Levi pembantu rumah untuk keluarga pesakit
Pekerja asing ini dibenarkan bekerja dalam sektor-sektor pembuatan, perladangan, pembinaan dan perkhidmatan pembantu rumah.
Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri jumlah pembantu rumah sahaja di Malaysia pada dua tahun yang lalu adalah 310, 661 orang dimana dianggarkan 280,000 adalah dari Indonesia.
Apa yang menjadi rungutan beratus majikan yang mengambil pembantu rumah - khas untuk menjaga mereka yang sakit adalah berkaitan levi yang dikenakan berjumlah RM445.00 setahun sama dengan mereka yang memohon di atas sebab bukan kesihatan.
Di banyak negara termasuk seperti di Singapura, levi untuk keluarga yang memohon pembantu rumah di atas alasan untuk menjaga pesakit dikurangkan oleh kerajaan mereka.
Nampaknya Malaysia tidak berminat meniru sistem negara lain yang membawa faedah kepada rakyatnya.
Apa yang dapat dilihat ialah kerajaan Malaysia sedang untung hebat berniaga dengan rakyatnya sendiri tanpa memikir dan menjalankan tugas dan tanggungjawab sosial.
Takkanlah nasib keluarga pesakit yang terpaksa menghabiskan wang dan masa yang banyak, tidak dijenguk oleh pelbagai kementerian di Malaysia.
Sepatutnya rungutan ini diberikan perhatian oleh kementerian berkenaan dan oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyatnya.
Kasihan rakyat Malaysia. Kerapkali mereka ditimpa tangga bukan sahaja di saat mereka jatuh.
No comments:
Post a Comment