Sunday, January 17, 2010

Kedah : Peniaga pasar harap perubahan


Negeri Kedah Darul Aman dahulunya diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kini selepas pilihanraya kedua belas pada tahun 2008, ianya diperintah oleh PAS yang bernaung dengan Pakatan Rakyat.

Rata-rata penduduknya terutama sekali golongan peniaga khasnya yang berurusan di pasar malam, pasar minggu, pasar sehari dan pelbagai nama lain mengharapkan supaya kerajaan baru ini dapat membuat beberapa perubahan di tapak perniagaan mereka.

Pertama, mereka mahu kutipan sewa yang dikenakan tetap mengikut hari berniaga. Jika dikenakan sekaligus, agak berat bagi mereka melunaskannya.

Keduanya, jika boleh kemudahan asas seperti surau, bilik air dan paip air disediakan.

Ketiganya, biarlah tapak yang disediakan tidak menganggu orang ramai. Sebagai contohnya, tapak pasar Khamis di Simpang Empat berhadapan Klinik Kesihatan Mergong dikatakan tidak sesuai. Ia mengganggu lalu lintas sejak sekian lama.

Keempat, peniaga pasar seperti itu mahu supaya ada agensi-agensi yang membekalkan maklumat asas berniaga, pemasaran dan sebagainya kepada mereka.

Kelima, ada yang berharap supaya kerajaan prihatin memberikan sedikit modal perniagaan kepada yang baru memulakan perniagaan.

Keenam, peniaga berharap barangan yang dibekalkan kepada mereka dapat dikawal harganya. Lebih dari itu ada agensi yang memantau perkara ini.

Malah mereka yang mesra pengguna berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan sentiasa turun padang dan memantau harga barangan di situ.

Dengan bantuan kerajaan negeri sekarang dalam perkara yang dibangkitkan, ramai peniaga menjangka rakyat dapat membezakan peranan dan hasrat kerjaan sekarang dan dahulu.

Difahamkan ramai peniaga pasar malam dan ahli keluarga mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

Salam. Dulu dok cakap dan komplen apa yg BN buat semua x kena dan tindas rakyat. La ni apa yg PR buat? Dok tengok2 mcm tu jugak. Cakap senang la tapi nak buat tu yg payah.... Dah 2 tahun dah...

AFRAR YUNUS said...

salam kembali sdra
tk di atas komen bernas. macam tulah yang kita mahu. dulu waktu nak tinggalkan kerajaan, umno dan BN dah korek segala projek yang bertimbun-timbun di kedah. yg ada pun adalah ihsan mereka.

AFRAR YUNUS said...

bersambung..
saudara nampak dua tahun, dah terlalu lama. kasihan orang kedah dah lalui 52 tahun..akhirnya projek billion2 diangkat ke tempat lain. itu sebab kedah kelihatan kontang.
tk