Wednesday, April 29, 2009

Najib tampar muka pemimpin UMNO Kedah

Apabila UMNO meletakkan Shafie Apdal sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah, Najib seolah-olah menampar muka ahli-ahli kabilah partinya sendiri yang ada di negeri itu.


Beberapa veteran UMNO yang ditemui melahirkan rasa kecewa yang amat sangat.

Seorang wartawan senior pro-UMNO memberitahu, “kami jangkakan Aziz Sheikh Fadzir sebagai pengganti Mahdzir Khalid”.

Beliau yang sangat marah dengan mantan Menteri Besar Kedah itu berkata, “Dia sepatutnya pergi. Tetapi bukan orang Sabah yang diletakkan di Kedah”.

“Nampak sangat UMNO berpecah. Perebutan sesama sendiri sebagai Ketua dalam bahagian sangat memalukan. Tiada yang berani mengangkat dan menyuarakan hasrat akar umbi agar Shafie tidak dibawa ke sini” kata rakan kepada wartawan tersebut.

Beberapa ahli UMNO yang ditinjau pendapat mereka lebih bersetuju kiranya Tan Sri Osman Aroff bekas ADUN Jitra mengambil alih tempat Shafie.

“Tunggu tengoklah. Jika Shafie kekal, UMNO akan lingkup lagi. Najib tidak peka dengan kehendak orang Kedah. Apakah sudah tidak ada ahli UMNO di sini yang berwibawa ? Najib memberikan cek kosong kepada PAS untuk terus memerintah” marah Bang Enu dari Kubang Pasu.

Nampaknya api dalam politik UMNO di Kedah sudah mula membesar.Masing-masing kecewa dengan keputusan Najib dan bertelingkah sesama sendiri merebut jawatan.

Sudah 13 bulan pilihanraya berlalu, nampaknya kedudukan ekonomi dan sosial rakyat telah diabaikan.Sampai bilakah ianya akan terus dibiarkan.


3 comments:

PutraMerang said...

Najib sebenarnya tak mau Kedah dibawah BN. Kedah satu liabiliti pada BN. Bukannya ada hasil negeri yang boleh di kaut. Sama la macam Kelantan. Najib tak kelapaq negeri Kelantan. Tak ada apa yang depa boleh samun. Perak ada banyak tanah yang depa boleh samun untuk buat projek keretapi berkembar tu. Gamuda tu sapa punya ya? MMC tu sapa punya ya? Selangor lagi la depa mau. Pasai tu dia letak diri dia sebagai ketua. Penang, depa tak berapa nak peduli sangat. Masa Gerakan pegang, depa pun tak berapa boleh nak menyamun sangat. Terengganu, depa kena jaga pasai banyak minyak. Perlis, biag kalah pun tak apa pada Najib. Perabih beraih aja. Pasai tu dia biaq kat Mat Isa Sabu jaga. Harapan dia, next election biaq bulih kat PAS. Liabiliti pada dia aja. Lepaih ni, tak payah nak bagi peruntukan lagi. Kan duit tu bulih guna untuk disamun? Hangpa ni la.

the hazim said...

one malaysia!

Anonymous said...

Nampak gaya umno Kedah tanpa teloq. Semua diam. Tunggu apa depa tu ? Lama-lama pupus lagu tu saja.. ameen. Rosmah jadi ketua UMNO mana pula.