan adat sopan dan ketimuran . Kesian betul anak cucu kita nanti !

shuk said...

sapa x kenai rashid umno?
sapa yg blasah projek bandar perda?
mana p sume keuntungan projek perda tu? habis kepada sanak saudara sapa?
cuba cari info ini bg yg xtau n xpernah tau..yg tak mau tau tu hampa punya pasai..!!

untungnya 'AKU' jadi anak Melayu..indahnya kalu DEB tu dilaksanakan lagi..

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano 1,
negara yang merdeka sama waktu dengan malaysia kini sudah maju. orang melayu sebagai tulang belakang politik dan pentadbiran negara sudah ketinggalan dek kerana umno. DEB menguntungkan orang melayu yg mana? anak-anak pemimpin belajar di luar negara termasuk anak hishamuddin MDN. kenapa sampai begitu? mutu pendidikan negara tidak berkualiti?

pemimpin melayu diterbangkan untuk fisio ke luar negara seolah-olah hospital kerajaan seperti tong sampah. itulah sebabnya saban hari rakyat mengadu tentang hospital agaknya?
bila kita akan berubah ?
tk

II.salam ano 2
saya berharap kita semua termasuk anak cucu akan hidup seperti rakyat merdeka di suatu hari nanti. kemerdekaan fizikal telah kita perolehi pd thn 1957, namun rohani kita masih dibelenggu rantai-rantai primitif yang berkasta-kasta.
tk sdra