Malaysia kerajaan tiga PM
Malaysia hari ini ditadbir dari segi politiknya oleh Barisan Nasional dengan parti utamanya ditunjangi oleh UMNO.
Ramai yang ketawakan politik Malaysia. Kata mereka, 'sesuatu yang luar biasa bagi negara demokrasi seperti Malaysia ialah ia satu-satunya negara yang dikatakan mempunyai tiga orang Perdana Menteri pada satu masa'.
Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke II, Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri I dan Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri ke III.
Ada yang berkata, kerajaan tiga beranak Abdullah Ahmad sudah ‘tukar’ kepada kerajaan tiga Perdana Menteri.
Patutlah Ong Tee Kiat Presiden MCA mahukan satu jawatan baru dalam kabinet tiga Perdana Menteri itu – Timbalan PM ke II.
Lebih malang lagi, Samy Vellu yang sudah disepak keluar dari peta politik Malaysia juga mahukan jawatan menteri. Sudah kasi menteri mau pula Timbalan PM ke III. Aiyo-yo Samy. Sudah mendiang politik, lagi mau hidup ka ?
Malaysia boleh!
Bukan sahaja kerajaan tiga Perdana Menteri boleh, tetapi, "Wan Malaysia Wan Najib" juga boleh!.
4 comments:
Salam alkerohi,
Jangan2... Wang Malaysia Wang Najib!!! Kebulur rakyat nanti!!!
tiga kepala lebih baik dari satu..
salam mum
tk kerana memberikan pandangan. bimbang juga tu ya, wang malaysia wang najib. lingkup dibuatnya nanti. apapun, kita sebagai rakyat perlu sedar dan berani buat perubahan.
salam.
Itu pandangan peribadi aje tu. Bg la dia masa utk buktikan kemampuan. xsampai sbln korang dh tibai xigt. mcm la korang tu bagus sgt bila dh berkuasa. aku xnmpk pun Rosmah tu berkuasa mcm alkerohi kata. biasa la jiwa melayu ni kuat PHD, xabis2 nk jatuhkan org lain. Anwar pon blom tentu bagus. masa dia berkuasa jd TPM pun bukan ada mende sgt dia berjasa. so, bg masa dia menunjukkan keupayaan. aku rasa byk baik dia dr Pak Lah. xgitu alkerohi?
Post a Comment